Thursday, October 29, 2009

..BATU BATA..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Selesai saya menulis post ..BINA DAN DIBINA.. tu, saya melompat ke blog-blog orang..Mencari kebenaran pada kata-kata sendiri...Hingga saya berkunjung ke Daqa-Iqal Asrar, dan post terbarunya sangat menarik dan berkaitan dengan batu bata...Maka saya dengan pantas mengopynya untuk bacaan semua...Walau lawak tapi bermakna pada nilainya..

***************************************
batu oh batu


saban hari batuan dicipta demi sebuah tembok kukuh...
sebijik batu harus kuat, kukuh dan tegar agar tembok yang hendak dibina takkan meroboh.


tembok kukuh mulai dibina, dibina dan dibina... namun tengtibe..
kenapa macam goyang di sini-sana?
why oh why?


owhh rupanya bila disemak, ada wujudnya batuan yang rapuh di sini, situ dan sana.
maka binaan goyang,
bila kena tiup angin skit, dia gegar2.
pastu cam crack. here and there. owk-oww!

result: devastation.

resolution: wahai batu, kenape awak rapuh? kesian batuan lain.. penat2 mereka cuba menjadi batuan ter-terer seperti diharap oleh penciptanya. tapi kerana awak, maka tembok kite cam goyang2. batuan lain pun jadi hancur sebab awak tak kuat. camni lambat lagilah fort kite nak settle. kerana batuan rapuh camnilah yang akan melambatkan proses pembinaan itu. sedih nye.

"saya tak larat dah! jangan kira saya dah. tayah susah2 nak susun saya! saya taknak jadi batu dah!!! saya bukan lagi dalam golongan batu. maaf," demikian kata awak satu hari.
masa tu kite nampak tukang simen tu gelak.
dia gelak dalam kesedihan.
dia gelak kerana takleh nak percaya,
batu boleh pulak taknak ngaku batu.
nak jadik pasir.
batu ialah batu, kerana ia dicipta bertujuan untuk menjadi batu!
thats final, ok?
its sort of stated onto ur fingerprint.
"saya batu".
so jadiklah batu sejati.

*******************************************************************************************

Nota kaki@Tangan: Herm....Sape nak ngaku diri batu kalu tahu sangat banyak kerja yang masih perlu dilakukan...sape nak ngaku diri batu kalu xpernah rasa betapa izzahnya batu itu...

..BINA DAN DIBINA..


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..




(Ok, mereka sangat comey...Katak besar, eek!)

Saya berjalan ke kelas..Bila melintasi taska, terlihat kanak-kanak riang sedang melihat sesuatu..Saya tertarik dan terus memerhatikan mereka..Hati yang sedang terluka di ulit riang dengan gelagat mereka..Tetiba mereka terperasan saya yang sedang melalukan diri disitu, lalu cepat mereka menyapa, " Eh, Kak Siti..!Akak!Akak!..".. Lalu saya mendekati untuk mengetahui apa yang sedang menjadi tarikan mereka waktu itu..

"Akak, ada katak besar!"..

"Owh yeke?..Mana?"

"Tu..tu.."

Ai, mak ai besar betul katak tu..ok, saya geli, bulu roma naik meremang saya memang takut katak dan segala yang seumpamanya..Seyesly, katak tu besar giler, dah la dia sedang mengembangkan badannya, bertambah-tambah besarnya...Seyes besar giler!!!!!Aaaaaaaa... Dan kanak-kanak ni terus mengusik-usik katak tu...

" Eh adik janganlah...nanti dia lompat kat awak..Cepat gi main kat lain.."

Dan sampai bila saya meninggalkan mereka, katak itu terus mengembangkan badannya yang besar tu dan kanak-kanak ribena ni terus menerus tetawa melihatnya...

Saya yang geli, pantas meninggalkan tempat tu bersama bayang-bayang kebesarannya..

Saya terfikir, derang ni tak takut ke katak besar ni..Kan ke geli kalu dia lompat kat badan kita...Aaaaaaaaaaaa....Geli,geli!..

Erm, menggunakan Teori of knowledge, bila seorang kanak-kanak yang masih tidak tahu erti bahaya berdepan dengan harimau pasti dalam hati kanak-kanak ini tidak ada rasa takut...Bahkan dia pasti sempat bermain-main dengan harimau tu dan membelai-belai bulunya (jap..jap..harimau ade bulu ke?..ok abaikan), dan menguling-gulingkan dirinya di atas harimau tu Kerana dia tidak mengerti yang harimau itu boleh mendatangkan bahaya..Ala masa kecik-kecik dulu kita pun gitu gak, keje nak main je tanpa tahu ada bahaya....xpernah kisah pun, yang penting kita seronok, tapi parents kita lak yang bimbang dan takut...Sebab mereka tahu erti bahaya dan akibat...

Bayangkan seorang daie itu umpama kanak-kanak yang tidak takut pada semua, tidak pada yang mencela tidak juga pada yang memuji...Asalkan dia terus "bermain" dengan dunianya..Bayangkan juga daie itu adalah parents tu, yang tahu akibat dan menjauhi setiap yang membahayakan...

*******************************

Apa kan jadi kalu pekerja yang membina KLCC tu tak tahu apa yang dibina?..dalam hatinya berkata: Owh, ingatkan nak buat bangunan kecik-kecik je, main-main je, tapi rupanya nak buat KLCC yang tinggi ni...dan kerana tidak tahu dia telah tersilap meletakkan batu-bata pada asas bangunan tu...dan yang paling malang batu-bata tu la yang menjadi punca kelemahan bangunan tinggi yang dibina.. sampai runtuh bangunan tu...ish, ish..Kesian pekerja indon ni..

Erm, maka kenalah ada engineering yang menerangkan padanya cita-cita dan arah tuju bangunan yang sedang disusun batu-batanya itu sedari awal..Mesti ada jurutera yang menunjukkan kepadanya pelan dan susun atur KLCC yang nak dibina ni.. (aish bila budak medic cakap psl enginerg stuff, macam ni la jadinya..Betulkan jika tersilap wahai kawan-kawan enginerg ku..)..Supaya dari awal lagi dia tahu untuk memilih batu-bata yang betul dan mempelajari skill dan teknik menyusun yang betul...Wahaha!..Sekalipun dia hanya pekerja indon, tapi dia juga adalah naas yang disebut rasulullah sebagai ma'adin (logam)...Maka jika ada engineering yang berjaya membuatnya faham pasti dia akan menjadi pembina bangunan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Asal ada yang sudi menunjukkan padanya matlamat binaan itu pasti pekerja itu akan cuba menjalankan kerjanya sebaik mungkin..

Sebarang silap pada asas boleh merobohkan binaan yang tinggi..Sebab itu dari awal langkah, semuanya perlu dipastikan mengikut manhaj..Jika tersilap masih boleh dibetulkan dan dikuatkan dari awal...InsyaAllah..

pekerja yang tahu cita-citanya yang tinggi itu pasti akan asyik bekerja membinanya...Kerana tahu dia akan menghasilkan sesuatu yang hebat dalam sejarah manusia..Kadang-kadang dia juga penat maka pada setiap kali itu dia akan merenung lakaran dan gambaran bangunan yang diceritakan jurutera kepadanya..Hingga dia kembali bersemangat untuk menjadi antara tangan-tangan yang menyumbang kepada binaan itu..Bila ma'adin lain mentertawakannya kerana asyik bermain dengan simen dan batu-bata serta bangunan yang tak tinggi-tinggi, maka dia akan mengatakan "takpelah mungkin aku juga takkan sempat melihat bangunan ini siap, tapi aku yakin ia akan terbina..dan mungkin akan disambung oleh tangan-tangan lain..Hingga ia siap menjadi bangunan tinggi mencakar-cakar langit.."

........." Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berperang pada jalannya dalam satu barisan yang teratur dan tersusun...Mereka umpama sebuah bangunan yang kukuh.." (61:4).....