BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Salam aidilfitri untuk sume pembaca blog saya,walaupun saya sedar tak ramai yang sudi menjengah ke sini,berdasarkan komen yang dihulurkan entah-entah saya sorang jek yang syok menulis sedangkan tak ada pembaca pun..huhuhu,tak pe lah,asalkan sekurang-kurangnya saya berusaha menggunakan anugerah Allah ini ke arah kebaikan.satu perkara yang terus menggalakkan saya menghabiskan masa disini ialah kesedaran bahawa bukan semua orang diberi kebolehan untuk menulis,jadi menyedari hakikat itu saya masih memperuntukkan sedikit dari waktu yang ada untuk meng'update' blog ni agar tak berhabuk..Sebenarnya saya takdelah berhasrat untuk menjadikan blog ini tempat melepaskan geram mahupun tempat meluahkan perasaan,namun itulah yang berlaku..Maaf sangat-sangat kepada pembaca yang mengharapkan pengisian tiba-tiba dihujani masalah dan persoalan-persoalan yang dibangkitkan lewat entri-entri terkedian ini...
Entri kali ini saya dedikasikan buat mak sedara dan bapak sedara yang baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya baru-baru ini..Akhirnya setelah sekian lama menanti,Allah yang maha kaya itu memakbulkan doa mereka..Mereka berdua adalah insan-insan yang banyak membantu perjalanan hidup ini,mungkin disebabkan kebaikan mereka maka Allah mengurniakannya rezeki yang jarang-jarang dinikmati oleh orang lain..Nampaknya bertambah besarlah keluarga kami dengan kehadirannya...Sepakat si baby ini dinamakan Mohd Munawar,Cahaya @ Bulan Purnama...
Secute orang yang menulis blog nih..hihihi..terperasan lar pulak..Pape pun baby ini akan dibentuk untuk meramaikan lagi hafiz dan da'ie serta pejuang-pejuang Allah dalam keluarga kami..Moga-moga kelahirannya bisa melunturkan jahiliah dalam keluarga kami..Lantas mampu mengislahkan keluarga ini..InsyaAllah,masa itu akan tiba,suatu hari nanti..