Wednesday, August 26, 2009

..ANTARA ENTRI DAN TEMPLATE..

BISMILAHIRAHMANIRAHIM..
SALAM RAMADHAN.

ANTARA ENTRI DAN TEMPLATE;
mestilah template yang didulukan,
buktinya, blog tak terupdate, tapi dah tukar template baru...

Amacam?ok tak?..Tak puas ati ke boleh komen dan yang teringin nak mengundi bole undi kat bawah tu..Jangan macam2..

Antara Penampilan dan Fikrah

Tu la kita, somehow dalam hidup menjadi abid dan khalifah, kita sangat mengutamakan yang luar..Penampilan, performance,style dan gaya (kan same ke?) kadang-kadang didahulukan hingga terlupa ade yang lebih perlu diupdate... Dalaman dan fikrah kadang-kadang dicampak ke tepi tanpa sedar..Kejam kan kite?..

"Alamak! matang la sikit makcik,Yang luar tu orang nampak kot!" (kate seorang pembaca)

Owh, ye x ye jugak..Yang luar tu orang nampak..First impresion tu penting, tu yang kadang pukul sume sama rata tu..Asal nampak orang berpakaian sekian-sekian dah ade impresion sendiri..Jangan begitu sahabat!..Bukanlah kita sebagai penilai melainkan hanya sebagai pengubah dan pendukung..Kita tidak mempedulikan siapa dia sekarang in term of tak kisah a betapa teruk dia sekarang tapi yang lebih kita utamakan ialah siapa dia nanti..Unfair jika sejarahnya dikira campur sekali dalam mind set kita hingga kita tersilap memberi impresion kepadanya..

Antara Dakwah dan Usia

Dalam dakwah juga begitu, berapa lama seseorang atas jalan ini bukanlah menjadi tiket guarantee utk dia terus bertahan sampai lama..Tanpa ikhlas, tanpa sahabat yang menguatkan, tanpa Allah yang mengekalkan, dia akan hanyut, dia akan tersasar..Siapa yang ingin membetulkan?..Siapa yang mahu meluruskan?..Jika hati ingin, sahabat pasti sudi membantu..Allah pasti sedia menunjuk..

Antara blog dan Hati

Pakaian dan isi...Macam template dan entri, kalu template lawa nak mati tapi entri hampeh tak menambah iman xde makna menulis..(ni kutuk diri sendiri senarnya..)Kalu entri xleh nak mengubah hati sendiri, apakah hati pembaca kan tertawan?..(soklan retorik, xyah jawab sebab x dibayar pon..)



Antara Fardu Kifayah dan Fardu Ain

"Menuntut ilmu sampai negeri China.."
"Menuntut ilmu dari buaian sampai liang lahad.."

Sume ini dikatakan hadis palsu oleh Lin Joi soon waktu MPI ari tu..

Tapi kita kan islam..Islam tu kan cantik segala sudut..Jadi x salah pakai baju cantik-cantik (x sampai tahap tabaruj..).. xsalah kalu perform elok-elok biar honour roll sumenya, tapi itu luarannya, dalamannya ilmu fardu ain dan fikrah tidak boleh sesekali diabaikan atas alasan luaran ini..Secantik-cantik template dan aseksorinya, entri x boleh di abaikan kerana itulah isi blog tu..Mengisi abid dan khalifah mesti pada fikrah dan amalnya..Yang lain aseksori, kalu ade bagus sesangat..Jadi, pakai lah baju cantik-cantik, kemas-kemas, smart2, perform la sampai 45 sumenya tapi jangan ditinggal ilmu fardu ain kita..

" Wahai anak cucu Adam!.. Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu..Tetapi pakaian taqwa , itulah yang lebih baik..demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.."
(al a'raf: 26)

Tutup aurat, pakai baju cantik, perform dalam studies itu sume adalah sebahagian dari tanda kekuasaan Allah...Jika kita berfikir pasti kita mengatakan, ini sume dari Allah..

Antara Ramadhan Dan Raya

Raya itu luarannya..dalamannya tetap ramadhan itu..Seronoknya pada raya, tenangnya pada ramdhan..Jangan tersilap cari..Allah tak melihat betapa meriah raya kita..DIA tidak mengira berapa banyak duit raya kita, tapi DIA melihat sejauh mana kita rapat padaNYA ramadhan ini..sebanyak mana discount ramadhan kita borong sehabisnya..

Antara kebaikan dan kejahatan

DIA telah mengilhamkan kedua-dua jalan..Pilihlah yang mana berkenan..Jangan salahkan syaitan, dia tidak bersalah..dia hanya menjalankan tugasnya dengan izin Allah dan dia tidak bertanggungjawab atas perbuatan kita..Ambillah kebaikan dari blog ini sekalipun templatenya bertukar semakin buruk..

DIA yang lebih tahu..

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL KAREEM..