ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Harapan.. Masih wujudkah kamu.
Masih wujudkah kamu dalam diari dunia?..
Tolong bacakan padaku perihal harapan,
Pada saat aku merasakan semuanya gelap dan suram,
Bila kurasakan matahari adalah gelap malam,
Dan bintang hanyalah dongeng semalam.
Tolong bicarakan padaku tentang harapan,
Bila kulihat dan kurasakan kezaliman dimana-mana,
Hatta pada yang ditindas ditambah zalim sebagai perasa,
Hingga dirinya tidak lagi punya diri untuk di belai.
Tolong bisikkan padaku tentang harapan,
Pada kelukaan demi kelukaan,
Pada sebuah negeri yang menghitamkan,
Pada sebuah memori yang pahit.
Tolong kabarkan padaku harapan masih wujud dan tidak mati,
Bila aku merasakannya mati dan putus asa adalah asam garam,
Bila aku merasakan manusia bisa hidup tanpanya,
Bila harapan hanyalah perkataan semalam.
Tolong yakinkan aku pada sebuah harapan,
Bila cita-cita dikatakan idealis,
Bila amal-amal adalah riak-riak,
Bila idea-adea adalah takabur.
Maka bicarakan pada ku tentang harapan,
Bila ku merasakan dunia tidak punya hati mahu simpati,
Pada yang menangis mahu meminta belas,
Pada yang dizalimi mahu ditindas.
Harapan.
Wujudkah kamu?
Dalam dunia?
Atau Dalam Tarbiah?
Atau Kamu Hanya Mimpi semalam?
Yang sudah lapuk dek zaman?.
Bicarakan padaku tentang harapan.
Kerana Rabb dan Ilahku masih ada..
Moga aku menjumpainya dalam kembara malamku.
Harapan.
تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap” (QS. As Sajdah: 16)