Tuesday, May 26, 2009

..UNDER CONSTRUCTION..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Semangat nak up date blog berkobar-kobar..Banyak gak ar nak kongsi dengan anda sume..Tapi terpaksa menangguhkan dulu hasrat itu setelah keadaan badan saya tidak begitu mengizinkan..Sakitnya menendang-nendang kesabaran saya..Bila begini baru menghargai nikmat sihat yang pernah diberikan dulu..Nikmat yang hilang..tak pernah saya sesalkan mengapakah Allah menurunkan kesakitan ini disaat cuti-cuti begini, kerana bagi saya, apa yang ada pada saya semuanya amanah Allah..Di pinjamkan sekejap untuk melaksanakan Abid dan khalifah dan DIA berhak menarik balik nikmat ini pada bila-bila masa yang disukaiNYA..



sile klik untuk membaca dengan jelas..Kalu xleh gak maknanya nikmat mata yang Allah bagi itupun boleh ditarik pada bile-bile masa yang dikehendakiNYA..huhuhu..


Sungguh, saya cukup bersyukur kerana sakit ini dianugerahkan sekarang..Tak dapat saya bayangkan jika ia berlaku pada saat-saat menjelangnya exam, bukankah itu lagi berat?..Masa cuti begini, sekurang-kurangnya ujian ini mengingatkan saya lagi kepada saat kematian yang tidak mengenal usia..Sekurang-kurangnya, moga pada setiap kali sakit itu membuak-buak, bibir saya semakin basah mengingati Allah...Teringat saya kepada Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, Watak Lahuma dalam novel itu menemui ajalnya hanya kerana duri nibung...Nampak kecil, tapi bukankah Allah itu berkuasa ke atas siapa dan apa saja...

Teringat kata-kata cik doktor sewaktu Ziarah saya ke klinik petang tadi;
"Awak kena infection.."
hmm...Alhamdulillah..dan cik doktor yang baik hati itu menghadiahkan saya 4 jenis ubat..
Bila bakal doktor (xleh blah!) bertemu doktor, beginilah jadinya..hehe..

Lalu lagu muhasabah cinta bermain-main dalam kepala saya..Hehe...


Muhasabah Cinta
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Semua yang berlaku hanya dengan izin dan dalam pengetahuan Allah..Mana mungkin DIA yang maha mengetahui mencipta sesuatu untuk menyusahkan hamba-hambaNYA..Sedang DIA adalah pemilik kepada sifat ar rahman dan ar rahim..Maka jangan takut dengan ujian..Kerana disitulah sayangNYA kepada kita..

Nota Kaki@tangan: Semangat untuk meng up date blog ini tetap berkobar-kobar..Hingga suatu hari nanti saya benar-benar meng up date nye sepuas hati..Mohon undur diri..n jangan berhenti menjengah ek..