Thursday, October 16, 2008

..BERILAH DAN TERUSLAH MEMBERI..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..



Alhamdulillah masih boleh mencuri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu disini..Bermaknanya blog ini kepada saya untuk menjadi tempat meluahkan rasa hati..Moga-moga padanya ada yang pengajaran yang boleh diambil.."Kelesuan selepas bermujahadah adalah lantaran kesilapan langkah pertama",saya hampir-hampir melupakan kata-kata ini..Saat diri merasa tidak berdaya,Allah telah mengirimkan seorang untuk mengingatkan saya kembali dengan kata-kata ini.Mungkin dulu saya sekadar mendengar namun sekarang saya lebih memahami kata-kata ini..Lantas niat yang menjadi sandaran kepada amalan dan perbuatan kita turut dipersoalkan kembali..Moga-moga niat kita sentiasa betul..Ibadat dan Khalifah..Moga terlaksana..
Melalui perjalanan ini Allah sangat-sangat banyak membantu..Dikirimkan juga bantuan sahabat-sahabat yang prihatin supaya saya sentiasa sedar saya tak pernah keseorangan..Semalam adalah anatara hari yang memenatkan namun Allah telah memberi peluang untuk merecharge kembali energy agar saya tak tersungkur lantaran lemahnya fizikal..Pada fizikal dan roh ini kedua-duanya mempunyai hak ke atas diri saya yang perlu saya tunaikan..Badan memerlukan makanan dan rehat yang secukupnya..Roh juga memerlukan pengisian agar hati tidak kosong dan kering tandus..Saat-saat nak menyiapkan benda-benda mengarut yang menuntut pergorbanan di KMB ini,hati terasa memerlukan pengisian..Lalu saya pun mengambil keputusan untuk menyiapkan kerja dunia ini disebelah group usrah k.Ij*h dan K.H*d* disurau..moga-moga ada yang boleh menyentak jiwa..Memang di KMB waktu hampir tengah malam adalah waktu yang agak free berbanding waktu-waktu kemuncak lain..Lalu apa yang berlaku??.Saya tidak berhasrat nak kongsi apa yang didapati dari usrah semalam kerana apa yang berlaku tak sama dengan yang dikehendaki oleh hati..Belum pun sempat mentadabbur surah An-naziat,mata saya dah kuyu..Masuk je mukadimah,saya dah ter'syahid' dengan lenanya di atas timbunan sejadah disebelah group usrah kak Ij*h..huhu,mantop ar..Saya mengharapkan pengisian roh,tapi pengisian fizikal pula yang dipenuhi..Entahlah,saya pun tak tahu,mungkin badan menuntut haknya yang seringkali tidak tertunai kebelakangan ini..Pengabaian yang tidak disengajakan dan tidak disedari..Pape pun,pada diri ini ada hak-hak makhluk dan insan lain juga..Begitu juga pada diri anda..Selagi mampu,berilah kerana kita hidup untuk mati..Mungkin pada pemberian itu ada manfaat yang besar pada hidup orang lain..Terus memberi dan memberi tanpa pernah meminta..Barangkali juga pemberian itulah satu-satunya penyelamat kita di hadapan Allah kelak..Saat manusia hanya sibuk memikirkan urusan masing-masing tiba-tiba ada yang membela kita dari dilempar ke neraka..Barangkali,Itulah pemberian kita didunia..!!

NOTA KAKI@TANGAN: Selagi masih hidup,mintalah agar saya boleh terus memberi.. Lebih baik hidup dengan memberi dari hidup menjadi orang terbaik tanpa menyumbang apapun untuk din ini..Syahadah ini tidak memerlukan kita tapi kitalah yang memerlukannya..

Friday, October 10, 2008

..BICARA ALLAH..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....


ALHAMDULILLAH..Lama saya menanti jawapan dari persoalan-persoalan yang bermain di fikiran selama ini akhirnya sedikit demi sedikit jawapannya saya temui. Usrah umum yang dihadiri hari ini sangat-sangat membantu me'recharge' iman dan mengubat hati yang luka parah dan juga melegakan fikiran yang tersempit dan terhimpit.. mungkin kerana ketiadaan usrah kebelakangan ini menyebabkan hati menjadi kering. Maaf sangat-sangat entri terkedian ini lebih keduniaan kerana hatiku kurang basah.. kita umpama pensil yang menciptakan untuk melakukan sesuatu yang hebat.. Satu yang menarik hati dan membuahkan hati yang terasa sakit terubat ialah kata-kata untuk menghasilkan pencil yang tajam perlu diasah. Ya!Definitely,kita akan merasa sakit dengan asahan tersebut tetapi ingatlah bagaimana mungkin pensil itu mampu untuk terus menulis dan melukis kalau matanya tidak ada??... yang diasah itu hanya kulit luarnya,dan yang berada didalam akan menjadi tajam.. ini bermakna yang sakit luarnya sahaja sedangkan dalamnya terasah,tajam dan sedia untuk memberi erti pada orang lain.. jadi apa sahaja ujian yang menyakitkan yang sedang kita alami sekarang ianya bertujuan untuk mengasah kita. Physically dan mentally kita akan sakit (itulah kulit luar pensil,alar yang kayunya tu) tapi iman yang berada didalam akan lebih mantap (itulah karbon pensil).. dah paham semua?..





Dan yang paling penting,ujian mengukuhkan keyakinan kita pada Allah,memantapkan pengantungan kita kepada kepada Allah..Ini sangat-sangat penting untuk hati yang menyakini tiada pelindung melainkan Allah yang maha kuasa.. Saya sangat sukakan ayat ini:



"Yang demikian itu kerana Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman;sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka."

( surah Muhammad:11)


Allah sudah mengingatkan kita,jika kita orang yang beriman,Allah itu akan menjadi pelindung kita,patutkah kita mengambil benda-benda lain sebagai pergantungan kita??..Habis cerita pasal pensil,konklusinya jadilah pensil yang berguna pada Tuan dan Penciptanya..Allah memang tidak memerlukan kita tapi kitalah yang memerlukanNYA...

Huhuhu,menonton ayat-ayat cinta baru-baru ini juga menyentak tangkai hati dengan kebenaran yang dibentangkan.."Ya Fahri,Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas", kata-kata yang diluahkan kepada Fahri itu mengamit hati berdetik..Ya,Allah itu setiap saat berbicara dengan kita,dalam setiap apa yang kita lakukan,cuma bezanya mahukah kita mendengar bicara itu atau sekadar menutup telinga?..Hati terasa melonpat-lompat!!Kenapa saya tak terfikir bicara-bicara Allah sebelum ini??..Kenapa hati hanya mampu mempersoalkan kesusahan dan kesakitan yang dialami tanpa mahu memikirkan ayat-ayat cinta Allah itu.. Allah sudah membuka ruang bicaraNYA denganku..Kata senior saya,kita tak boleh pun nak sms Allah dan Allah tak reply pun..MAAF UNTUK MENGATAKAN SAYA SAMA SEKALI,DUA KALI DAN BERKALI-KALI tak setuju dengan itu..Kita berhubung dengan Allah melalui solat kita,doa berjela-jela yang dipanjatkan kepada Allah setulus hati definitely didengari Allah..RINTIHAN WAKTU SOLAT MALAMMU TIDAK PERNAH TERSIA BEGITU SAHAJA..Allah tidak membiarkan doa itu berlalu sia-sia tanpa balasan..dan yang paling penting Allah membalas setiap bicara kita..Allah berkata-kata dengan kita melalui al-Quran yang HAQ,Memandu kita dengan petunjukNYA serta mengingatkan kita dengan ujianNYA...ITULAH BICARA ALLAH!!!..saya merasakan, Allah berbicara dengan saya tentang ikhlas dalam menjalankan kerja-kerja yang memerlukan pergorbanan yang bukan sedikit ini...Allah berbicara denganku tentang sabar menanggung sakitnya dilukai di jalan ini,Allah berbicara tentang kefahaman dengan apa yang saya imani,Bukankah INI BICARA ALLAH???..Permulaan yang boleh saya sifatkan kegagalan waktu memulakan perjalanan ini membuktikan Allah membicarakan mengenai strategi dalam berjuang..

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalanNYA dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

(Ash-Shaff:4)

INILAH BICARA-BICARA ALLAH DALAM HIDUP KITA..DENGARKAH KITA AKAN BICARA ITu???

nota kaki@tangan: DENGARKAN BICARA ITU PASTI DIRIMU AKAN MENJADI PENSIL TERBAIK.

Monday, October 6, 2008

..AKHIRNYA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Salam aidilfitri untuk sume pembaca blog saya,walaupun saya sedar tak ramai yang sudi menjengah ke sini,berdasarkan komen yang dihulurkan entah-entah saya sorang jek yang syok menulis sedangkan tak ada pembaca pun..huhuhu,tak pe lah,asalkan sekurang-kurangnya saya berusaha menggunakan anugerah Allah ini ke arah kebaikan.satu perkara yang terus menggalakkan saya menghabiskan masa disini ialah kesedaran bahawa bukan semua orang diberi kebolehan untuk menulis,jadi menyedari hakikat itu saya masih memperuntukkan sedikit dari waktu yang ada untuk meng'update' blog ni agar tak berhabuk..Sebenarnya saya takdelah berhasrat untuk menjadikan blog ini tempat melepaskan geram mahupun tempat meluahkan perasaan,namun itulah yang berlaku..Maaf sangat-sangat kepada pembaca yang mengharapkan pengisian tiba-tiba dihujani masalah dan persoalan-persoalan yang dibangkitkan lewat entri-entri terkedian ini...


Entri kali ini saya dedikasikan buat mak sedara dan bapak sedara yang baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya baru-baru ini..Akhirnya setelah sekian lama menanti,Allah yang maha kaya itu memakbulkan doa mereka..Mereka berdua adalah insan-insan yang banyak membantu perjalanan hidup ini,mungkin disebabkan kebaikan mereka maka Allah mengurniakannya rezeki yang jarang-jarang dinikmati oleh orang lain..Nampaknya bertambah besarlah keluarga kami dengan kehadirannya...Sepakat si baby ini dinamakan Mohd Munawar,Cahaya @ Bulan Purnama...



Secute orang yang menulis blog nih..hihihi..terperasan lar pulak..Pape pun baby ini akan dibentuk untuk meramaikan lagi hafiz dan da'ie serta pejuang-pejuang Allah dalam keluarga kami..Moga-moga kelahirannya bisa melunturkan jahiliah dalam keluarga kami..Lantas mampu mengislahkan keluarga ini..InsyaAllah,masa itu akan tiba,suatu hari nanti..

Wednesday, September 24, 2008

..SERONOK??..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.....

SERONOK??..Alhamdulillah,itulah jelar yang dapat diluahkan..Terlalu gembira dengan cuti selama 2 minggu,walaupun saya tahu mungkin cuti ini tak akan terisi sepenuhnya..tapi hati sangat-sangat memerlukannya untuk men'recharge' kembali iman dan hati yang mula risau dengan urusan dunia..Memang hidup di KMB sangat-sangat banyak kerja,apatah lagi program diploma IB yang sedang saya ikuti,sangat-sangatlah menguji iman..IB= internationally Busy..Namun disebalik ke'busy'an melampau yang saya rasakan,IB juga membawa makna 'Islam Best' kepada hati saya..saya dapat merasakan hati saya hidup disini,berdepan dengan bermacam cabaran sentiasa mengamit hati untuk kembali kepada PENCIPTA HATI DAN DIRI ini..Setiap hari adalah hari yang meletihkan sehingga tidur malam sekalipun sepincing sungguh terasa nikmatnya..Sungguh orang-orang yang beriman itu sangat kurang tidurnya kerana masa malamnya banyak dihabiskan untuk tunduk,melutut,bersujud dan mengadu kepada Allah yang maha mendengar..

”orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat KAMI,hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan denganya (ayat-ayat KAMI),mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji TUHANNYA dan mereka tidak menyombongkan diri.LAMBUNG mereka jauh dari tempat tidurnya,mereke berdoa kepada TUHANnya dengan rasa takut dan penuh mengharap, dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.”
(as-sajdah:15-17)

The One Who Kneel to The Almighty Allah can stand Up To Anything..sangat terkesan dan sangat memberi makna...Doakan saya dalam solat malam mu agar saya sentiasa menjadi Hamba dan Khalifah yang sentiasa sujud menyembah Allah yang Maha Kuasa walau setinggi mana pun saya diangkat di mata manusia..

Sesungguhnya pandangan Allah itu yang patut kita utamakan..hati tempat jatuhnya pandangan Allah,huhuhu...Moga hatiku sentiasa bersih kerana hati yang bersih umpama antenna yang boleh memantulkan gelombang TV dengan jelas...Moga hati ini juga yang sentiasa memberikan kata putus yang tepat untuk setiap yang saya lakukan..Cuti ini ada isu besar yang menganggu hati,namun hati sendiri tak mampu memberikan kata putus..Physical dan mental lemah kerananya..Tolonglah doakan yang terbaik untuk saya..Sungguh saya tak suka untuk melakukannya namun hati bimbang jika saya jek yang tak sukakan benda tu sedangkan ia baik bagi saya..

" Barangkali kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu sedangkan ia tidak baik bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tidak." (al-baqarah:216)..

Tolonglah doakan..Buat sahabat-sahabat yang sentiasa setia menemani saya melangkah dalam dunia baru ini,Jazakillah sangat-sangat..buat rumet yang selalu memangku tugas-tugas saya hanya Allah yang boleh membalasnya..Buat Table Mate yang selalu kena mengurut tangan saya time mata sangat mengantuk,thanz jugak...banyak-banyak thanz..antum sume memang best..Terbaik ar..

Monday, September 22, 2008

..CERPEN LAGI!!..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
Tengok tittle post pun cam dah tahu jek ape topik untuk entri kali ni..Walaupun dah janji tak nak buat cerpen lagi tapi,adusshh tak boleh lar..Selagi mana ada peluang dan ruang untuk saya sebarkan kebenaran,Shadatul Haq ini maka akan saya gunakan sekalipun terpaksa memeras otak,tenaga dan hati..Apalagi,saat cerpen itu ditulis hati terasa sangat kering hingga bila berdating dengan Allah pun dah tak mampu nak menangis untuk meluahkan rasa hati..Ya ALLAH,bantulah aku kembali kepadaMU!.....
InsyaAllah,cerpen ini juga lahir dari hati..Dipublishkan untuk majalah kolej..hayatilah..
..RAMADHAN ITU..
BY: KHAZINATUL ASRAR.
“Syafiqah,hang nak pi bazaar dak ari ni”..

“Buat ape?..Hari-hari pergi bazaar,bukan ada benda sangat pun.Aku banyak kerja kot.”

“Alar kalau tak pegi beli pun takpe dapat cuci mata,tengok senior hensem-hensem.Eeeiii..”

“Alar,kalau setakat nak tengok muka hangus abang yang jual burger tu,baik tak payah. Baik aku siapkan lab report lagi bagus!.” Pedas Syafiqah membalas.

“Lantak kau ar.” Hanya itu yang mampu dibalas oleh roommate nya.

Selesai berbuka hari itu,Syafiqah kembali menghadap laptopnya sambil radio Hot fm menjadi teman setia untuk menghiburkan suasana sunyi di biliknya. Apatah lagi pada waktu itu kebanyakkan penghuni blok ke Masjid yang terletak di depan pintu masuk Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Bagi kebanyakan pelajar,Ramadhan atau tidak tiada maknanya kerana assignment yang diterima dari pensyarah-pensyarah tetap bertimbun. Jadi, mahu tidak mahu kebanyakkan masa yang ada dihabiskan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Paling teruk,ada yang menganggap bulan Ramadhan ini hanya memenatkan kerana terpaksa berpuasa pada siang hari dan terpaksa pula bangun awal untuk sahur.

“ Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,

Agar dapat ku lalui dengan sempurna...”

syafiqah membentuk-bentukkan mulutnya mengikut rentak lagu tersebut,Harapan Ramadhan oleh Manbai dan Raihan. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil tangan laju menaip Lab Report Kimia yang perlu di hantar esok pagi. Dia sudah boleh membayangkan muka lecturer kimianya andai report itu tak sampai ke tangannya esok..

“Selangkah demi selangkah,
Setahun sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada di bulan ramadhan”..


Lirik lagu itu mengetuk-getuk pintu hatinya. Walaupun,dia secara luarannya kelihatan brutal dan rock,namun jauh di sudut hatinya dia adalah seorang yang sangat sensitif.Bila membicarakan soal ketuhanan hatinya selalu teringin untuk mengetahui lebih lanjut,namun selama dia menapak di bumi ini tidak ada yang sanggup menunjukkannya jalan yang lurus itu. Ini ditambah lagi dengan latar belakang keluarganya yang tidak begitu menghiraukan soal agama.Bagi mereka agama itu hanya diambil bila berada dalam masjid,time nak kahwin dan time nak mati. Saat-saat begini,sendirian dibilik , sangat-sangat mengingatkannya pada perjalanan hidupnya. Tiada apa yang istimewa sepanjang laluan itu sekadar melalui banyak duri dan ranjaunya. Namun,siapa sangka,pada Ramadhan kali ini sesuatu yang istimewa menantinya,lantas merubah hidupnya menjadi lebih bermakna.

Saat syok-syok memikirkan conclusion and evaluation untuk reportnya,terdengar sayup-sayup azan yang menandakan masuknya waktu isyak dan sekejap lagi solat tarawih akan bermula. Hatinya tersentuh.

“Tadi aku tak solat maghrib pun apsal pulak aku rajin sangat nak pergi solat tarawih ni??.Hatinya berkira-kira sendiri..

“Erm,nak pegi ke tak??..Pergi jelah kot,boleh berlagak alim sikit tak pun boleh tengok-tengok siapa yang jadi imam solat..Mana tahu ada chance jadi pakwe aku..Hihihi..”Dia tergelak sendiri.Bagaikan ditarik-tarik,hatinya tergerak untuk menapak ke masjid,walaupun masjid itu terletak agak jauh dari kolej kediamannya.

Sampai di masjid,solat telah pun bermula. Syafiqah mengeluarkan telekung dari beg sandangnya dan kerana mahu cepat,di sarungnya telekung itu sambil berjalan. Tiba-tiba, “Kedebuk!!”,oh tidak! Seseorang telah menjadi mangsa ‘accident’ lantaran kekalutannya.Syafiqah cepat-cepat mencari lubang muka telekungnya dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dia telah melanggar seorang kakak dan menyebabkan dahinya terhantuk ke bucu almari yang terletak di bahagian belakang masjid itu. Pucat mukanya melihat darah mengalir dari dahi kakak itu.

“Alamak! Matilah aku,mesti akak ni mangamuk punya.” Tanpa memburukkan keadaan dia cepat-cepat membantu kakak itu bangun dan segera meminta maaf. Di fikirannya mula tergambar tindakan-tindakan agresif yang akan dilakukan oleh kakak itu untuk membalas perbuatannya,paling kurang bolehlah dia merasa penampar jepun kakak tu tak pun ledakan ‘pop corn’ yang selalu dilihatnya di pasar-pasar malam. Namun,aneh,kakak itu sekadar tersenyum tanpa memarahinya apalagi nak meletakkan tangan di pipinya dengan keras.

“Takpe,takpe,takde pape pun,pergilah solat,akak pergi tandas ,kejap lagi ok lar tu.” Pantas akak itu menjawab apabila tangan Syafiqah cuba untuk menyentuh luka di dahinya. Syafiqah kaget.

“Pelik bin ajaib,manusia ke dia ni?. Kenapa dia tak marah?. Kalau orang lain dah lama aku kena saman kot.” Dengan kepala yang penuh dengan persoalan, Syafiqah menunaikan solat isyak secara express dan tunggang langgang untuk mengejar imam yang sudah berada di rakaat kedua kerana tidak tahu untuk menjadi makmun masbuk.

Selesai solat isyak, Syafiqah berpaling ke kanan untuk bersalaman dengan makmun-makmun lain. Memang aturan Allah,kakak yang dilanggar tadi berada di sebelahnya. Dipandangnya wajah kakak itu,ada cahaya yang melingkari wajahnya. Sempat dia berbual-bual sekejap dengannya lebih-lebih lagi berkisar tentang kejadian tadi. Sebelum sempat melanjutkan perbualan,bilal mula melaungkan selawat tanda solat tarawih akan bermula sebentar lagi. Sepanjang tarawih, Syafiqah tidak boleh meletakkan hatinya hadir bersama solat itu apatah lagi apabila mendengar bacaan imam solat yang monotonous,hatinya meronta-ronta agar solat itu habis cepat. Sepanjang solat dia hanya mengikut pergerakan orang lain sambil mem’observe’ kelakuan makmun lain ketika solat.Tiba-tiba dia mendengar ada esak-esak kecil dari makmun disebelah kanannya. Dia terfikir, bagaimana manusia boleh menangis kerana khusyuk dalam solat.Baginya khusyuk itulah adalah suatu tingkat yang sangat impossible untuk dicapai olehnya lantaran ketika solat fikirannya melayang-layang memikirkan perkara-perkara duniawi ;memikirkan cara untuk menyiapkan assignment yang berlambak-lambak paling kurang membayangkan rupa hensem lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya.

Selesai lapan rakaat solat tarawih, Syafiqah mengensot-gensot ke belakang menjauhi saf solat. Kakak itu memandangnya sambil tersenyum lantas turut mengundurkan dirinya ke belakang. Akak itu memulakan perbualan.

“ Penat ke?,” lembut kakak itu bertanya sambil mengurut-urut tangan Syafiqah.

“ Penatlah juga,”.

“Takpe,buat sikit-sikit,lama-lama insyaAllah biasa,”.

“Saya tak pernah pun solat tarawih sebelum ni,tak tahu kenapa hari ni tiba-tiba je rasa nak datang solat.Sebelum ni dengar je orang cerita pasal solat tarawih,tapi tak tahu pun apa kebendanya tu,bila datang hari ni barulah dapat gambaran sikit.” Syafiqah mula berani bercerita. Padanya,kejujuran dan kebaikan akak itu melayannya menyenangkan hatinya.

“Alhamdulillah,syukurlah pada Allah yang maha mengetahui.Pasti ada hikmah kenapa Allah tiba-tiba membuka hati adik untuk datang solat hari ni.”

“Hmmm,mungkin juga.Lupa pula nak tanya,siapa nama akak?.Dari tadi lagi kita berborak tapi tak tahu nama. Luka akak tadi ok ke? .Saya minta maaf sangat-sangat sebab cuai.”.

“ Ish,tak ada apa-apa pun. Allah Cuma nak uji akak je tu. A’ar lupa pula nak bagitahu nama penuh akak Intan Syuhada,panggil Kak Intan je. Biar akak teka nama adik,hmm...Shafiqah kan?”.

“Ha?! Macam mana akak tahu ni?.” Syafiqah kepelikan.

“ Instinct!.”

“ Ish,dahsyat! Akak ada sixth sense ke?. Nama orang pun boleh teka-teka ikut instinct er? Waa,hebaat!.” Syafiqah ter’impress’ dengan kehebatan Kak Intan memperdayakannya.

Sebenarnya Kak Intan terlebih dahulu mengetahui nama Syafiqah apabila terlihat label namanya yang dilekatkan di beg sandang sewaktu peristiwa langgar-melanggar tadi.

“ Hihihi,dahlah. Jom kita sambung solat.” Kak Intan mengajak Syafiqah setelah melihatnya kembali bertenaga untuk meneruskan solat tarawih.

Selesai solat,orang ramai berpusu-pusu menikmati moreh yang disediakan oleh pihak masjid. Kesempatan ketika menikmati moreh itulah digunakan oleh Kak Intan untuk bercakap-cakap dengan Syafiqah. Syafiqah tidak lagi segan bagaikan mereka sudah lama kenal. Dia sangat selesa kerana Kak Intan yang lembut itu boleh menerima perangainya yang agak kasar itu. Perbualan mereka malam itu banyak berkisar mengenai latar belakang diri dan keluarga masing-masing,sememangnya ukhuwah akan wujud bila kita berusaha mengenali seseorang itu dengan lebih jauh. Di akhir pertemuan, sempat mereka bertukar-tukar nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.

Sejak hari itu, setiap malam Syafiqah menghadirkan dirinya ke masjid pada waktu solat tarawih. Walaupun secara jujurnya, dia sendiri tidak mengerti akan kepentingan solat tarawih mahupun kelebihan yang ada pada Ramadhan itu sendiri,keseronokan berjumpa dengan Kak Intan telah mendorongnya untuk terus ke masjid. Bagaikan ada sesuatu yang menarik dia untuk berjumpa dengan Kak Intan. Ya,sesuatu yang tak dijumpai pada diri orang lain mahupun dalam ahli keluarganya sendiri iaitu ruh seorang muslimah. Syafiqah adalah manusia yang sangat bertuah, dia dikurniakan dengan akal yang cerdas berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Dia layak untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan namun ditolaknya tawaran itu dan membuat keputusan untuk menyambung pelajaran mengikut minatnya iaitu dalam jurusan kimia. Sifat ingin tahunya selalu membawanya kepada persoalan-persoalan agama namun disebabkan tiada siapa yang mahu memberikan jawapan yang dicari-carinya,persoalan itu hanya dibiarkan berlonggok dalam kepalanya. Sehinggalah pada suatu malam dia memberanikan diri untuk bertanyakan soalan-soalan ini kepada Kak Intan.

“Akak,betul ke Allah itu wujud?”. Dengan muka seposen dia menuturkannya.

“ Kenapa tanya macam tu?.Maksud akak,tak ramai orang yang ragu-ragu sudi bertanya kerana bagi mereka hanya budak-budak je yang akan tanya soalan-soalan macam ni. Namun hakikatnya,dari kecil lagi kita tak ditanamkan dengan keyakinan bahawa Allah itu ada tapi yang ditanamkan di hati kita ialah pengetahuan bahawa Allah itu wujud. Sehinggga kita meningkat dewasa kita Cuma tahu bahwa Allah itu ada tanpa pernah merasai kewujudan Allah. Inilah yang menyebabkan kita tanpa sedar telah mengambil benda-benda lain sebagai tempat pergantungan menggantikan Allah.” Sambil tersenyum Kak Intan menyambung “Keyakinan bahawa Allah itu wujud perlu disemai dalam hati kita dan memang ia bukan mengambil masa yang singkat. Even,Rasulullah sendiri mengambil masa selama 13 tahun untuk membentuk aqidah sahabat-sahabat di Makkah sehinggalah yang terhasil daripada usaha baginda adalah sahabat-sahabat yang dalam hatinya bersih daripada pergantungan kepada benda-benda selain Allah.”

“Bukti-bukti kewujudan Allah itu terlalu banyak. Sebagaimana Firman Allah dalam surah As-Sajdah ayat 2 dan 3:

“Turunnya Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya,(yaitu) dari Tuhan seluruh alam. Tetapi mengapa mereka (orang kafir) mengatakan “Dia (Muhammad) telah mengada-adakannya.” Tidak, Al-Quran itu kebenaran yang datang dari Tuhanmu, agar engkau memberi peringatan kepada kaum yang belum pernah didatangi orang yang memberi peringatan sebelum engkau; agar mereka mendapat petunjuk”.

Lihat saja pada penciptaan al-Quran,isi kandungannya dari dulu sampai sekarang,sudah lebih seribu tahun masih tidak berubah.Bahkan quran yang dibaca di timur sama dengan quran yang dibaca di barat,bukankah itu bukti bahawa ada suatu kuasa yang mengawal semua itu?.”

Syafiqah terangguk-angguk dan terus setia mendengar.

“Lihat pada penciptaan manusia,proses kejadian manusia yang Allah jelaskan seribu tahun dulu hanya mampu dibuktikan melalui kaedah sains hanya pada abad ini.Jadi adakah makhluk yang boleh memikirkan semua itu lama dulu?.Alihkan pandangan sejenak kearah penciptaan langit dan bumi,bagaimana Allah meninggikan langit dan menahannya agar tidak jatuh serta bagaimana Allah menghamparkan bumi ini hingga kita bebas ke sana ke mari, bukankah semua itu menunjukkan kebesaran Allah?.” Satu persoalan dilontarkan.Persoalan yang menuntut akal kita berfikir.

Sememangnya untuk merasai kewujudan Allah kita perlu melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan berfikir.Walau bagaimana pun,berfikir dalam islam ada hadnya iaitu tidaklah sampai memikirkan zat dan kejadian Allah.

Sejak pertemuan itu berlansung, Syafiqah dapat merasakan sesuatu yang hilang dari jiwanya kembali semula. Dia dapat merasakan hidupnya tidak lagi kosong. Kalau dulu dia tidak pernah memikirkan mengenai kewajipan solat,menutup aurat,menjaga pergaulan dan semua syariah agama yang sepatutnya dilakukan oleh seorang muslim. Kini,dia mula merasakan bahawa memang ada sesuatu kuasa yang mengawal hidupnya,mengatur setiap kejadian dalam hidupnya. Dia mula dapat merasai kewujudan Allah dalam hidupnya. Disebabkan perasaan itulah dia sedikit demi sedikit mula berubah,kalau dulu tudung hanya perhiasan menutup rambut sekarang ia sudah menjadi satu keperluan dan solat fardu mula dilaksanakan tanpa tinggal. Perubahan itu barangkali kecil di mata orang-orang yang tidak mengerti namun baginya dia mengerti Allah maha melihat pada usaha hambanya bukan hasilnya.

Hujung minggu itu,dengan bertudung litup menutupi rambut dan dadanya serta berbaju kurung,dia pulang ke rumah untuk melepaskan kerinduannya pada mummy dan daddynya.

“Assalamualaikum” Syafiqah mula melangkah ke muka pintu.


“Wa’alaikumussalam”, satu suara menyahut. “Mummy, adik dah........”,kata –kata itu terhenti.

“Hai abang!”, jerit Syafiqah.

“Eh, ini Syafiqah adik abang ke nie? Sejak bile pulak kau mula pakai baju dan tudung gaye baru macam nie? Teringin nak jadi ustazah ke? Dunia nak terbalik ke apa ni?.Setahu abang Syafiqah yang abang kenal tak pakai baju-baju macam ni,kolot!.” Pedas kata-kata itu menusuk ke telinga Syafiqah.

Belum sempat syafiqah menjawab,abangnya kembali menyambung “ tak payah kau nak pakai baju-baju macam ni,orang macam kita ni memang tak layak masuk surga punya!”.

Syafiqah sebak. Kolam matanya membuak kepanasan.

“Oh my god! What’s happen?? Are you ok?? Baju apa kau pakai ni Syafiqah? Ish,pergi tukar cepat! Rimas mummy tengok dah macam mak arab sesat kat Malaysia”.


Pilu hatinya mendengar bicara abang dan mummynya. Berat kakinya melangkah masuk ke bilik dan terus menghempaskan tubuhnya ke katil. Air mata itu tumpah lagi.

Dia bermonolog sendiri “ Salah ke apa yang aku buat? Salah ke kalau aku berusaha nak jadi hamba Allah yang mengabdikan diri padaNYA? Salah ke Ya Allah??”.

Malam itu, usai solat maghrib mummynya meluru masuk ke biliknya. Syafiqah yang sedang melipat telekungnya terkejut apabila mummynya tiba-tiba melemparkan gaun malam ke atas katilnya.

“ Kau pakai ni. Malam ni mummy dan daddy ada dinner kat rumah Datuk Syafiq. Ramai kawan-kawan mummy datang,kau jangan nak malukan mummy dengan baju kurung kau tu.” Arahan berbau amaran keras menerpa dendang telinganya. Mummynya terus keluar selepas arahan itu diberikan.

Syafiqah menyentuh baju itu, hatinya menolak daripada memakainya. Namun amaran mummynya tadi sedikit sebanyak mengetarkan hatinya. Di sarungnya baju itu. Wow! Seksa! Ditariknya baju itu agar menutupi dadanya. Tapi bila yang depan ditarik yang belakang pula tersingkap. Semuanya serba tak kena! Air matanya tumpah lagi.

Malam itu dihabiskan dengan hatinya menanggung kesakitan yang amat. Perubahan yang baru sahaja nak dimulakan sekelip mata di runtuhkan oleh keluarga sendiri. Hatinya resah.

“Kenapa begini jadinya?.Kak Intan cakap Allah akan sentiasa membantu hambaNYA yang nak kembali kepadaNYA. Mana janji-janji itu?? Betulkah Allah itu ada?.Kenapa aku tidak ditolong?.Baik aku jadi balik macam dulu.”

Sejak hari itu syafiqah kembali kepada kehidupannya yang lampau. Dia telah hilang keyakinan untuk berubah. Baginya tiada harapan lagi untuk orang-orang sepertinnya berubah. Dia berasa amat malu untuk menghubungi Kak Intan yang selama ini cukup akrab dengannya.

Malam ketujuh belas Ramadhan,Kak Intan menunggu-nunggu kedatangan Syafiqah,namun hingga selesai solat witir Syafiqah tetap tidak muncul-muncul. Pada sangkaan Kak Intan,mungkin Syafiqah terlalu sibuk hingga tidak sempat ke masjid. Tiga malam berturut-turut kejadian itu berlaku hingga mengundang kebimbangan Kak Intan. Selama waktu itulah Kak Intan berusaha menghubungi Syafiqah namun nombornya tidak dapat dihubungi. Kak Intan berusaha bertanya pada kawan-kawannya namun ramai yang tak tahu ke mana hilangnya Syafiqah. Syafiqah seolah-oleh mengelak dari berjumpa dengan Kak Intan.

Pun begitu,Syafiqah tetap meneruskan rutinnya sebagai seorang pelajar seperti biasa. Hari ini adalah hari yang amat malang baginya. Pagi tadi dia dimarahi oleh lecturernya kerana tidak meyiapkan assignment yang diberikan. Kejadiannya itu menyebabkan dia menjadi moody dan melepaskan ke’tensionan’nya kepada kawan-kawannya. Sudahnya,mereka semua menjauhkan diri. Dengan fikiran yang kusut dan hati yang kosong syafiqah melangkah tanpa arah tujuan di sekitar kampusnya. Hatinya sarat memikirkan masalah yang dialaminya. Terasa kekosongan dalam hidupnya. Dia telah menutup hatinya untuk merasai kewujudan Allah di setiap masalah yang dilaluinya.

Ketika sedang berjalan-jalan itu,tiba-tiba “PONN!!!!!PONN!!!!!!!!!” satu hon panjang dibunyikan dan diikuti bunyi brek menyedarkan syafiqah dari lamunannya. terasa angin membias ke wajahnya. Hatinya tersentak,terpaku seketika. Dia memandang ke kanan, dilihatnya sebuah lori barang berhenti beberapa sentimeter sahaja sebelum menyentuh tubuhnya. Terasa maut menari-nari di tubir matanya. Tidak dapat dibayangkan nasibnya andai pemandu lori itu lambat membrek tadi.

Dia tidak dapat meletakkan dirinya dalam dunia nyata kerana terlalu terkejut dengan peristiwa tadi. Dengan langkah longai dia berjalan mengikut rentak kakinya hinggalah dia terjelepok di tangga Masjid UKM. Kak Intan yang kebetulan sedang mengadakan perjumpaan mingguan dengan adik-adik UKM terperasan kehadiran Syafiqah. Lantas dia segera meminta diri dan menghampiri Syafiqah yang kebingungan. Apabila terpandang sahaja wajah Kak Intan, Syafiqah segera menyerbu dan memeluk Kak Intan,air matanya mengalir laju tanpa segan lagi.

Tanpa sempat bertanya,Kak Intan memeluknya erat dan mengusap-usap belakangnya. Ukhuwah itu bertaut semula. Kak intan sedar ada sesuatu yang tak kena dengan Syafiqah namun dia tidak mahu terburu-buru bertanya. Selepas tangisannya reda, Syafiqah mula menceritakan satu-persatu peristiwa yang berlaku,bagaimana keluarganya sangat tidak menyukai perubahan yang dibuat. Cabaran-cabaran yang dihadapinya melemahkan semangatnya untuk berubah. Kak Intan terkejut mendengar cerita Syafiqah. Sungguh,Allah telah memberikan ujian yang hebat buat Syafiqah.

“ Adikku Syafiqah,Allah terlalu sayangkan awak sehingga diberikan awak ujian yang begitu hebat. Ujian itu bukan untuk melemahkan semangat awak tetapi untuk menguatkan awak supaya awak sentiasa sedar betapa Allah itu maha kuasa dan hanya kepadaNYA lah awak meminta tolong. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 :

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh ,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta”.” Pujukan Kak Intan mencairkan hatinya.


“Ujian itu bukti sayangnya Allah kepada hambaNYA. Mana mungkin DIA akan meninggalkan awak sendirian setelah dia memandu awak menemui cahaya itu. Believe me, Allah has brought you to it and HE will guide you trough it.” Laungan azan maghrib menghentikan perbualan mereka.

“ Jom buka puasa. Lepas ni kita solat tarawih sama-sama.Dah,jangan sedih-sedih lagi.” Senyum Kak Intan memudarkan hiba Syafiqah.

Buat pertama kali dalam hidupnya,solatnya pada hari itu sangat khusyuk. Seluruh ketaatan ditumpukan sepenuhnya hanya pada Yang Maha Mendengar. Seluruh jiwa turut ikut rukuk dan sujud bahkan esak tangisnya membuktikan betapa dia bersungguh-sungguh meminta agar Allah Al-Hakim itu memberikan laluan hidup yang terbaik untuknya.

Malam itu,tidurnya lena sekali. Hujan lebat dan ribut di luar tidak lansung menganggu tidurnya,tidur yang paling nyenyak setelah hatinya kembali diserahkan kepada Allah Yang Maha Tinggi. Ia bukan sekadar tidur kosong,tidurnya kali ini didatangi mimpi yang indah,sebuah janji yang Allah akan sentiasa bersama dengannya selagi dia masih berpegang teguh dengan tali Allah. Di dalam mimpinya, Syafiqah melihat dia berada dalam sebuah tempat yang gelap dan berlumpur. Seringkali dia ingin keluar dari lumpur itu namun percubaannya setiap kali tidak Berjaya. Dia menjerit,meminta tolong kalau-kalau ada yang sudi membantunya. Namun sayang sekali,di tempat gelap itu semua orang terperangkap dengan keasyikan lumpur masing-masing. Tiba-tiba ada satu cahaya yang bersinar dalam gelap tempat itu,cahaya itu semakin lama semakin dekat. Perlahan-perlahan cahaya itu menghampirinya dan menariknya sedikit demi sedikit keluar dari lumpur itu. Dia terus mengembara bersama cahaya itu meninggalkan tempat itu ke tempat yang lebih cerah. Di situ dia melihat wajah-wajah yang bercahaya menantinya dengan senyuman. Bersedia menghulurkan tangan menyambutnya dengan mesra.

Syafiqah terjaga dalam senyuman. Sebuah mimpi yang dikurniakan Allah lantaran ketabahannya. Sebuah hadiah sempena Ramadhan. Berbekalkan tunjuk ajar Kak Intan sepuluh malam terakhir Ramadhan itu dihabiskan sebaik mungkin,bimbang kalau-kalau tidak sempat bertemu ramadhan akan datang. Tawaran Allah untuk pembebasan hamba-hambaNYA dari siksa api neraka direbut sebaik mungkin. Bulan yang diberkati membawa bersama rahmat yang bertimbun umpama jualan murah setahun sekali. Mana mungkin peluang merebut pahala itu boleh disia-siakan. Ramadhan ini, membawa bersama seribu erti dalam hidup Syafiqah,lantas memberikan kemenangan yang besar buat dirinya.
.
MONOLOG PEMBACA:
Pembaca 1: "Ish..ish...Aku rasa cam ada sumthing jek ngan cite ni..Mysterious betul ar!!"..
Pembaca 2: "Perrr...AGAK AR!!"..
MONOLOG PENGARANG:
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna,..
Lirik lagu itu mengetuk-getuk pintu hati saya..Terlalu bermakna bahkan menjadi lagu tema ramadhan kali ini..Ramadhan ini madrasah iman,membentuk taqwa..Sakit yang membengkak dulu mula terubat dengan kebestan ramadhan ini.. Namun,terbentuk taqwa dalam diri jika ramadhan ini banyak dihabiskan dengan membuat kerje-kerje duniawi??...Mintak dijauhkan Ya ALLAH...AMPUNKAN AKU...
nota kaki@tangan: Nak buat cerpen lagi x??..hmmmm..selagi boleh menyebarkan kalimah kebenaran ini biar tak tidur malam membuatnya kerana mungkin ada hati yang terbuka membacanya..

Tuesday, September 16, 2008

..ADA APA DENGAN HATI??..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Banyak sangat ke masa sampai duk update blog je skrg?..hati memperli diri sendiri..hihi,memang sangat-sangat sibuk,tapi hati terasa memerlukan pengisian.. saya menulis untuk diri sendiri menjadi peringatan untuk hati yang mudah lupa,barangkali bila di ulang-ulang bacaan tulisan saya sendiri saya terasa apa yang ingin dikatakan itu mengisi hati yang kosong.. Ramadhan ini bagai hari-hari biasa di KMB cuma lebih meriah dengan solat terawih dan tak kurang sunyi dari kerje-kerja yang bertimbun dan meeting kelab dan segala mak nenek meeting untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.. Diakui kali ini ramadhan ini menjanjikan sesuatu yang lain buat saya,lain dari ramadhan-ramadhan sebelum ini.. kesakitan dan keperitan yang dihadapi sepanjang ramadhan ini adalah tarbiyah yang sungguh indah.. meskipun hati sakit memikirkan ada apa dengan hatiku namun at the end i got something that makes me to become stronger...
"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-ankabut:2-3).
Ujian Allah itu untuk meningkatkan darjat kita disisiNYA.. Mana mungkin kita mampu kenal seseorang itu dengan baik jika kita tidak bertanya kepadanya sendiri.. Ujian itu memang sangat indah jika direnung balik,hati menjadi lebih tenang setelah diuji. Saat ujian adalah saat yang paling best untuk kita mengadu Allah yang maha mendengar.. terasa ruang kosong dalam hati terisi jua akhirnya.. betapa berat ujian yang diterima itulah tarbiyah dari Allah untuk meninggikan lagi darjat hambaNYA.. sekurang-kurangnya kita sedar Allah tidaK MELEPASKAN kita berjalan sorang-sorang je,sebaliknya DIA sentiasa menemani kita,Memberi ujian dan peringatan jika kita lupa... Adakah lagi hidup seorang hamba yang lagi best dan syok selain ini?.
TUNJUKKAN KU JALAN YANG LURUS..

nota kaki@tangan: INILAH JALAN TERBAIK UNTUKKU.. AKU TELAH MEMILIH JALAN INI,MAKA JANGANLAH TERDETIK DIHATIKU UNTUK MENINGGALKAN JALAN INI SEKALIPUN SESAAT..


Wednesday, August 20, 2008

..BUATMU SAHABAT..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Kembali menulis selepas lama membiarkan hati berkata-kata sendiri tanpa sempat meluahkannnnya ke dunia nyata.Terlalu banyak yang nak dikongsikan sebenarnya, namun sebagaimana kata-kata Imam Hassan Al-banna " Kewajipan yang ada lagi banyak dari masa yang kita ada"...Memang tak dapat dinafikan.. Hidup di KMB hidup dikalangan orang cerdik pandai sangat-sangat menguji iman dan hati. BIla meletakkan diri dalam suasana ini baru saya faham kenapa manusia merelakan dirinya menjadi robot yang tak berguna untuk TUANnya.. Sungguh,saya sakit melihat keadaan ini namun lagi sakit memikirkan jika saya termasuk dalam orang-orang ini.. Lalu bersama sahabat yang setia kami melangkah,bertatih-tatih mengenal dunia KMB ini dan mengharungi bersama jahiliah di dalamnya.. Letih dan penat itulah yang saya rasakan setiap hari..

Mungkin di mata orang-orang yang tidak mengerti,langkah kami tidak significant pada mereka, biarlah kerana kami yakin Allah itu maha menghitung usaha kami.. Terlalu sakit berada disini,didera dengan jahiliah yang kadang-kala tak dapat dikawal..Pun begitu tidak dinafikan masih ada golongan-golongan yang setia, syabab dan fatayat yang berusaha mengislamikan keadaan di KMB..Menukar jahiliah kepada ketundukan yang sepenuhnya pada YANG ESA..

Saat melalui hari-hari di KMB mungkin ada hati yang terluka disebabkan kepenatan yang dibiaskan melalui kata-kata dan perbuatan.. Justeru,untuk inilah saya kembali menulis.. saat melompat-lompat di blog untuk men'topup'kan kembali iman yang berkurang mendadaknya, hati tergerak untuk singgah sebentar di blog sahabat tercinta... Allah menemukan saya dengan salah satu entrinya yang sedikit sebanyak menyentuh hati yang sudah lama kurang memberi perhatian kepadanya..Memang,dalam sibuk-sibuk menjaga kebajikan sahabat-sahabat lain saya terlupa pada kebajikan sahabat terdekat yang barangkali menunggu-nunggu bila lagi akan datang gilirannya untuk saya sekurang-kurangnya mendengar sekejap luahan hati seorang sahabat..Sungguh saya bukan sahabat yang baik..Berikanlah saya peluang untuk kembali mengatur hidup,moga semuanya lebih tersusun..Buatmu sahabat,sememangnya tidak terniat di hati untuk menzahirkan semua kepenatan dalam bentuk perbuatan yang boleh melukakan..Sungguh tidak pernah saya tahu,rupanya dalam hati sahabat yang sorang ini tersimpan hasrat yang mengunung,barangkali mengharapkan saya mengantikan tempat sahabat yang dulu pernah bertakhta di hati..bersama saat derita dan gembira..Namun saya adalah saya,tak kan pernah sama dengan si DIA.. Walau antara kami banyak persamaannya,tapi kami memang tidak serupa.. Maafkanlah kerana tak mampu menjadi sahabat sebaik dia...sungguh memang saya tak mampu...

"Serendah-rendah rasa persaudaraan ialah berlapang dada dan setinggi-tinggi tingkat persaudaraan adalah melebihkan saudara melebihi dirinya"..Mana mungkin tingkat tinggi ini mampu saya capai andai hati sentiasa memikirkan hak diri sendiri..Alhamdulillah,lama saya mencari maksud sebenarnya disebalik setiap perbuatan saya akhirnya saya mengerti pada diri ini masih ada karat-karat jahiliah yang menimbun hingga sahabat sendiri tergamak saya sakiti..Maafkan ana!!.. seikhlas entri ini dipostkan terimalah saya seadanya..Seikhlas mungkin..hadirnya ku cuma sekejap barangkali...Bertemu dan berpisah kerana Allah.. ana sayang enti lillah,HANYA KERANA ALLAH...AFWAN YANG SAHABAT!!

nota kaki@tangan: Mungkin ana bukan sahabat terbaik yang enti jumpa,bukan juga yang terhebat dikalangan semua..Cukuplah sekadar hadir sekejap di ruangan hatimu..