Monday, September 17, 2012

..bisakah?..

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Wahai jiwa- jiwa yang keras,
Melembutlah kamu seperti air,
Agar kamu tidak dihukum Allah lantaran kekerasanmu..

Wahai jiwa-jiwa Yang keras,
Melembutlah kamu seperti sutera,
Agar kamu bisa menyelesakan..

Wahai jiwa- jiwa yang kecil,
Membesarlah kamu seperti langit dan bumi,
Agar kamu bisa memuatkan segala di antara langit dan bumi.

Wahai jiwa-jiwa yang menangis,
Redalah kamu seperti redhanya ar rasul,
Saat baginda disakiti..

Wahai jiwa- jiwa yang kosong,
Penuhlah kamu dengan kalam Allah,
Agar kamu sentiasa punye sesuatu utk diberikan...

Wahai jiwa- jiwa lemah,
Kuatlah kamu dengan ujian,
Kerana dengan ujian,
Maka bangun malammu lebih hidup..

Wahai jiwa-jiwa pejuang Allah,
Tenanglah kamu di ulit kesukaran,
Kerana bukankah solat malammu,
Berwarna air mate dan tangisan,
Mengadukan sume pada pemilik jiwamu,
Agar kamu tidak lagi berat di siang harinya..

Wahai jiwa-jiwa yang punya Allah didalamnya,
Apa lagi yang kamu tangisi?,
Apa lagi yang kamu sakiti?,
Apa lagi yang menganggumu?,
Apa lagi yang memberatkan mu?,
Bukankah dengan mengingatiNYA,
Hati-hati akan menjadi tenang?...

Tenanglah kamu seperti malam..
Tenanglah,
Bukankah ade Allah bersamamu?..
Maka tenanglah..!

Wahai jiwa yang tenang,
Kembalilah ke hadrat Tuhanmu
Dengan di redhai dan meredhai,
Dan masuklah kamu,
Dikalangan hamba-hambaku..
(al fajr)

~ kerana itu, melembutlah~
~ walau semua berkasar dan menyakitimu~