Wednesday, February 10, 2010

..LANGKAH BERMULA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Saya menjengah ke blog rumet saya, dan terbaca entrinya, "A Piece Of Note.."..dan saya terkenang saat itu...lalu terus menjengah ke masa silam..segala-galanya merupakan permulaan baru bagi saya..Tidak pernah terjangka saya berada disini..Mulanya untuk setiap orang mungkin berbeza tapi biarlah langkah dan pengakhirannya tetap sama..Saya menyelongkar blog seorang sister yang menjadi Kakak saya ketika itu, lalu terjumpa entri ini yang ditulis sebaik selesai bertemu kami...saat saya masih anak-anak dalam jalan ini...

**************************
Selainnya… masa kami banyak dihabiskan dalam kereta kecil kami. Ke sana dan ke mari…menunaikan tanggungjawab diri dan hak2 orang-orang lain ke atas kami. Ke Kuantan menziarahi emak dan abah saban minggu, berhari raya Qurban di Teluk Intan (pertama kali merasa disengat tebuan semasa mengait rambutan di laman rumah..hehe!) dan hujung minggu biasanya diperuntukkan untuk dakwah. Tambah pula musim-musim menunggu keputusan SPM ini. Setiap minggu pasti kami terlibat membantu dalam program lepasan SPM untuk adik-adik. Dia di depan sana memberi pengisian dan saya hanya menjadi ‘panadol’ merawat kepeningan adik-adik di bahagian akhowat. Pastinya pengalaman ini jauh berbeza dengan medan di luar negara sana. Terasa diri keluar sebentar dari kelompok insan-insan terpilih, si bijak pandai di bumi asing itu. Dan masuk pula ke dalam kelompok adik-adik yang baru mahu kenal dunia selepas keluar dari lingkungan pagar sekolah.

“Akak.. baru sekarang saya faham konsep Qada’ dan Qadar. InsyaAllah lepas ni saya dah takkan takut-takut lagi dah bile fikir tentang hidup… Allah dah atur semua kan?”

“Ya Allah akak..bayangkan.. dah 17 tahun saya hidup dengan hidup yang tak ada tujuan yg jelas. Yang kalau ada pun bengkok sama sekali. Baru hari ni akak… baru hari ni selepas 17 tahun saya lahir saya akhirnya baru tahu apa tujuan hidup saya…”

“Hari ni saya rasa… sesuatu yang saya bina sikit-sikit sejak dari 17 tahun lepas dihancurkan macam tu saja akak… dan di atas kehancuran tu terbina binaan baru yang lebih indah dan benar. Rupanya selama ini saya tidak sedar yang saya bina selama 17 tahun itu salah sama sekali”



Air mata berlinangan di pipi halus mereka. Hembusan angin Laut Cina Selatan seakan-akan menghembus pergi segala jahiliyah yang ada dan membawa bersamanya suatu permulaan yang baru untuk adik-adik ini. Allah Ya Rabbi… pandulah hati-hati kecil yang suci ini. Saya perhatikan satu-satu wajah-wajah itu dan membiarkan mereka sebentar melayan perasaan. Ada yang menguis-nguis pasir pantai yang halus dan putih itu. Ada yang jauh lontaran pandangannya ke laut lepas. Ada yang masih tekun menulis muhasabah diri di atas kepingan kertas. Pasti nanti rindu hati ini pada mereka. Bagaimana lagi mahu bertemu sedang saya perlu pulang semula ke medan juang di barat sana dan mereka terus di sini dengan haluan masing-masing selepas ini. Hanya doa yang mampu saya panjatkan, moga hidayah dan petunjukNya terus bersama kami semua. Selagi semua di jalan ini, insyaAllah suatu hari nanti kami pasti bertemu lagi. Jika tidak di dunia ini insyaAllah dengan izin Allah di syurga nanti. Masing-masing sudah janji mahu sentiasa berutus khabar selepas ini.

“Saya mahu jadi macam akak nanti” kata si comel itu sambil tersenyum-senyum selepas saya memeluknya erat sebelum berpisah.

“Tidak… kalau boleh akak tak mahu sesiapa pun dari kamu semua jadi macam akak.”

“Kenapa?” soalnya dengan wajah berkerut. Saya hanya tersenyum.

“Akak nak tengok kamu semua jadi jaaaauh lebih baik daripada akak insyaAllah”
Siapa tahu suatu hari nanti, mereka inilah yang bakal duduk2 begini bersama anak-anak saya... menyampaikan ilmu dan kefahaman Islam yang mereka peroleh hari ini? InsyaAllah...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa" ( Al-Furqan:74)
**********************************
maka dari situ langkah bermula

~Takkan sama dulu dan kini...
~Mari mengikut jejak langkah mereka yang beruntung..

saya rindu dan kepingin kembali ke sana sebagai kakak...

..YANG PERTAMA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Jadilah kamu orang pertama yang berlapang dada,
atau yang pertama senyum,
atau yang pertama menelan amarah,
dan yang pertama memaafkan..

Islam itu mengajar kita nilai..

Jika benci tanyalah hati, apakah puncanya?
Jika membenci perbuatan yang dilakukan,
itulah sebaiknya,
Kita bukan membenci orang,
kerana kita bukan penghukum,
Hanya cuba menjadi pendokong...


"Dan Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana yang kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah maha mengetahui, Maha bijaksana..."

(4:104)