Thursday, December 17, 2009

..CATATAN DARI BUMI CHAU DOV..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Flight MAS MH758 laju membelah awan meluncur ke lapangan terbang saigon, vietnam..Sebaik mendarat dan selesai menjalani urusan imigresen atukku yang lebih senang saya panggil onn terus menyambut kami.
Perjalanan 5 jam ke Chau Dov dari saigon menyampaikan kami ke sini pada jam 2 pagi..Since masa disini lewat satu jam berbanding masa malaysia, pukul 6 pagi keadaan sudah terang benderang dan seawal 5 pagi bunyi boat dan kapal yang melalui sungai belakang rumah onn ku mengejutkan seluruh penghuni dari tido...
YA! jam 5 pagi jalan-jalan di hadapan rumah mula bising dengan kenderaan dan sungai di belakang rumah bingit dengan bunyi bot dan kapal. Di malaysia, jam 5?..Baru terpinga-pinga bangun nak qiam. Jam 6 di malaysia? Bilik air masih kosong tanda lambatnya orang-orang kita bangun..
Sebuah kehidupan yang menginsafkan setiap mata yang memandang..setiap dari manusia disini bekerja kuat untuk gaji yang tak seberapa..Di Malaysia? dapat biasiswa belajar medic dan engin pun kita masih malas-malas?maka dimana nilainya kita dan mereka?
Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam kesusahan, hingga akhirnya mampu berpakaian branded dan memiliki segala macam barang mahal, saya masih diulit ibu dan ayah erti kesusahan. Dan bila dikenal pada islam perasaan itu makin menebal. Empati pada yang lain. Sekurang-kurangnya duit yang ada jika bukan untuk infak, maka ia adalah untuk adik-adikku. Sekurang-kurangnya, kehendak peribadi mula diletakkan ke tepi hingga masa Allah terus mengizinkan.

sampai disini, rasa itu sebati dengan diri.. Saya melihat kesusahan mereka dengan hati. Taknak bawak usr*h kat sini ke?..Kalu la dapat..Dan kalau la bahasa bukan penghalang untuk mereka memahami ucapan saya..hahaha...Kalau lah ada yang akan mengfollow up mereka, maka DF disini cukup berpeluang besar untuk memberi mereka erti islam...
huhuhu..pape je lar saya melalut..abaikan..will get to u guys later on..
sekian,
salam sayang dari bumi chau dov,
vietnam,
9.55 pagi..