Monday, February 15, 2010

..DAIE ITU (2)..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Daie itu umpama pohon berbuah,
walau dilontar batu dan kayu,
tetap buah yang dihulurkan,
walau digoncang dan dipandang sleck,
masih berbuah mengikut arahan Allah,
walau dibenci dan disepak,
masih cuba menjadi pokok yang berbuah..
Sentiasa menghulurkan hasilnya saban waktu,
walau dapatannya tidak seberapa,
namun dia sedar,
ganjaran sebenar hanya dari Allah,
Akarnya mencengkam kuat ke bumi,
dan adanya sentiasa menghidupkan suasana,
membasahi manusia sekeliling..

"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat."

"Dan perumpaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun."

(ibrahim: 24-26)

nota kaki@tangan: Saya kecewa dan sedih...Perlukan masa mengubati luka di hati..Saya cuba melupakan namun masih ia menyakiti dan menghantui..Jangan kejar saya lagi!


Saturday, February 13, 2010

..BISMILLAH..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Aku melihat adik-adikku,
mereka masih anak-anak,
namun mereka memulakan setiap langkah dengan bismillah..
Moga aku membawa mereka kepadaMU..

Jangan jadi umar!

..tu je..

-TAMAT-

Wednesday, February 10, 2010

..LANGKAH BERMULA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Saya menjengah ke blog rumet saya, dan terbaca entrinya, "A Piece Of Note.."..dan saya terkenang saat itu...lalu terus menjengah ke masa silam..segala-galanya merupakan permulaan baru bagi saya..Tidak pernah terjangka saya berada disini..Mulanya untuk setiap orang mungkin berbeza tapi biarlah langkah dan pengakhirannya tetap sama..Saya menyelongkar blog seorang sister yang menjadi Kakak saya ketika itu, lalu terjumpa entri ini yang ditulis sebaik selesai bertemu kami...saat saya masih anak-anak dalam jalan ini...

**************************
Selainnya… masa kami banyak dihabiskan dalam kereta kecil kami. Ke sana dan ke mari…menunaikan tanggungjawab diri dan hak2 orang-orang lain ke atas kami. Ke Kuantan menziarahi emak dan abah saban minggu, berhari raya Qurban di Teluk Intan (pertama kali merasa disengat tebuan semasa mengait rambutan di laman rumah..hehe!) dan hujung minggu biasanya diperuntukkan untuk dakwah. Tambah pula musim-musim menunggu keputusan SPM ini. Setiap minggu pasti kami terlibat membantu dalam program lepasan SPM untuk adik-adik. Dia di depan sana memberi pengisian dan saya hanya menjadi ‘panadol’ merawat kepeningan adik-adik di bahagian akhowat. Pastinya pengalaman ini jauh berbeza dengan medan di luar negara sana. Terasa diri keluar sebentar dari kelompok insan-insan terpilih, si bijak pandai di bumi asing itu. Dan masuk pula ke dalam kelompok adik-adik yang baru mahu kenal dunia selepas keluar dari lingkungan pagar sekolah.

“Akak.. baru sekarang saya faham konsep Qada’ dan Qadar. InsyaAllah lepas ni saya dah takkan takut-takut lagi dah bile fikir tentang hidup… Allah dah atur semua kan?”

“Ya Allah akak..bayangkan.. dah 17 tahun saya hidup dengan hidup yang tak ada tujuan yg jelas. Yang kalau ada pun bengkok sama sekali. Baru hari ni akak… baru hari ni selepas 17 tahun saya lahir saya akhirnya baru tahu apa tujuan hidup saya…”

“Hari ni saya rasa… sesuatu yang saya bina sikit-sikit sejak dari 17 tahun lepas dihancurkan macam tu saja akak… dan di atas kehancuran tu terbina binaan baru yang lebih indah dan benar. Rupanya selama ini saya tidak sedar yang saya bina selama 17 tahun itu salah sama sekali”



Air mata berlinangan di pipi halus mereka. Hembusan angin Laut Cina Selatan seakan-akan menghembus pergi segala jahiliyah yang ada dan membawa bersamanya suatu permulaan yang baru untuk adik-adik ini. Allah Ya Rabbi… pandulah hati-hati kecil yang suci ini. Saya perhatikan satu-satu wajah-wajah itu dan membiarkan mereka sebentar melayan perasaan. Ada yang menguis-nguis pasir pantai yang halus dan putih itu. Ada yang jauh lontaran pandangannya ke laut lepas. Ada yang masih tekun menulis muhasabah diri di atas kepingan kertas. Pasti nanti rindu hati ini pada mereka. Bagaimana lagi mahu bertemu sedang saya perlu pulang semula ke medan juang di barat sana dan mereka terus di sini dengan haluan masing-masing selepas ini. Hanya doa yang mampu saya panjatkan, moga hidayah dan petunjukNya terus bersama kami semua. Selagi semua di jalan ini, insyaAllah suatu hari nanti kami pasti bertemu lagi. Jika tidak di dunia ini insyaAllah dengan izin Allah di syurga nanti. Masing-masing sudah janji mahu sentiasa berutus khabar selepas ini.

“Saya mahu jadi macam akak nanti” kata si comel itu sambil tersenyum-senyum selepas saya memeluknya erat sebelum berpisah.

“Tidak… kalau boleh akak tak mahu sesiapa pun dari kamu semua jadi macam akak.”

“Kenapa?” soalnya dengan wajah berkerut. Saya hanya tersenyum.

“Akak nak tengok kamu semua jadi jaaaauh lebih baik daripada akak insyaAllah”
Siapa tahu suatu hari nanti, mereka inilah yang bakal duduk2 begini bersama anak-anak saya... menyampaikan ilmu dan kefahaman Islam yang mereka peroleh hari ini? InsyaAllah...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa" ( Al-Furqan:74)
**********************************
maka dari situ langkah bermula

~Takkan sama dulu dan kini...
~Mari mengikut jejak langkah mereka yang beruntung..

saya rindu dan kepingin kembali ke sana sebagai kakak...

..YANG PERTAMA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Jadilah kamu orang pertama yang berlapang dada,
atau yang pertama senyum,
atau yang pertama menelan amarah,
dan yang pertama memaafkan..

Islam itu mengajar kita nilai..

Jika benci tanyalah hati, apakah puncanya?
Jika membenci perbuatan yang dilakukan,
itulah sebaiknya,
Kita bukan membenci orang,
kerana kita bukan penghukum,
Hanya cuba menjadi pendokong...


"Dan Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana yang kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah maha mengetahui, Maha bijaksana..."

(4:104)

Sunday, February 7, 2010

..BUKAN UNTUK SESIAPA..


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Dah puas tengok ladang kelapa sawit,
Kita memanjangkan langkah ke Shah Alam,
Memahami dunia batu-bata yang penuh hiburan,
dan kita melihat mereka kesusahan rupanya,
Masalah dikorek dan diluahkan,
Di sharing dan mensharing,
Penyelesaian dicadangkan dan dijalankan,
hingga akhirnya
Mudah berkata-kata tapi melakukannya?

Allah menguji kata-kata kita,
"bukankah orang2 beriman itu, mereka takut dibenci Allah?"
"berkata-kata tanpa betul-betul melakukan?"
(61:2-3)
Bila diuji baru tahu takat diri,
Banyak rupanya kurangnya..


dan Allah tak henti-henti mengajar,
Tanpa jemu mentarbiyah,
saya nak cakap kat Allah, "berentilah kejap, saya sakit, saya penat.."
tapi saya tahu takleh sebab saya kena belajar ni...



"Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi Kami.Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?.""
(al isra' :90-93)



Saya tahu saya banyak kelemahan,
Tak layak pun untuk setiap tanggungjawab yang diberi,
Kalu ada yang lagi baik,
saya teringin mempersilakan ke depan,
Sementara saya mengambil masa untuk belajar...

Kerana saya masih belajar,
jangan dimarah jika silap,
dan atas semua khilaf,
saya mintak maaf kerana saya tak pernah layak,
hanya mencuba untuk berubah...


Selama saya belajar,
saya menghargai dua nikmat,
yang besar dan tak terkira bestnya,
Nikmat berukhuwah;
Punya kalian sebagai supporters,
Yang sentiasa menyokong dalam apa keadaan sekalipun,
Yang sentiasa berlapang dada atas semua kesalahan,
Yang membetulkan kerana silap,
Yang menjadi medium kasih dan sayang ini..
Dan merasai nikmat kedekatan dengan Allah,
Terasa DIA lah yang dekat,
dan Paling dekat dengan saya,
dalam keadaan semua tidak dapat memahami,
DIA lah yang terus memujuk,
dan memujuk,
dan mengajar,
DIA lah murobbi terbaik,
Tanpa jemu DIA terus mengajar,
kalu gagal dalam ujianNYA,
DIA ajar lagi,
Sampai lepas..

Saya harap saya punya hati
macam laser,
Yang bisa scan dan X-ray hati semua,
saya harap saya punya mata
Macam CCTV,
Yang boleh lihat semua orang,
saya harap saya punya rasa,
Yang boleh faham semua orang,
Saya harap saya punya telinga,
Yang boleh dengar semua kata-kata,
saya harap saya ada memory
macam hardisk 80GB
yang boleh simpan semuanya dan takkan lupa,
supaya kesilapan tidak berulang lagi,
saya harap saya punya semua kemahiran,
Sampai tidak ada yang terabai,
Saya harap saya punya semuanya,
agar saya tidak menyakiti sesiapa lagi..

Takkan nak tunggu murabbi sehebat Nabi,
untuk jadi sehebat sahabat..

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNYA dalam satu barisan yang teratur, mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh..." (61:4)

Niat nak membantu,
Tapi Allah merancang lebih baik,
Memang betul hati itu Allah yang pegang,
kadang-kadang kita ingat apa yang kita buat betul,
tapi rupa-rupanya tidak pada pandangan orang lain,
dan atas semua yang berlaku,
Saya memilih untuk membetulkan,
dengan ruang dan peluang yang ada...


"Maha Suci Allah, Tuhanku,Rabbku dan Ilahku, bukankah saya cuma seorang manusia, yang ditarbiyah untuk menjadi daie?"

Segala kesempurnaan kembali kepadaNYA,
yang maha tinggi,
Yang tidak pernah Lupa,
tidak mengantuk,
tidak penat,
tidak beremosi,
penuh dengan kasih sayang,
maha memelihara setiap waktu..

Saya menerima semuanya,
saya tak nak minta apa-apa lagi,
cukuplah atas semua nikmat yang diberi...
Dan bersabarlah,
dengan kesabaran yang baik,
kerana kita sama-sama belajar..
dan semuanya UNTUK ALLAH,
telah diserahkan semuanya pada DIA...
MOga bertemu penghujung langkahan ini..


TERIMA KASIH