Thursday, July 31, 2008

..CURIK MASA..

Bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum w.b.t....
'Ok kelas,hari ni kita nak buat cerpen"..Alar,menyampahnya,saat-saat sebuk beginilah cikgu nak suruh buat cerpen..Mujur aja cikgu tu bagi dateline sampai minggu depan..hihi..akhirnya dengan susah-payah cari ilham,peras otak dan hati,Finally I came out with a poyo story i've ever made..dan sekarang,sewaktu mengepostkan benda ni,curik masa cikgu yang tak masuk kelas..

"Apa awak buat ni Siti???blog??"inilah antara reaksi yang ku terima..

Kawan-kawan lain sume sebuk blajar.. saya sebuk jugak..sebuk berblogging..hihi..hayatilah cerpen nih..


.SAAT CINTA BERBISIK

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
“Assalamualaikum”,lembut salam kesejahteraan itu menyapa gegendang telinga Elya.

“Walaikumusalam”,jawab Elya seraya berpaling.

Dia kaget sendiri.Hatinya berkira-kira seumpama biasa melihat wajah itu.

“Elya kan?.Awak dah tak ingat saya lagi ke?”.

“Maaf,saya tak boleh nak ingat lah”

“Owh,takpe,saya faham.Lagipun kita dah lama tak jumpa.Saya Aishah,classmate awak waktu di SMK Taman Mawar 3 tahun lalu.Ingat lagi ke?”

“Ya Allah,awak ke ni Aishah?”Elya terlalu terkejut,penampilannya dulu dan sekarang jauh berbeza.Dengan jubah longgar dan tudung labuh dia benar-benar memperagakan fesyen muslimah yang sebenar. Mengimbas kenangan dulu Aishah memang terkenal sebagai pelajar yang paling nakal sewaktu di sekolah lama dulu,bahkan dialah yang menjadi penyebab Elya melarikan diri dari sekolah itu.Kalau dulu Aishah lebih senang mengayakan baju yang membungkus macam ‘barut nangka’,gelaran yang diberikan orang tua-tua untuk baju yang ketat-ketat.

“Hihi,saya tahu awak terkejut.”

“Saya memang sangat-sangat terkejut.Boleh saya tanya?.Macammana awak boleh berubah sampai macam ni?.”Elya tak mampu lagi menahan,akhirnya soalan itu terlontar juga.

“Panjang ceritanya,lain kali saya ceritakan ye.Sekarang jom kita pergi daftar dulu”.

“Hmm insyaAllah,jom”.Pantas kedua-dua tubuh itu melangkah untuk meneruskan proses pendaftaran yang terhenti tadi.Sungguh Allah itu Maha Kuasa,lama mereka berpisah akhirnya mereka dijumpakan di sini juga.
Teringat peristiwa pahit sewaktu di SMK Taman Mawar dulu,Aishah selalu menunjukkan kedegilannya apabila berdepan dengan peraturan sekolah,walaupun dia ketika itu adalah seorang pengawas sekolah.Adalah cabaran terbesar untuk menyabitkan sesuatu kesalahan ke atas Aishah walaupun kesalahan itu jelas dilakukan olehnya kerana dia akan menggunakan kuasa veto ayahnnya yang merupakan orang kuat sekolah itu untuk menggugurkan kesalahannya.

Sampai suatu tahap,Elya telah difitnah meniru dalam peperiksaan.Peristiwa itu meninggalkan kesan yang dalam di hatinya.Ia bermula ketika perut Elya tiba-tiba memulas ketika peperiksaan biologi berlansung.Dia cuba menahan namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke tandas.Sewaktu masuk ke tandas,dia terpandang sesuatu di atas para di tepi tandas,tetapi tidak menghiraukannya.Sewaktu melangkah keluar,hatinya tergerak untuk melihat benda di atas para itu,Elya mendekat dan dan membelek-belek isinya.Rupa-rupanya ia adalah sebuah buku rujukan biologi.Ketika sedang membelek-belek helaian itulah,Aishah masuk dan terlihat perbuatan Elya lalu bertindak melaporkannya kepada guru.Tanpa usul siasat Elya dituduh meniru dalam peperiksaan.Walaupun dia berkali-kali menjelaskan yang buku itu bukan miliknya tapi dia masih tidak dapat menyakinkan orang disekelilingnya bahawa dia tidak meniru.Peristiwa itu berlanjutan selama dua minggu dan sememangnya dua minggu itu satu tempoh yang menyakitkan Elya.Ramai yang memandang serong kepadanya walaupun dia belum terbukti bersalah,namun dalam suasana yang menekan itu masih ada yang simpati kepadanya dan yakin dia tidak bersalah.Setelah hampir dua minggu,tiba-tiba muncul seorang pelajar yang dengan beraninya membela Elya dengan mengatakan buku itu adalah milik Aishah kerana dia pernah melihat Aishah melakukan contengan-contengan di buku itu.Walaupun setelah disiasat pada akhirnya terbukti Elya tidak bersalah namun orang-orang di sekelilingnya tidak berhenti memandang serong kepadanya,akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertukar ke sekolah lain apatah lagi permohonan ayahnya untuk bertukar tempat kerja telah diluluskan .

“Awak dah tak marah saya lagi ke pasal peristiwa di SMK Taman Mawar tu?” Aishah akhirnya meluahkan soalan itu ketika mereka berjalan-jalan di sepanjang laluan jogging di kolej mereka.

“Peristiwa apa ye?..Hmm.oh! Yang tu ke? Saya sendiri pun dah tak ingat awak.Jangan risau,tak perlu minta maaf,saya dah lama maafkan awak.”

“Saya tak boleh lupakan bagaimana saya telah menjadi begitu jahil ketika itu.Setiap malam saya teringatkan peristiwa itu dan setiap kali itu rasa bersalah kat awak semakin menebal.Saya tak sanggup sangat nak tanggung dosa itu dan Alhamdulillah Allah menemukan kita disini supaya saya boleh meminta maaf seikhlas mungkin kepada awak.Kali ini saya tak nak kita jadi kawan tapi saya nak kita jadi sahabat.”

“Ha..ha..ha..Ingatkan awak dah tak nak rapat dengan saya lagi.Sahabat itu lebih besar ertinya dari seorang kawan dan seorang saudara itu lebih bermakna dari itu.Allah yang memegang tali-temali hati kita,maka jika tujuan kita adalah Allah,maka Allah sendirilah yang akan menyatukan hati kita.”
“Wah,Elya!.Awak tetap macam dulu sangat mantap berhujah.” Perbualan mereka mereka terhenti apabila telefon bimbit Aishah tiba-tiba mengeluarkan bunyi isyarat mesej.

Sungguh,perjumpaan mereka ketika proses pendaftaran itu adalah satu kejadian yang tak pernah dimimpikan oleh Elya.Walaupun pada suatu masa dulu Aishah pernah menyakitkannya namun Elya sangat berpegang pada hadis nabi junjungan yang berbunyi “serendah-rendah persaudaraan adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi rasa persaudaraan ialah melebihkan saudara melebihi dirinya”.Dia berusaha untuk beramal dengan hadis itu agar dapat dia mencapai tahap tertinggi dalam bersaudara.Oleh sebab itu,tidak hairannya dia mampu melupakan perbuatan Aishah dan memaafkannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Memang sudah aturan Allah,mereka ditakdirkan untuk menjadi teman sebilik.Memang ini yang Elya nanti-nantikan.Dalam keadaan di tempat baru dan tak mengenali siapa-siapa, seorang sahabat sejati amat diperlukan agar kita menjadi struktur bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain.Sebenarnya,persengketaan yang disulami rasa berlapang dada sebenarnya adalah pemanis sesebuah ukhuwah itu sendiri.Bagi mereka berdua persamaan akidah dan matlamat sudah cukup untuk menyatukan hati mereka.

Bagi Elya sendiri Aishah sekarang sangat jauh dengan Aishah di Taman Mawar itu.Jasadnya sama tapi rohnya begitu berbeza,roh Aishah kali ini sangat terisi,padat dengan fikrah yang mantap. Kadang-kadang Elya malu sendiri apabila membandingkan dirinya dengan sahabatnya itu.Namun disebalik perwatakan yang 180 darjah berbeza itu,ada sesuatu yang menggusarkan hati Elya.Memandangkan mereka tinggal sebilik,jadi segala tindak-tanduk Aishah di ketahui oleh Elya. Elya sangat yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya ini.Sesungguhnya sesuatu perubahan yang ingin dibuat bukan sekadar di luar tapi mesti diringi kesedaran dari dalam.Jika kesedaran ini tiada, maka perubahan yang dibuat hanyalah sekadar satu perubahan kulit sedangkan isinya tetap sama dan tak mustahil orang itu boleh kembali kepada sifat asalnya.

Setelah sebulan bersama Elya perasan Aishah sangat banyak menghabiskan masa dengan berbual mengunakan system pesanan ringkas(sms).Sehingga satu tahap,telefon bimbitnya juga dibawa sebagai teman ke tandas.Aishah hanya menjawab dia berhubung dengan seorang kawan apabila Elya bertanya mengenai kekerapannya bersms.Pada masa yang sama,tanpa Aishah sedari,Elya memerhatikan dan menilai perlakuan sahabatnya itu.Memang secara zahirnya,perwatakan Aishah seperti biasa,tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib apalagi solat fardu dan qialmulail. Setelah lama memerhatikan,Elya membuatkan andaian awal bahawa Aishah ini telah terjerat dengan dunia percintaan. Andaian ini dikuatkan lagi apabila Elya terbaca mesej yang dihantar oleh seseorang bernama Umair yang mana isinya adalah berupa kata-kata jiwang dan romantis seorang kekasih. Elya sangat tidak menyangka Aishah yang dianggap berubah sepenuhnya sanggup merendahkan harga diri seorang da’ie dengan perkara-perkara seumpama ini.

Keadaan ini menuntut Elya mencari jalan untuk mneyedarkan sahabatnya itu. Pada suatu usrah mingguan,naqibah usrah mereka secara kebetulan membicarakan mengenai harga diri seorang wanita.Betapa penting untuk menjaga kehormatan dan cinta seorang wanita,tidak boleh diberikan sesuka hati kepada mereka yang tidak berhak.Elya mencuri pandang ke arah sahabatnya itu, Aishah kelihatan tertunduk dan ada mutiara-mutiara jernih mengalir dari kolam matanya.Usrah itu telah membuka pintu hati Aishah untuk membincangkan soal ini dengan Elya.

“Maaflah kalau nasihat saya ini boleh menyakitkan hati awak”,Elya berhati-hati menyusun bicara.
“Namun sebagai sahabat yang sama-sama berjuang di jalan ini,nasihat itu penting agar kita sentiasa menjadi orang yang ingat-mengingatkan antara satu sama lain agar kita tidak menjadi orang yang rugi.” “Naluri saya kuat mengatakan bahawa awak macam ada sesuatu je yang nak di sembunyikan dari saya,kalau awak tak keberatan,saya berhajat nak berkongsi sebarang masalah yang timbul”.

“Susahlah nak terangkan,kejadian ini terlalu panjang.”

“Takpe,insyaAllah saya tak bosan mendengar.Mungkin ada yang boleh saya tolong.” Elya tetap positif memberikan semangat.

“Saya tak tahu macam mana saya boleh jatuh hati dengan dia.Memang dia seorang yang sangat baik.Saya jumpa dia sewaktu satu program dan kami terus berhubungan selepas program tu.Pada mulanya mesej yang dihantar adalah mesej-mesej berunsur tazkirah dan peringatan untuk seorang wanita,saya pun mengambil keputusan untuk tidak melayan dia pada mulanya.Namun lama-kelamaan mesej tazkirah itu bertukar kepada mesej berkisar tentang saya dan dia lantas rasa biasa itu bertukar kepada rasa suka.Saya tak tahu macam mana ia berlaku,terlalu pantas dan sedar tak sedar saya sudah memberi hati pada dia.” Seringkas mungkin Aishah menerangkan kedudukan yang sebenar.

“Erm,si dia tu orangnya macam mane ye?”.

“Orangnya baik sangat tapi sayang dia taklah betul-betul memahami islam.Tak ada ke sahabat-sahabat ikhwah kita yang boleh ‘approach’ dia kepada islam?.Saya teringin nak dia kenal islam juga.”

“Ya sahabat,saya rasa awak lebih tahu bagaimana rasanya perbezaan cinta Allah dan cinta manusia.Lagipun dalam membina keluarga Islam pasangan kita itulah mestilah mempunyai kefahaman yang mantap terhadap Islam,bukan sekadar Islam pada nama.”

“Tapi takkan tak ada jalan langsung untuk dia kenal islam?.Takkan islam membunuh terus rasa cinta itu?. Salahkah saya jatuh hati?.Saya tidak pernah meminta! Rasa cinta itu datang sendiri.Tolonglah saya Elya.Saya bingung, saya tak sanggup nak tinggalkan dia.” Aishah tidak mampu lagi membendung rasa itu,dia menangis teresak-esak tak ubah seperti anak kecil yang ditinggalkan ibunya.

Setelah Aishah kembali tenang, Elya menyusun bicara penuh hikmah.

“Awak, Islam datang sebagai agama yang menganjurkan kasih sayang dan belas ihsan sesama makhluk, tidak pernah dibunuh rasa itu bahkan patut disuburkan lagi agar melimpah ruah rasa sayang itu agar semua dapat merasainya.Namun pada masa yang sama islam sangat memuliakan rasa kasih sayang itu hingga kita tidak patut memberikannya kepada orang yang tak berhak.Cuba bayangkan jika kasih itu sudah diberikan kepada teman lelaki kita,nanti kita nak bagi apa lagi kepada suami kita? Islam menganjurkan agar kita memelihara cinta itu supaya ia menjadi hadiah yang sangat berharga buat suami kita.”

Aishah terkedu.Tangisan yang tadinya bersisa kembali meninggi.

“Sahabatku Aishah, untuk apa awak beria-ia nak kenalkan dia pada Islam,agar awak boleh bersama dalam Islam pula?.Hakikatnya, isinya tetap sama kulit sahaja yang bertukar.Lupakah awak pada hadis nabi yang berbunyi “sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.” Perumpamaannya mudah sahaja,bayangkan setin daging khinzir yang dilabel ‘pork’, kita tahu hukum memakan daging khinzir adalah haram.Apa kata jika saya tukar label daging khinzir itu kepada daging lembu sedangkan kita sama-sama tahu yang daging itu adalah daging khinzir,adakah hukumnya akan berubah?.”

“Gulp!”.Macam laser menembusi hati Aishah.Bisanya!.

“Jatuh hati tidak salah tapi perasaan itu mesti dikawal.Tundukkan ia untuk patuh pada Allah kerana cinta yang tidak dikawal akan meliar dan merosakkan pencinta.Cinta yang kita nak bukan cinta yang melalaikan tetapi cinta yang membawa kepada cinta besar kita iaitu cinta Allah dan ia tidak boleh dicapai melalui jalan lain melainkan dengan pernikahan. Kalau awak dan dia sudah bersedia untuk itu maka percepatkanlah kerana lagi banyak madu yang dihirup ketika bercinta lagi hambar hubungan selepas kahwin.”

Aishah mengangguk-gangguk.Ada sesuatu yang menyentuh hatinya namun dia tidak mampu meluahkannya.Inilah cinta, sekali memberi sukar menarik balik.Tali sudah dihulur,kalau ditarik melukakan orang di sana dan mengecewakan orang di sini. Namun kalau diteruskan ia adalah perbuatan yang sia-sia dan meletihkan.

“Sahabatku sayang,Allah terlalu sayangkan awak.Diberi awak merasa cinta manusia agar awak tahu betapa cinta Allah tiada bandingannya.Diberinya awak ujian itu dan yakinlah dia akan membantu awak melalui ujian ini.Ini satu ujian, jika awak terleka dengan keseronokan menjawab soalan ujian tanpa mengikut skema jawapannya maka tak mustahil awak akan gagal dalam ujian itu.Orang yang terus-terusan bergelumang dengan dosa tak ubah seperti orang yang bermain di dalam lumpur.Walaupun semua orang mengatakan lumpur itu kotor dan kita sendiri pun tahu betapa jijik dan busuk lumpur itu namun kita masih tak mampu nak keluar dari lumpur itu.Terlalu seronok dan asyik dengan bau busuk lumpur.” Elya menuturkannya penuh lembut.Kelembutan yang menusuk ke hati.

“Habis apa yang patut saya buat sekarang?.” Dengan wajah kebingungan Aishah mengeluarkan soalan itu.

“Ia terpulang pada awak.Sesungguhnya firman Allah dalam surah An-nur ayat 26 yang bermaksudnya “Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk perempuan yang keji,sedangkan perempuan-perempuan yang baik-baik untuk lelaki-lelaki yang baik-baik,dan lelaki-lelaki yang baik-baik untuk perempuan-perempuan yang baik.”Jika awak betul-betul yakin dengan ketentuan Allah ini maka tinggalkanlah yang haram kerana Allah akan memberikannya dengan jalan halal kepada awak.”

Tiba-tiba,telefon bimbit Aishah berdering.

“Salam.Pagi yang indah,melihat bunga-bunga berkembang mekar,saya teringatkan awak.Cantik macam bunga tu.Rindu awak!”
Sender:Umair

Aishah memandang ke wajah Elya.Elya mengangguk.Pantas jari-jemarinya menekan pad kekunci.

“Salam.Maaf,saya taknak lagi bergelumang dengan dosa.Hubungan kita salah,cukup sampai di sini,saya tak mampu nak menjawab di depan Allah Azza wa jala jika ditanya kenapa saya menggunakan nikmat yang diberi ke jalan yang salah.Kita berhenti di sini sahaja. Jangan hubungi saya lagi!.Assalamualaikum.”

Elya tersenyum. Aishah puas dan merasakan dadanya lapang.

“Sayang,awak silap hantar mesej ke?.Kenapa cakap macam tu ni?.”
Sender:Umair

“Tak,saya tak silap.Saya rasa saya tak perlu bagi apa-apa penjelasan.Mesej itu ditujukan khas buat awak,Umair Al-Mujahid.Untuk penjelasan lanjut sila rujuk batas-batas pergaulan yang digariskan Allah.”

Ringkas jawapan Aishah. Umair tidak berputus asa,namun bagi Aishah segala-galanya sudah berakhir.Cukup sampai di sini,takkan ku berpaling dari tindakan ini.Inilah jalanku,pilihanku.
Petang itu terasa dingin sekali.Kedinginan yang mendamaikan hati Elya.Dia memandang sejenak ke kertas di atas ribanya,lalu bibir nipisnya pantas mengalunkan bait-bait yang tertera di atas kertas itu.

Bila cinta berbisik,

Suaranya memuji tuhan,

Pabila rindu terusik,

Rasulnya jadi pilihan,

Tatkala hati memuja,

Allah yang diagungkan,

Alangkah payah membuang cinta ini,

Sabarlah wahai hati,

Kerana bagimu,

Syurga yang indah,

Jika kamu orang yang sabar,

Hi hi bye bye cinta murahan..

Dia tersenyum sendiri,bait terakhir puisi itu menyentuh hatinya meskipun bunyinya agak kelakar.Walaupun puisi itu cuma luahan hatinya namun masih mampu menyentuh hati yang membacanya kerana kata-kata yang lahir dari hati akan turun ke hati.

Dia melemparkan pandangan ke arah padang tempat pelajar-pelajar perempuan bermain Frisbee,sejenis permainan yang menggunakan ‘piring terbang’.Dia tergelak sendiri sewaktu melihat sahabatnya, Aisyah terkial-kial menangkap si piring terbang itu,puas dia melompat akhirnya piring itu jatuh dengan penuh gemalainya ke tanah tempat dia mendarat. Dipanjangkan lagi pandangannya ke arah pelajar lain,ada yang tergolek-golek menyambut piring terbang itu,tak kurang juga ada yang lebam-lebam akibat penangan momentum piring terbang.

Tiba-tiba, “tiiit..tiit..tiit..tiit..”,satu mesej masuk terpapar di skrin telefon bimbit Aishah.

Lantas Elya pantas menekan butang ‘baca’ pada pad kekunci.

“Seindah gubahan pertama,lama aku mencari, srikandi Islam sepertimu,bila kau hampir ku gengam,kau lari meninggalkanku, hinakah ku dimatamu ya srikandi?,izinkan hatimu kumiliki.”
Sender: Umair.

Hati Elya tersentak.Hatinya berbisik sendiri,”murahnya cintamu ya Umair,semudah itu boleh kau lafazkan,tak mustahil semudah itu juga kau membuangnya.”Elya maklum Umair masih tidak berputus asa namun Aishah nekad untuk tidak melayannya.

Empat tahun berlalu,selepas tamat pengajian,sekeping kad berwarna merah sampai ke rumah Elya. Elya membaca sekilas dan amat terkejut melihat nama yang tertera; Aishah Yusra bt Zainuddin dan Wan Mohd Fathul Rahman b. Wan Hamid. Hatinya berbisik “Dah nak kahwin rupanya dia ni,siapa lelaki ni?,tak pernah pula Aishah menceritakan perihal lelaki ni.”.Elya menghubungi kakak naqibah usrahnya dan bertanyakan perihal lelaki ini.Rupa-rupanya lelaki ini adalah kenalan suami kakak naqibah tu dan dialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya dengan Aishah.

Bagi Elya peristiwa itu terlalu bermakna.Dia berhajat untuk menyediakan sesuatu untuk Aishah,disiapkan hadiah itu siang dan malam.Tinggal beberapa hari lagi sebelum pernikahan itu berlangsung,namun hadiah itu masih belum siap.Hadiah itu di buat dengan penuh teliti dan berhati-hati kerana ia terlalu istimewa.Elya terlalu ingin menyatakan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Aishah untuk ukhuwah dan persahabatan yang tak ternilai ini.Hatinya sangat bimbang kalau-kalau dia tidak mampu menyiapkannya sebaik mungkin sebagaimana Aishah melengkapi hidupnya sebagai saudara dan sahabat.Sehari sebelum pernikahan itu berlangsung akhirnya hadiah itu siap juga.Elya memandangnya sambil tersenyum puas.

Pagi itu,suasananya lain sekali.Burung-burung berkicauan dengan suara yang luar biasa.Bagaikan dapat membaca sesuatu bakal terjadi. Sudah pukul 6.30 pagi.Ibu Elya kehairanan melihat Elya yang belum bangun kerana kebiasaanya menjangkau jam 4.00 pagi Elya sudah bangun menghadapkan diri kepada yang Esa,melakukan tahajud sebagai bukti ketaatan seorang hamba kepada penciptanya.Si ibu mengetuk bilik Elya,tidak bersahut.Dibukanya pintu,ternampak Elya sedang tidur dalam telekung sembahyangnya,wajahnya tersenyum.Lembut si ibu menyentuh,sejuk.Dirasa dahinya,juga sejuk,maka maklumlah si ibu anaknya sudah pergi mengadap Ilahi dalam kedinginan subuh. Membawa bersama keinginan menyaksikan pernikahan sahabat sendiri. Di sisi katilnya,sebuah lukisan minyak yang mengambarkan kecantikan sebuah syurga berdasarkan gambaran yang diberikan Allah di dalam Al-quran dan kelihatan dua susuk tubuh sedang bermain-main di dalamnya.Terlalu indah.

Di bawahnya terukir kata-kata:

“Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan pasangan-pasangannya berada dalam tempat yang teduh,bersandar di atas dipan-dipan. Di Surga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa sahaja yang mereka inginkan.(Kepada mereka dikatakan), *SALAM,* sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang”.
Qalam Pencipta; (Yassin:55-58)

“Sahabatku Aishah jika suatu hari awak masuk ke syurga,jangan lupakan saya.Bersama-sama kita berusaha ke arah itu,saya pergi dulu.Moga penghabisan kita adalah penghabisan yang baik,Assalamualaikum”.

Salam sayang selalu,
Elya Humaira

huhu...POYO ar siti!!..Apapun insyaAllah cerpen ini saya dedikasikan khas buat sahabat-sahabat yang mencari-cari makna cinta sebenarnya...mungkin tak menjumpainya dalam cerpen poyo tuh tapi insyaAllah boleh dimanfaatkan sebaik mungkin..ikhlas mengakui saya bukan penulis yang pandai mengarap dan mengarang tapi Alhamdulillah itu adalah hasil dari hati..

nota kaki@tangan: Tolong jangan suruh kita buat cerpen lagi..Tak sanggup nak fikir lagi!!!


Sunday, July 6, 2008

..BAS MINI VS KTM..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Walaupun saya tak punya peminat setia blog saya,hukhukhuk macam kesian jek,tapi saya punya blog-blog yang best untuk dilawati..sila klik kat link yang kat bawah tu ye..keluar sekejap dari dunia KMB yang sedang mengalami krisis air,berjalan-jalan di dunia luar memang amat menyenangkan saya bahkan memberikan saya satu tarbiyah yang indah..sepupu saya yang sangat-sangat saya kasihi kerana Allah adalah penaja setia jalan-jalan saya ke Bandar Kajang minggu ni dan minggu lepas dan minggu-minggu seterusnya..hihi..sewaktu kaki melangkah masuk ke bas Mini yang uzur dan banyak mengajar saya perihal masyarakat di sini sempat sepupu saya membisikkan 'kalau nak rasa hidup dalam masyarakat naiklah bas mini,macam-macam ragam kita boleh tengok"..kalau nak rasa hidup dalam masyarakat yang dah ter"maju" ke"depan" boleh naik bas raPid..hihi,saya gelak jek..mula-mula macam tak faham jugak cakap sepupu saya nih tapi bila saya merasai sendiri pengalaman tuh memang betul..walaupun pengunjung tetap bas mini selalunya adalah mat Bangla dan mat Indon,tapi saya suka melihat pada diri derang rasa kasih sesama manusia.Kalau diperhatikan memang masyarakat kita sangat-sangat mendahagakan rasa prihatin itu.

Memang bas mini sangat jauh bezanya dengan KTM yang kalau naik masing-masing buat kerja sendiri jek..Masing-masing mencipta dunia khayalan sampai kalau ada mak cik2 yang naik pun tak siapa nak peduli..Mana perginya rasa kasih kita pada saudara seagama kita?..mana erti ukhuwah yang kita laung-laungkan?..kalau di kalangan oarang-orang muda macam saya nih,kasih itu mesti di tunjukkan pada hari Valentine's Day jek..walaupun jelas lagi terang dan disuluh lagi dengan spotlight bahawa Valentine's Day itu bukan budaya islam tapi ramai jek yang bangga menyambutnya..Ukhuwah islam pula disalah tafsirkan sebagai hubungan lelaki dan wanita yang melampau-lampau sehinggakan bercouple itu di anggap sebagai ukhuwah fillah..maka kami yang melihat ini mati akal dibuatnya bila berhujah dengan golongan-golongan begini..huhuhu..bila lagi hati kita akan berhenti memberi alasan untuk menghalalkan perkara haram yang kita lakukan?..

merenung seketika betapa bermaknanya hujung minggu ini..di sebalik krisis air yang kami hadapi hingga terpaksa ke el fateh,kami menemui sebuah pelangi ukhuwah yang indah di sana..sungguh saya merasakan hidup amat bermakna bila bersama dengan golongan yang hatinya dekat dengan Allah..saat-saat yang berlalu terasa sangat terisi..mungkin kami boleh berkunjung ke sana lagi lain kali..hihihi..moga-moga kedatangan kami tak menyusahkan orang di sana..Lain kali kami pergi lagi,TUNGGU TAU!!
Nota kaki tangan: Kami rindu orang-orang di el fateh,bila nak datang lawat kami ni?..