Monday, November 24, 2008

..Siapa Aku Di HatiMu?..


Hari terus berlalu.Kakiku harus terus melangkah mencari redha Ilahi kerana itulah hakikat perjalanan sebuah kehidupan makhluk yg diciptakan;menuju Sang Pencipta.

Di sini,mataku telah nampak akan sinarnya bahawa jalan yg harus kutempuh adalah jalan para rasul.Hakikat yg pasti,telah ditentukan namun diberi pilihan oleh Sang Pencipta untuk hambaNya melalui atau tidak jalan itu.Misi kerasulan adalah misi mengajak manusia menuju Allah dan itulah jalan yg harus kulalui sbg seorg yg bergelar muslim.Mahu atau tidak,inilah jalan yg telah ditentukan utk kita tempuhi jika kita org2 yg benar2 beriman.

Sapanjang berada di jalan ini (walaupun mungkin baru 0.1% drpd kepayahan dan jerih sebenar),aku telah ditemukan dgn pelbagai ragam manusia.Aku dipertontonkan olehNya akan kepelbagaian manusia yg menghiasi jalanNya itu.Terasa diri ini kecil sekali,berada di kalangan mereka yg hebat2 apatah lagi diriku di hadapanNya.Sungguh,kebijaksanaan sebenar adalah hakMu.Maha Suci Engkau yg Maha Pengurnia.Engkau berikan kelebihan buat setiap hambaMu sbg pelengkap kehidupan manusia yg saling memerlukan.Aku perhatikan ada ikhwah akhawat yg lancar sekali tuturnya dan ada juga hebat dakwah fardhiahnya bahkan ada yg hebat sekali plan masa depan yg ingin dilaksanakan demi mencapai cita2 dakwah.

Siapakah aku di jalan ini?Sudahkah aku memberikan sesuatu utk jalan ini?Hati masih mencari,langkah masih diteruskan…Semoga diri ini mampu menjadi seseorang di mata Ilahi…

..My File-so-phere of Lie-f..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Anda ada falsafah hidup?Org2 yg belajar filosofi pasti lebih berfalsafah,kan?Budak2 KMB x terlepas r sbb belajar Theory of Knowledge.... (: ??? )


Hidup adalah tentang sebuah keyakinan dan perjuangan ; keyakinan dan perjuangan untuk mencari sebuah kebenaran.Pencarian kebenaran apakah?Tanpa kita sedari,kita hidup dalam perjalanan mencari redha Ilahi.Itupun jika kita berjaya menemui kunci kepada hakikat pencarian itu.Kunci?Hmmm….bayangkan kita hendak keluar rumah untuk menempuh sebuah perjalanan.Kena r keluar dari rumah tu dulu,kan?Dan rumah tu pulak dah tentunya berkunci,kalau bukan exactly time kita nak keluar tu pun,pagi2 lagi mesti kita buka kunci pintu kan?Kunci bagi kita untuk menempuh pencarian kebenaran itu adalah kesedaran tentang hakikat 3 persoalan….Wah…ni baru soal kunci,inipun macam kena hurai panjang jer ;p

Apakah 3 persoalan itu?..

Jeng3…

1.Dari mana kita berasal?
2.Kenapa kita ada kat sini?
3.Ke mana destinasi?


Ha,siapa ada semua jawapan???
Wah,kalau ada yang dah ada jawapan,saya respect r!Tabik spring!Anda dh boleh melangkah jauh jika anda mampu memberi jawapan terbaik dan tepat,plus anda dah boleh berlari.Kalau ada yang masih mencari2 jawapan,kita ibarat bayi yang sedang belajar merangkak…Tak pe r,kita belajar perlahan-lahan ek…Jangankan kerana nak cepat berlari,akhirnya kita tersungkur hingga tak mampu bangun..

Mencari jawapan kepada persoalan ini sebenarnya adalah pokok atau batu asas kehidupan seorang insan.Batu asas ini telah ditetapkan oleh Sang Pencipta ke atas makhlukNya,nak tak nak kita memang akan tertanya2 pada diri sendiri or kita tanya kt orang lain,utk dpt jawapan.Kalaulah jawapan tu dah didapati,pastinya tak ada masalah utk kita buat apa2 yang disuruh.Maksudnya,kunci ketaatan adalah sedarnya kita akan hakikat hidup yang mana kita hendaklah mencari Sang Pencipta.So,hidup adalah sebuah perjalanan keyakinan sebuah perjuangan mencari Sang Pencipta @ Rabb.Huh…tu definisi hidup yg didefinisikan oleh saya secara tepat & padat,insyaAllah…hehe…( suka2 hati jer saya ;D )

Eh,lupa pule!Saya nak minta tolong kawan2 bagitau kt saya apa jawapan anda bg soalan2 di atas.Nak tanya orang boleh,nak surf internet boleh,ataupun nak tengok skema pun boleh…tapi kalau nak guna skema,kena cari sendiri r.Saya kena check balik skema saya…tak sure anda boleh access ke tak,tapi skema tu dekat je kot... ;>

..AIR MATA ITU..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.......

***********************

"Awak!Pinjam quran.."
Terkejut disergah sebegitu,Saya berpaling,menghulurkan quran dalam dakapan saya..

Dia terkedu.."Alar,awak,kenapa menangis??".

Dia cuba menghibur..

Namun air mata itu terus laju mengalir..

Saya tak mampu lagi..Saya tak kuat lagi..Dan air mata itu terus mengalir tanpa pernah kering..

**************************