Tuesday, April 28, 2009

..HIDUPKAN HATI..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Trailer buat sepupusku...Ku update jugak akhirnnya blog ini untuk tatapan mu..hehehe..

..HIDUPKAN HATI


BILA MALAS:

“Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-NYA kepada suatu kaum, hingga kaum itu sendiri MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha mengetahui…..” (Al-Anfal: 53)

BILA KELIRU:

Kemudian, apabila engkau telah MEMBULATKAN TEKAD, maka BERTAWAKALLah kepada ALLAH. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. . (Ali Imran: 159)


BILA TAKUT:

“ Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?. Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal(ali Imran: 160))


BILA RESAH:

“ Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan Milik Allahlah bala tentera langit dan bumi, dan Allah maha mengetahui, maha bijaksana.” (al Fath : 4)


BILA SEDIH:

“..Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman….”

(Ali Imran: 139)


BILA DIUJI:

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar..” (Al Baqarah: 153)


BILA BERDOSA:

Katakanlah, Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, DIA-lah yang Maha pengampun, maha Penyayang…” (Az-zumar: 53)


BILA MARAH:

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


BILA BERPUTUS ASA:

“ ….barangsiapa bertaqwa kepada allah, niscaya dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya…dan barangsiapa bertawakal kepada allah, niscaya allah akan mencukupkan (keperluan)nya…sesungguhnya allah melaksanakan urusannya. sungguh, allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu..” (ath thalaq: 2-3)



BILA SESAK:

“Bukankah KAMI telah menlapangkan dadamu?,

Dan KAMI pun telah menurunkan bebanmu darimu,

Yang memberatkan punggungmu,

Dan KAMI tinggikan sebutan (nama)mu bagimu,

MAKA SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN,

SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN.

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), TETAPLAH BEKERJA KERAS (untuk urusan yang lain),

Dan HANYA KEPADA TUHAN-mu lah ENGKAU BERHARAP……” ( Al-Insyirah: 1-8)

BILA LAGHA:

“ Sungguh, Beruntung orang-orang yang beriman, ((yaitu) orang yang KHUSYUK dalam SOLATnya, dan orang yang MENJAUHKAN diri dari ((PERBUATAN dan PERKATAAN) YANG TIDAK BERGUNA,..” ( (al mukminun: 1-3)

BILA SUKAR:

“Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIA telah memilih kamu, dan DIA tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama….” (al Hajj: 78)


..moga beramal dengannya..



Sahabat-sahabatku (dan daku jugak),


" Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan Berkata), "janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu.." ( Fushshilat: 30)


" Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang SABAR dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.." (41: 35)


Bukankah tujuan perjalanan ini akhirnya adalah Allah??..

Bila tujuannya Allah..

cabaran-cabarannya terasa kecil..

Ketepikan semua duri..

Jangan takut..

Jangan gentar..

Biar tersalah..

Kerana DIA sentiasa menemani..

Jangan berundur..

Jangan berhenti..

Kerana destinasi kita bukan dunia..

Jangan mengalah..

Jangan berputus asa..

Kerana bukan hasil menjadi nilaiannya..

Teruskan melangkah..

Teruskan bertatih..

Moga bertemu penghujungnya..


Sayang kalian keranaNYA..








Monday, March 23, 2009

..PERJALANAN MEMBINA IKATAN..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


DAri KMB--------------> Singapore

Macam-macam berlaku sebelum tuh..Malam tu baru lepas handle Maulidur Rasul, quite a heptic week for me..Mujur saja Allah terus memberi kekuatan pada fizikal, mental dan iman ini untuk terus bertahan...Tibe-tibe dalam kesebukan malam tu, saya tersedar, handphone tercinta yang merupakan hadiah kasih dari ummi hilang..Dah agak tertinggal kat dewan, but then bile check, xde pulak...Baterinya pulak memang dah nazak habis, bile call masuk voice mail..Confirm! dah mati..Adesh, camne nih??.. Dalam kebingungan pencarian itu, alhamdulillah meeting dan usrah disetelkan sebaik mungkin sebelum berangkat ke sana..

Tapi..

Bila balik bilik, duduk sorang-sorang dalam bilik, sungguh terasa kesunyian tanpa handphone itu..Owh, di manakah anda??.. YA ALLAH mudahkanlah pencarianku..

Terasa..

Tawakalku hanya pada Allah kerana tiada siapa tahu dimanakah "dia" (salah tatabahasa ni..abaikan) berada..Terasa, hidup umpama pentas wayang, dan saya adalah pelakon mencari bayang dan barang yang hilang..Terasa semuanya berjalan mengikut skrip yang diaturkan DIRECTOR besar di atas sana..Terasa, pengerakan kita rupanya diawasi setiap masa...Terasa, tiada masa dan ketika serta peristiwa yang berlalu tanpa pengetahuanNYA..Terasa, sungguh DIA yang maha besar...Subhanallah..Bersendirian tanpa handphone, tanpa rumet, terputus sudah hubungan dengan dunia luar..Umpama masyarakat primitif..Terasa peristiwa pemulauan 3 sahabat lantaran keberatan ikut berperang menimpa diriku..*(owh, sungguh hiperbola, tak penting..Abaikan saja)..Pendek cerita, tanpa handphoneku, ku berjaya tidur awal..

Esok..

Matahari menjengah dan sempat berqiam sejenak dinihari itu..Terfikir..hmm..mungkin dengan dia..Tanpa sempat melabuhkan duduk dikerusi, saya dikuit..Terpanggil mendengar walau sudah dapat meneka butir bicaranya, argh, sudah terlambat untuk pura-pura tak nampak..Bedilan meriam dan peluru laser menembak tepat ke hati dan jantung..Ingin membalas, tapi ini bukan masanya..Cukup dengan mendiamkan diri..membiarkan diri di serang bertubi-tubi tanpa sempat berlindung..Sehabis butir bicara akhirnya, sempat bertanya pada temannya tentang handphoneku, dimarahi lagi kerana cuai....Jika ku tahu dengan siapa dia berada nescaya malam tadi lagi ku ketuk rumahmu tidak perlu menunggu pagi ini..Sabar ya hati..Alhamdulillah untuk instinct itu..subhanallah..Air mata menitik, sakit diperli dan dimarahi serta syukur untuk nikmat ini..Merasai lagi keberadaan handphone ini..Suatu nikmat yang terasa benar hilangnya..Pengajaran bermakna untukku..

Sebelum berangkat, sempat memaklumkan sejenak pada kakakku..Maaf ye kak, lambat memaklumkan..Tak sempat bersalam dan berpeluk erat dengan sahabat semue..Afwan sangat-sangat, semuanya in hurry..

"Sayang, isolatedkan dirimu pada jahiliah.."

"Akak tahu awak sudah sedia terisolated.." (benarkah?)


"moga Allah menjaga saya.."Hatiku takut..

Saya ke sana bukan dengan kehendak hati..Membawa tugas besar saya ke sana dan banyak sangat tarbiyah dari situ.. Sebolehnya,Saya mahu cepat pulang melepaskan rindu pada ummi tercinta...Ingin pulang untuk mengisi masa dengan adik2 di sana..dalam perjalanan, sempat saya uruskan tiket pulang, hanya semata-mata untuk berjumpa adik-adik disana...K. Mahe dan K.hanis sempat dihubungi sepatah untuk mengumpulkan adik-adik lepasan spm, sempat jumpa kejap pun jadilah..

Singapore..

Asing dan ghuraba sungguh terasa..Solat ditepi tangga, dalam bilik family, atas rumput....Waktu solat sungguh tak terjaga...



Saya perhatikan:

Cara kerja mereka sungguh mantop...Memang kebatilan yang terancang mampu mengalahkan kebenaran yang tidak terancang..Program mereka memang tersusun, semuanya diurus dengan cukup baik..Mereka cukup cekap..cukup mesra dan baik....Ada riak kepenatan pada wajah setiap dari kami, lantas konsert by Ge**ge D**e menjadi santapan malam itu..Mulanya saya diberi tempat di barisan kedua, depan pentas, depan speaker..Mau tak pekak telinga..kerusi Esplanade yang saya duduk tu pun ber "vibrate" (daku buat EE malays..abaikan)..Saya request pakcik yang jaga tu untuk alihkan saya ke belakang..Dia jawab:

:"sori miss...U can't"..

..kecewa..

Terus memekakkan telinga kat depan..sekejap tuh:

: "Miss, do you me to take you up to one level?"
: "certainly.." Lupa nak sengeh kat pakcik tuh..Sempat senyum jek..

Dari atas, saya melihat manusia memang umpama robot..Penat bekerja dihilangkan dengan menonton konsert..Menari, ectascy dan perempuan menjadi hidangan..untuk ape semua ini? Hilang tension kerja ari ni, esok kerja lagi.. Melihat dari atas, semua pergerakan menangkap mata saya untuk terus menyaksikan..Ya Allah, parahnya manusia..MAna semua daie daiyah agama ini???..Tariklah mereka.. Membara segengam azam dalam diri melihat keadaan itu..Of course datangku kesini walaupun tidak sepenuh rela, tapi bukankah ini tarbiyahnya???Kenalkan anak-anakmu pada jahiliah agar mereka tahu apa itu jahiliah..Jelaskan mereka tentang islam agar mereka maklum itulah ubat jiwa..

ACS(an**lo Chinese School) cukup meriah dengan versus bible di mana-mana...Di dewan besar, dewan makan, kelas, tempat umum, patung helang, say it every place ada even sampai banner pasal kejayaan sekolah derang pun starting with, To God Be The Glory..Mereka cukup kaffah dalam agama mereka.. kita bila lagi???..

So much things happened along the way..T0o long to explain...


Singapore ---------------->Selangor

Dari Arab street terus merentas Johor menuju ke selangor..Sampai KMB pukul 1 pagi..Mujur ada sahabat tumpangkan sampai Bangi (3 pagi)..huhuhu..Mantop..Tak pernah keluar selewat ni..Dari Bangi sempat main-main jap dengan si cute Munawar (dah besar da dia sekarang..hehehe)..

Selangor---------------------->Terengganu


Malam tu, berkejar balik ke Terengganu..MEmang jika diikutkan tak worthed pun harga tiket tuh dengan cuti yang berbaki ni, tapi menyedari betapa kakak-kakak sebaya saya cukup diperlukan disana, Menyedari betapa kurangnya akhwat yang bergerak, menyedari betapa ada yang menanti saya gagahkan juga diri merentas negeri..Moga Allah menghitung semuanya.. Jam 5.30 pg, sampai di stesen bas, 8.00 pagi keluar untuk jumpa adik-adik..Alamak, janji dengan diorang pukul 10 pg..Awal lagi, ha, jalan-jalan pau sepupuku tercinta jap..Xde kasut comel-comel sander pun jadiklah..Thanx ye my cousin..Next pau session will be on May..

10.30, seronoknye dapat tengok muka adik-adik ex spm ni..Walaupun tak ramai yang datang, takpe, kami bukan mencari kuantity kami mencari kuality..Sempat untuk pengisian, kita setkan balik compass hidup kita..Entah terisi entah tidak pagi tuh..Mungkin sharing dan taaruf tuh terlalu lama..hehehe..Memang tak reti bujget masa..Sori akak2..

Lusa, ke program Iftar dan Qiam anjuran Cik J*M...Ummi, terima kasih sangat-sangat kerana cukup berlapang dada sedang jika ingin boleh saja dia terus menahan saya dirumah, habiskan saja cuti dengan bersenang lenang, menonton dan menolongnya..Ya, Allah, sampaikan pahala ini untuk ummi dan abi...Belum pape, saya disembur hebat malam tu oleh seorang mak cik atas dakwaan merebut anak-anak usrahnya..(apekah??)..Tidak cukup, semburan itu hanya khas buat saya, bersorangan, bukan dilepaskan sekali buat kakak yang menemani saya malam itu....TAk cukup lagi, Mak usrah saya kat sini pun turut dibabitkan..Sungguh daku tak paham..Turut disebut-sebut, perjumpaan dengan adik-adik yang menyebabkan saya travel jauh dari hujung semenanjung tu pun tanpa pengetahuan makcik2..ape kah????Apekah????..Jiwaku membentak geram!! Sedang, kami awal-awal lagi memaklumkannya pada makcik,pakcik negeri berkenaan..Tambah membingungkan, anaknya hadir sewaktu perjumpaan pagi itu??Bagaimana bisa tidak dalam pengetahuannya??...Mataku pedih lagi lantaran pedihnya hati menahan sakit..

Pesan kak Hanis:

:"takpelah dia kan mak cik.."..Hmm, mungkin gak.. "Sesungguhnya kamu akan diuji atas apa yang kamu perkatakan..Jangan gentar apabila diuji kerana itu tanda kau disayangi Allah, itu tanda kau sedang berjuang, itu tanda kau menyampaikan Al-Haq.."



Ya Allah, kalahkanlah kemarahanku, kalahkanlah egoku, kalahkanlah hawa' ku..Travel jauhku dari KMB penuh dengan semburan dan tembakan meriam..Terasa ingin menitis air mata lagi, owh tidak, jangan bazirkannnya lagi..cukuplah ia untuk hati yang merindui Allah..Pertemukanlah ya Allah..

Lagi best perjalanan ini tidak setakat itu, sebelum berangkat pulang ke KMB, makcik ku sendiri yang dulunya menjagaku men"call" untuk bertanyakan hal itu..Apekah??..Kalau ye pun takkan sampai mak cik ku yang tak berada ditempat kejadian malam tu pun perlu di maklumkan..Kias-kias makcik ku malam itu menyampaikan hajatku menerangkan duduk betul perkara sebenarnya..Biarlah ia menjadi bualan makcik2...Biarlah diriku menjadi subjeknye..cepat glamour katanya..Pape jelar makcik, pakcik..

Sungguh, perjalanan ini membina ikatan..Dengan Allah, dengan ummi dan abah (thanz abah untuk usaha menebar roti canai best sempena kepulangan ini..nice!), dengan kakak2, dengan adik-adik, dengan makcik pakcik..Dengan sahabat dan tak lupa dengan Munawar comel..Sungguh ikatan ini cukup indah..Baru merasa bestnya disembur tanpa sempat dibela dan membela..Baru terasa bestnya ummi yang terus merelakan saya untuk jalan ini..Baru menilai bestnya perjalanan ini dalam membentuk sebuah ikatan..YA Allah kuatkan saya dan "dia"..


Nota kaki@tangan: Maaf ye mak cik pak cik atas khilaf yang tak disengajakan..


Sunday, March 8, 2009

..SEPINYA SEBUAH BICARA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Sudah lama tidak menulis disini,barangkali terlalu sibuk dengan urusan yang entah menambah iman atau tidak..Menangkap anak-anak usrah, memegang naqibah-naqibah, memberi pengisian pada mereka, merancang usrah dan program tarbiyah hingga suatu saat:




Ya Allah,
Berikan Aku kekuatan,
Aku perlukan suatu pit-stop,
Berhenti sejenak dan mengisi diri,
Ya Allah,
Bangun malamku sudah lama terabai,
Lantaran lambatnya tidur malam,
Ya Allah,
Zalimnya aku,
Tidak tertunai mereka yang berhak,
Ya Allah,
ke mana aku saat mereka memerlukan aku,
Ke mana aku saat mereka mencari-cari penunjuk jalan ni,
Ya Allah,
Aku ingin berhenti seketika,
Ya Allah,
Aku ingin mengisi semula hati yang kosong,
Ya Allah,
Aku ingin merasai semula kasih dan belasMU,
Ya Allah,
Aku ingin merasai semula nikmatnya berbalas kata denganMU,
Ya Allah,
Aku ingin merasai kenikmatan berjuang keranaMU,
Ya Allah,
Aku ingin merasai lagi indahnya tenang dariMU,
Ya Allah,
Aku ingin kembali mendengar penyelesaian dariMU,
Ya Allah,
Kembalikan semua itu..Kembalikan ya Allah..
Andai aku jauh tersimpang,kembalikanlah..
Andai aku jauh dariMU dekatkanlah..

Ya Rabbku,

Aku gadaikan seluruh pinjamanMU padaku hanya UNTUKMU,

Ambillah hartaku dengan memberikan harta kekal abadi untukku,

Ambillah kasih dan sayang jahiliahku dengan menemukanku ukhuwah yang indah,

Ambiklah keseronokan dan gelak tawaku dengan memberikan ketenangan untukku,

Ambillah jiwa dan penghidupanku dengan memberikan hidup kekal abadi untukku.

Terimalah ya Allah asal saja aku bisa kembali padaMU..

Ya Allah janganlah aku menjadi Robot Dakwah ini,

Janganlah aku menjadi robot hidup ini..

Jadikanlah aku hambaMU yang berguna untuk agama ini..

Yang hidupnya BERERTI dan MEMBERI ERTI...

Sekitar daurah yang dinanti-nanti oleh hati sejak sekian lama,bermacam-macam perkara yang menyentuh hati...Banyak ujiannya hingga terasa ingin mengalah pada keadaan..Namun akhirnya Allah tetap mengizinkannya..Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untukku ya Allah.. Banyak homework sebenarnya, hati jeles tengok "sahabiat" sedang busy menyiapkannya..Ingin turut sama terjun dengan mereka, namun hati ingin meletakkan sedikit santapan disini, andai ada yang menyentuh hati kalian, terimalah sekadarnya..Andai sekadar sebuah tulisan kosong, maafkanlah...Mohon undur diri untuk meneruskan tugas lain..



Nota kaki@tangan:

Saat menaip perkataan sahabiat itu, saya teringat seseorang...K.Ijah sayang, moga dirimu terus kuat..Allah menguji sedemikian rupa kerana tahu keikhlasan dan kekuatanmu..Sekalipun kita selalu berperang dan everytime we did it, akak selalu mengalah disitulah kemenangan yang sebenar..But this time, it need u not to give up..Tidak diuji kami adik-adik ini kerana DIA lebih menyayangimu..Mana mungkin ujian bertimpa ini diturunkan pada sebarang hamba,hanya yang LUAR BIASa bisa melaluinya..Kuatlah akak..Ya Allah,kuatkanlah dia..Kuatkan kami..Bukankah mereka yang bercakap akan diuji??....Atas perkataan yang berat ini pasti diturunkan keringanan dan penawarnya..Pasti ada keindahannya..Kukuhkanlah keyakinan padaNYA akak..KAMI SAYANG AKAK KERANANYA....

Saturday, January 31, 2009

..MUHASABAH SKET..


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Buat pertama kalinya dalam sejarah menulis blog saya merasakan erti Writer's Block..Itulah suka sangat kutuk orang and cakap imposible untuk saya mengalaminya..DAn sekarang, pe yang berlaku??..Takde rasa langsung untuk menulis, kering semua ilham, tandus semua lautan idea..Wah.wah..wah..Nak tulis pasal camping pun tak bersemangat nih..Hmm..Maka saya dengan tabah hatinya mengambil penyelesaian dengan melompat-lompat di blog-blog orang dengan harapan bulehlah saya mencedok idea dari derang jugak..

Maka sampailah saya ke blog Muntalaq.blogspot.com...Erm, dah lama tak jumpa dia.Pe khabar dia sekarang?..bila diingat-ingat balik, saya sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana provokasinya yang mencabar minda itulah yang menjadi titik mula perkenalan saya dengan jalan ini..Dan bile mengingatkan sejarah itulah saya masih menguatkan langkahan atas jalan ini..Terima kasih.Segala puji-pujian itu hanya untuk Allah..dia barangkali hanya satu alat,saya doakan pahala besar seluas langit dan bumi untukmu..

Erm..Sedang melompat-lompat itulah saya dijumpakan Allah dengan entri ini..Sedikit sebanyak ia menjadi muhasabah untuk saya..Melembutkan kembali hati yang mulai keras...Jalan dakwah bukan untuk orang manja..


Bukan untuk si manja…. !

Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah,

Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.

Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.

Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”


MONOLOG CT:

Manjakah saya selama ini?..Terlalu kerap dimanjakan oleh kakak dan senior, hingga sukar berdikari...Masih adakah sifat yang tak patut ini dalam diri ini.??.Layakkah saya untuk amanah ini??..Bantulah ya Allah..Moga terus kuat..


“Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu takkan mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh Allah maha Mengetahui maha Bijaksana.” (Al-Insan:29-30)

Nota Kaki@tangan: Base dakwah ini ialah sayang dan base sayang ini ialah ALLAH..

Friday, January 23, 2009

..AN ENTRY B4 CAMPING..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T…

Jika hati berbicara,
Dengarlah agar bicara itu menambah iman,
Jika hati mula hidup,
Tandanya ialah bila getar mendengar ayat-ayat Allah,
Jika hati mulai jahat,
Bilamana hati merasakan dirimu baik,
Jika hati mulai jauh,
Bila pengantungan itu tidak lagi pada DIA,
Jika hati terdetik,
Renungilah dosa semalam,
Bila hati tidak lagi takutkan dosa,
Operate dan post mortemlah hatimu,
Barangkali amalmu bukan lagi kerana DIA..

Dalam menilai keikhlasan kita bekerja niat dan pelaksaan kerja senantiasa menjadi perkara pokok, namun sejauh mana kita betul-betul meniatkannya hanya kerana Allah??

Saya teringat kata-kata My beloved seniors bilamana saya mengajukan soalan ni:

“Akak, camne kita nak tahu yang niat kita bukan lagi kerana Allah?”

Akak tu menjawab: “Bila kita merasa riak, itu adalah salah satu tandanya.. Bila kita merasa diri lebih baik dari orang lain..”

Ditambah dengan akak sorang lagi: “ Susah sebenarnya nak control niat jadi kena selalu betulkan niat dan selalu muhasabah hati..”

Riak?..ikhlas? persoalan yang mendorong saya untuk memusabah amal selama ini..Untuk siapa saya bekerja? Bagaimana saya bekerja? Sejauh mana komitmennye? Serta ape kesan setiap amal?.. Bila riak adakah cepat-cepat saya bertaubat?.Dosa kali kedua itu tidak disukai dan taubat kali kedua itu lebih baik..Mengulangi dosa tidak disukai Allah tetapi memperbaharui taubat sangat-sangat disukai Allah..

Survey lagi..

Result exam camne?...

Pada saya, my result is not that bad but also not that good. I’m not satisfied with what I’ve done but I’m satisfied with my fully occupied time although I’m not manage to study for long time..Quality and quantity of our study time both can be the factors of our success but one thing to remember it’s all may be wasted if we do not realize the our special tasks as abid and khalifah.. Is it?..(this is not rhetorical questions, thus I need answer from the readers)..

Want to write more, but I need to go..Rasyed is waiting for me..Nasi goreng pattaya tomyam paprik ayam is ready for me..

NOTA KAKI@TANGAN: lepas camping sambung berblogging lagi..

Sunday, January 11, 2009

..KITA DAN MEREKA..









BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

From malaysians to palestinians..

Sempena maal hijrah, sem 2 ini bakal menyaksikan pengurangan pada kekerapan entri saya..I dont know how long it could stand because i realize that stopping myself from writting is not a good idea..Hmm, lets time decide it for me..


2008 telah 11 hari melabuhkan tirainya dengan menyaksikan lebih banyak kekejaman dan penyembelihan dilakukan ke atas rakyat palestin, dan munculnya 2009 masih tidak mampu menghentikan tindakan brutal Zionis itu..27 disember 2008, intifada ketiga telah diumumkan dan ini bakal menyaksikan lebih banyak para syuhada palestin yang gugur demi mempertahankan hak mereka..Dan kita disini, adakah masih mampu melihat???..Silence is always a stupid option!!!..Berikut adalah sedikit sebanyak rentetan yang membawa kepada kegentingan masalah di Gaza sekarang ini..



28 Disember 2000
--Kerajaan Zionis mengistiharkan WAJIB melaksanakan sekatan ke Gaza..
--Untuk merealisasikan "hukum" tersebut,Zionis telah menutup sempadan perhubungan anatara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya..
--Zionis dengan "baik hati"nya menyekat pemberian wang cukai yang merupakan HAK kerajaan Palestin.
--Pelabuhan Gaza diruntuhkan selepas sebulan intifada diumumkan sebagaimana memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Gaza pada Disember 2001.

11 September 2005
--Zionis telah keluar dari gaza pada 11 september 2005, namun keadaan di Gaza masih tidak berubah dan sempadan-sempadan terus ditutup.
--Pada awal 2006, Zionis telah memperhebat sekatan di Gaza yang menyebabkan keadaan semakin meruncing.
--Zionis telah menyekat kemasukan pekerja Palestin ke zon jajahan Zionis, mengurangkan waktu operasi sempadan, dan menambahkan lagi waktu penutupannya..

15 Jun 2007
--Pihak pengurusan Amerika dan Presiden PALESTIN MAHMOUD ABBAS bersepakat merancangkan satu tindakan untuk MENJATUHKAN kerajaan HAMAS di Gaza..
--Antara plan tindakan mereka ialah:
*Menghapuskan kerajaan campuran dan mengumumkan darurat
* Memisahkan Gaza dengan Tebing Barat.
*Memberikan cukai kepada Abbas untuk membangunkan Tebing Barat
* Israel juga diyakinkan untuk membangunkan Tebing barat supaya rakyat palestin di gaza merasai keadaan mereka semakin teruk dibawah penguasaan HAMAS. Ini diharapkan membawa kepada penentangan dan pembelotan terhadap HAMAS.
--Sekatan dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh Gaza.




23Februari 2008
--Hari Gabungan Sedunia Menghapuskan Sekatan Ke Atas Gaza.
--Pihak penjajah dengan sewenang-wenangnya menyekat barangan bernilai 150 juta Dolar disamping mengenakan denda terhadap peniaga.
--Banyak projek terpaksa dihentikan dengan anggaran kerugian 350 JUTA DOLAR.
--Awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh Rejim Zionis. Dalam tempoh 3 bulan seramai 300 orang rakyat palestin syahid. 112 daripadanya dalah dari Gaza.

19 Jun 2008
--Gencatan senjata bermula.
--Zionis bersetuju menhentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati pihak palestin di Kaherah..
--Anda percaya atau tidak, mereka adalah pihak yang tidak pernah menepati janji, beberapa kali sepanjang tempoh itu, mereka mencabuli genjatan senjata itu! Nampak sangat, membunuh itu satu hobi untuk mereka!.

18 Disember 2008
--Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata.
--Tak sempat-sempat, esoknya bermulanya serangan berterusan rejim Zionis ke atas Gaza..

27 Disember 2008
--Serangan udara dilancarkan Israel yang membunuh 229 penduduk Gaza.

28 Disember 2008
--Serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di universiti Islam Gaza.

1 Januari 2009
--Serangan bom israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabali, Gaza.

2 Januari 2009
--Serangan Udara ke atas MASJID menyebabkan 11 orang rakyat palestin syahid..

04 Januari 2009
--5 ORANG AWAM palestin syahid apabila terkena bedilan meriam israel..
--Sehingga kini, angka syahid melebihi 524 nyawa, 120 KANAK-KANAK dan 50 WANITA...and i believe it is more actually..
--2500 orang cedera.
--Sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah menyebabkan bantuan makin sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk di sana..

07 Januari 2009
--Angka syahid bertambah kepada 635 orang dan 2900 orang cedera..
--Perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza.
--Hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah.
--Sekurang-kurangnya 2 buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik..
--Bekalan air bersih juga berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil Rejim Zionis..

11 Januari 2009
--Rakyat Gaza masih terus meraung sedang kita disini masih hanya melihat.. Sampai bila??.. Sekalipun mereka bertuah kerana mereka adalah golongan yang dijanjikan dan golongan terpilih untuk mendapat syahid, namun tidak ingin kita membantu mereka??..sekurang-kurangnya bantuan kewangan untuk membekalkan senjata kepada mereka supaya mereka tidak berdepan dengan jet pejuang israel dengan tangan kosong..Sekurang-kurangnya, salurkan duit untuk mereka mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan keperluan untuk hidup..Sekurang-kurangnya doa untuk memdorong mereka untuk terus mencapai 2 kemuliaan iaitu menang atau syahid.. Sekurang-sekurangnya sokongan supaya mereka terus bertahan..

Anak-anak palestin anak-anak terpilih..Mereka dibesarkan untuk memburu syahid.. wanita-wanita di palestin wanita-wanita terpilih, mereka memdidik anak-anak mereka untuk menjadi sebahagian daripada gerombolan yang cintakan kematian sebagaimana manusia mencintai dunia!.. Rijal palestin adalah rijal terpilih, mereka mampu mengentarkan israel dengan tangan kosong atau sekadar berbekalkan batu... Mana mungkin mereka sehebat ini jika mereka tidak menyakini Allah sebagai pelindung mereka!

"Yang demikian ini kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir TIDAK ADA pelindung bagi mereka.."
(Muhammad:11)

Teruslah berjuang kerana

"Sesungguhnya Allah membeli dari diri orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah; sehingga mereka MEMBUNUUH atau TERBUNUH, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.. Dan SIAPAKAH YANG LEBIH MENEPATI JANJINYA SELAIN ALLAH?.. Maka BERGEMBIRALAH dengan JUAL BELI yang kamu lakukan itu dan demikian itulah KEMENANGAN yang agung.. "
(At Taubah: 111)

"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan
(perantaraan) tanganmu dan DIA akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman, dan DIA menghilangkan kemarahan hati mereka (orang Mukmin). Dan Allah menerima taubat orang yang DIA kehendaki. Allah Maha mengetahui, Maha Bijaksana.." ( At Taubah: 14-15)

Setakat ini, 13 masjid di Gaza telah diruntuhkan oleh israel.. Tapi imam di sana menegaskan:
"IMAN kami takkan runtuh dengan runtuhnya masjid ini..Selagi Allah itu wujud, runtuhkanlah apa dan sebanyak mana yang kalian mahu, TAPI kalian takkan berjaya meruntuhkan IMAN kami.."
PELIK?HAIRAN?AJAIB?..Bagaimana mungkin mereka masih mampu bertahan dengan serangan yang bertubi-tubi sedang mereka tidak punya apa-apa sebagai penahan..Bagaimana mungkin mereka masih mampu bertahan sedang mereka kebuluran setiap hari..Kekurangan ubat-ubatan,minuman,tiada elektrik..Kalau di Blok saya yang selalu Black-out tu pun satu blok menjerit bila keadaan gelap gelita..Kita pernah merasai peritnya ketiadaan air ketika krisis air KMB tahun lepas, Begitu juga ketiadaan bekalan elektrik yang hanya beberapa jam itu pun mampu mengundang huru hara kepada kita..Tapi bagaimana mereka??..Bagaimana pula mereka mampu bertahan dengan menyaksikan pegeboman,pembunuhan,pemyembelihan dan bermacam-macam kengerian setiap hari?..Sedang tentera AS yang dihantar ke Iraq sendiri mengalami trauma yang teruk hingga tahap membunuh diri kerana tidak tahan dengan kengerian di depan mata..Tapi mereka?..

Selaras dengan kesedaran yang bercambah, saya menyeru, bantulah mereka dengan cara:


1.Semua yang sedar hendaklah mengingatkan orang lain supaya menguatkan ikatan dan keiman kepada Allah. Jauhi maksiat kerana itu akan menyebabkan tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah lambat menjelma..

2. Menghidupkan kembali program boikot semua barangan-barangan syarikat Yahudi,Amerika dan sekutunya..penurunan yang mendadak terhadap penjualan produk mereka sekurang-kurangnya mampu membuatkan pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi mereka!..Antara produk yang boleh diboikot:


3. Menyertai aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk islam Gaza..

4. Kempen derma wang ringgit diseluruh peringkat..


5. Propaganda dan iklan meluas melalui media massa dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza..Kepada bloggers b
oleh buat entri pasal ni, supaya kawan-kawan yang belum tahu akan sedar dan faham..Biar tidak ada lagi isu, kita tidak patriotisme kerana membela palestin..Biar semua sedar kita bersatu kerana islam bukan negara..Biar lupus kata-kata "U dont deserve the shcolarship!" hanya kerana menyokong palestin..

6. Boleh terus menderma kepada Aman Palestin berhad:

Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Atau

untuk KMBians boleh salurkan kepada semua high comitee GNCC, insyaAllah kami akan terus bank in kan..


Senarai High Commitee GNCC:

1. Nazri (m08L)
2. Najihah (m08H)
3. Hanis (E08C)
4. Rabiatul Adawiah (m08H)
5. Zubair (M08L)
6. Fatimah (m08H)


Rapat Umum Rise For Gaza yang dianjurkan aman palestin semalam menyaksikan 11 deklarasi dikemukakan..




Berikut adalah deklarasi yang dikemukakan:

1.Bumi palestin adalah hak mutlak rakyat palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya.

2. Menjadi hak syarie kepada rakyat palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan PBB.

3. Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.

4.Menyatakan kekesalan kepada PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar.

5.Menggesa Negara-negara Islam BERSATU dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah.

6.Menggesa umat islam seluruhnya menjadikan ISU PALESTIN SATU ISU BERSAMA dan MELAKSANAKAN AGENDA untuk mengembalikan Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan BAitul Maqdis dari cengkaman Israel.

7.Menggesa kerajaan Negara-negara Islam khususnya Mesir supaya mengambil langkah berkesan dan bersungguh-sungguh untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza dan mengembalikan kehidupan normal kepada masyarakat Palestin.

8.Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

9. Menggesa pertubuhan-pertubuhan, parti-parti politik, dan badan-badan NGO melupakan segala perbezaan dan berusaha secara proaktif serta bertindak secara bersepadu, terancang, berkesan dan berterusan untuk menangani isu Palestin.

10.Menggesa Negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan terhadap rejim Israel dari segi diplomatic, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

11.Menggesa supaya semua pihak Palestin kembali ke Meja Rundingan serta mencari kesepakatan untuk mengatasi sebarang pertelingkahan yang memberi ruang kepada musuh untuk mengeksploitasinya dan meningkatkan tekanan, pencerobohan serta penghinaan ke atas rakyat Palestin.


Rapat umum semalam bukan sekadar untuk menyatakan kegeraman dan kebencian terhadap Yahudi laknatullah tapi diharapkan dengan setiap laungan takbir bom-bom israel berhenti meletup dengan izin Allah..Dengan Laungan takbir,suis bom mereka tidak hidup, dengan laungan takbir, jet-jet pejuang mereka dan apache yang dikirimkan terhempas dengan kuasa Allah.. Apache kita ialah DOA, yakini akan kemenangannya!..Teruskan meminta pada Allah yang Maha Kuasa,moga ianya tidak sia-sia..

Nota Kaki@tangan: Venezuela telah berjaya menghalau duta Israel, kita bile lagi??