Saturday, January 31, 2009

..MUHASABAH SKET..


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Buat pertama kalinya dalam sejarah menulis blog saya merasakan erti Writer's Block..Itulah suka sangat kutuk orang and cakap imposible untuk saya mengalaminya..DAn sekarang, pe yang berlaku??..Takde rasa langsung untuk menulis, kering semua ilham, tandus semua lautan idea..Wah.wah..wah..Nak tulis pasal camping pun tak bersemangat nih..Hmm..Maka saya dengan tabah hatinya mengambil penyelesaian dengan melompat-lompat di blog-blog orang dengan harapan bulehlah saya mencedok idea dari derang jugak..

Maka sampailah saya ke blog Muntalaq.blogspot.com...Erm, dah lama tak jumpa dia.Pe khabar dia sekarang?..bila diingat-ingat balik, saya sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana provokasinya yang mencabar minda itulah yang menjadi titik mula perkenalan saya dengan jalan ini..Dan bile mengingatkan sejarah itulah saya masih menguatkan langkahan atas jalan ini..Terima kasih.Segala puji-pujian itu hanya untuk Allah..dia barangkali hanya satu alat,saya doakan pahala besar seluas langit dan bumi untukmu..

Erm..Sedang melompat-lompat itulah saya dijumpakan Allah dengan entri ini..Sedikit sebanyak ia menjadi muhasabah untuk saya..Melembutkan kembali hati yang mulai keras...Jalan dakwah bukan untuk orang manja..


Bukan untuk si manja…. !

Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah,

Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.

Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.

Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”


MONOLOG CT:

Manjakah saya selama ini?..Terlalu kerap dimanjakan oleh kakak dan senior, hingga sukar berdikari...Masih adakah sifat yang tak patut ini dalam diri ini.??.Layakkah saya untuk amanah ini??..Bantulah ya Allah..Moga terus kuat..


“Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu takkan mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh Allah maha Mengetahui maha Bijaksana.” (Al-Insan:29-30)

Nota Kaki@tangan: Base dakwah ini ialah sayang dan base sayang ini ialah ALLAH..

Friday, January 23, 2009

..AN ENTRY B4 CAMPING..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T…

Jika hati berbicara,
Dengarlah agar bicara itu menambah iman,
Jika hati mula hidup,
Tandanya ialah bila getar mendengar ayat-ayat Allah,
Jika hati mulai jahat,
Bilamana hati merasakan dirimu baik,
Jika hati mulai jauh,
Bila pengantungan itu tidak lagi pada DIA,
Jika hati terdetik,
Renungilah dosa semalam,
Bila hati tidak lagi takutkan dosa,
Operate dan post mortemlah hatimu,
Barangkali amalmu bukan lagi kerana DIA..

Dalam menilai keikhlasan kita bekerja niat dan pelaksaan kerja senantiasa menjadi perkara pokok, namun sejauh mana kita betul-betul meniatkannya hanya kerana Allah??

Saya teringat kata-kata My beloved seniors bilamana saya mengajukan soalan ni:

“Akak, camne kita nak tahu yang niat kita bukan lagi kerana Allah?”

Akak tu menjawab: “Bila kita merasa riak, itu adalah salah satu tandanya.. Bila kita merasa diri lebih baik dari orang lain..”

Ditambah dengan akak sorang lagi: “ Susah sebenarnya nak control niat jadi kena selalu betulkan niat dan selalu muhasabah hati..”

Riak?..ikhlas? persoalan yang mendorong saya untuk memusabah amal selama ini..Untuk siapa saya bekerja? Bagaimana saya bekerja? Sejauh mana komitmennye? Serta ape kesan setiap amal?.. Bila riak adakah cepat-cepat saya bertaubat?.Dosa kali kedua itu tidak disukai dan taubat kali kedua itu lebih baik..Mengulangi dosa tidak disukai Allah tetapi memperbaharui taubat sangat-sangat disukai Allah..

Survey lagi..

Result exam camne?...

Pada saya, my result is not that bad but also not that good. I’m not satisfied with what I’ve done but I’m satisfied with my fully occupied time although I’m not manage to study for long time..Quality and quantity of our study time both can be the factors of our success but one thing to remember it’s all may be wasted if we do not realize the our special tasks as abid and khalifah.. Is it?..(this is not rhetorical questions, thus I need answer from the readers)..

Want to write more, but I need to go..Rasyed is waiting for me..Nasi goreng pattaya tomyam paprik ayam is ready for me..

NOTA KAKI@TANGAN: lepas camping sambung berblogging lagi..

Sunday, January 11, 2009

..KITA DAN MEREKA..









BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

From malaysians to palestinians..

Sempena maal hijrah, sem 2 ini bakal menyaksikan pengurangan pada kekerapan entri saya..I dont know how long it could stand because i realize that stopping myself from writting is not a good idea..Hmm, lets time decide it for me..


2008 telah 11 hari melabuhkan tirainya dengan menyaksikan lebih banyak kekejaman dan penyembelihan dilakukan ke atas rakyat palestin, dan munculnya 2009 masih tidak mampu menghentikan tindakan brutal Zionis itu..27 disember 2008, intifada ketiga telah diumumkan dan ini bakal menyaksikan lebih banyak para syuhada palestin yang gugur demi mempertahankan hak mereka..Dan kita disini, adakah masih mampu melihat???..Silence is always a stupid option!!!..Berikut adalah sedikit sebanyak rentetan yang membawa kepada kegentingan masalah di Gaza sekarang ini..



28 Disember 2000
--Kerajaan Zionis mengistiharkan WAJIB melaksanakan sekatan ke Gaza..
--Untuk merealisasikan "hukum" tersebut,Zionis telah menutup sempadan perhubungan anatara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya..
--Zionis dengan "baik hati"nya menyekat pemberian wang cukai yang merupakan HAK kerajaan Palestin.
--Pelabuhan Gaza diruntuhkan selepas sebulan intifada diumumkan sebagaimana memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Gaza pada Disember 2001.

11 September 2005
--Zionis telah keluar dari gaza pada 11 september 2005, namun keadaan di Gaza masih tidak berubah dan sempadan-sempadan terus ditutup.
--Pada awal 2006, Zionis telah memperhebat sekatan di Gaza yang menyebabkan keadaan semakin meruncing.
--Zionis telah menyekat kemasukan pekerja Palestin ke zon jajahan Zionis, mengurangkan waktu operasi sempadan, dan menambahkan lagi waktu penutupannya..

15 Jun 2007
--Pihak pengurusan Amerika dan Presiden PALESTIN MAHMOUD ABBAS bersepakat merancangkan satu tindakan untuk MENJATUHKAN kerajaan HAMAS di Gaza..
--Antara plan tindakan mereka ialah:
*Menghapuskan kerajaan campuran dan mengumumkan darurat
* Memisahkan Gaza dengan Tebing Barat.
*Memberikan cukai kepada Abbas untuk membangunkan Tebing Barat
* Israel juga diyakinkan untuk membangunkan Tebing barat supaya rakyat palestin di gaza merasai keadaan mereka semakin teruk dibawah penguasaan HAMAS. Ini diharapkan membawa kepada penentangan dan pembelotan terhadap HAMAS.
--Sekatan dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh Gaza.




23Februari 2008
--Hari Gabungan Sedunia Menghapuskan Sekatan Ke Atas Gaza.
--Pihak penjajah dengan sewenang-wenangnya menyekat barangan bernilai 150 juta Dolar disamping mengenakan denda terhadap peniaga.
--Banyak projek terpaksa dihentikan dengan anggaran kerugian 350 JUTA DOLAR.
--Awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh Rejim Zionis. Dalam tempoh 3 bulan seramai 300 orang rakyat palestin syahid. 112 daripadanya dalah dari Gaza.

19 Jun 2008
--Gencatan senjata bermula.
--Zionis bersetuju menhentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati pihak palestin di Kaherah..
--Anda percaya atau tidak, mereka adalah pihak yang tidak pernah menepati janji, beberapa kali sepanjang tempoh itu, mereka mencabuli genjatan senjata itu! Nampak sangat, membunuh itu satu hobi untuk mereka!.

18 Disember 2008
--Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata.
--Tak sempat-sempat, esoknya bermulanya serangan berterusan rejim Zionis ke atas Gaza..

27 Disember 2008
--Serangan udara dilancarkan Israel yang membunuh 229 penduduk Gaza.

28 Disember 2008
--Serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di universiti Islam Gaza.

1 Januari 2009
--Serangan bom israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabali, Gaza.

2 Januari 2009
--Serangan Udara ke atas MASJID menyebabkan 11 orang rakyat palestin syahid..

04 Januari 2009
--5 ORANG AWAM palestin syahid apabila terkena bedilan meriam israel..
--Sehingga kini, angka syahid melebihi 524 nyawa, 120 KANAK-KANAK dan 50 WANITA...and i believe it is more actually..
--2500 orang cedera.
--Sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah menyebabkan bantuan makin sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk di sana..

07 Januari 2009
--Angka syahid bertambah kepada 635 orang dan 2900 orang cedera..
--Perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza.
--Hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah.
--Sekurang-kurangnya 2 buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik..
--Bekalan air bersih juga berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil Rejim Zionis..

11 Januari 2009
--Rakyat Gaza masih terus meraung sedang kita disini masih hanya melihat.. Sampai bila??.. Sekalipun mereka bertuah kerana mereka adalah golongan yang dijanjikan dan golongan terpilih untuk mendapat syahid, namun tidak ingin kita membantu mereka??..sekurang-kurangnya bantuan kewangan untuk membekalkan senjata kepada mereka supaya mereka tidak berdepan dengan jet pejuang israel dengan tangan kosong..Sekurang-kurangnya, salurkan duit untuk mereka mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan keperluan untuk hidup..Sekurang-kurangnya doa untuk memdorong mereka untuk terus mencapai 2 kemuliaan iaitu menang atau syahid.. Sekurang-sekurangnya sokongan supaya mereka terus bertahan..

Anak-anak palestin anak-anak terpilih..Mereka dibesarkan untuk memburu syahid.. wanita-wanita di palestin wanita-wanita terpilih, mereka memdidik anak-anak mereka untuk menjadi sebahagian daripada gerombolan yang cintakan kematian sebagaimana manusia mencintai dunia!.. Rijal palestin adalah rijal terpilih, mereka mampu mengentarkan israel dengan tangan kosong atau sekadar berbekalkan batu... Mana mungkin mereka sehebat ini jika mereka tidak menyakini Allah sebagai pelindung mereka!

"Yang demikian ini kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir TIDAK ADA pelindung bagi mereka.."
(Muhammad:11)

Teruslah berjuang kerana

"Sesungguhnya Allah membeli dari diri orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah; sehingga mereka MEMBUNUUH atau TERBUNUH, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.. Dan SIAPAKAH YANG LEBIH MENEPATI JANJINYA SELAIN ALLAH?.. Maka BERGEMBIRALAH dengan JUAL BELI yang kamu lakukan itu dan demikian itulah KEMENANGAN yang agung.. "
(At Taubah: 111)

"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan
(perantaraan) tanganmu dan DIA akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman, dan DIA menghilangkan kemarahan hati mereka (orang Mukmin). Dan Allah menerima taubat orang yang DIA kehendaki. Allah Maha mengetahui, Maha Bijaksana.." ( At Taubah: 14-15)

Setakat ini, 13 masjid di Gaza telah diruntuhkan oleh israel.. Tapi imam di sana menegaskan:
"IMAN kami takkan runtuh dengan runtuhnya masjid ini..Selagi Allah itu wujud, runtuhkanlah apa dan sebanyak mana yang kalian mahu, TAPI kalian takkan berjaya meruntuhkan IMAN kami.."
PELIK?HAIRAN?AJAIB?..Bagaimana mungkin mereka masih mampu bertahan dengan serangan yang bertubi-tubi sedang mereka tidak punya apa-apa sebagai penahan..Bagaimana mungkin mereka masih mampu bertahan sedang mereka kebuluran setiap hari..Kekurangan ubat-ubatan,minuman,tiada elektrik..Kalau di Blok saya yang selalu Black-out tu pun satu blok menjerit bila keadaan gelap gelita..Kita pernah merasai peritnya ketiadaan air ketika krisis air KMB tahun lepas, Begitu juga ketiadaan bekalan elektrik yang hanya beberapa jam itu pun mampu mengundang huru hara kepada kita..Tapi bagaimana mereka??..Bagaimana pula mereka mampu bertahan dengan menyaksikan pegeboman,pembunuhan,pemyembelihan dan bermacam-macam kengerian setiap hari?..Sedang tentera AS yang dihantar ke Iraq sendiri mengalami trauma yang teruk hingga tahap membunuh diri kerana tidak tahan dengan kengerian di depan mata..Tapi mereka?..

Selaras dengan kesedaran yang bercambah, saya menyeru, bantulah mereka dengan cara:


1.Semua yang sedar hendaklah mengingatkan orang lain supaya menguatkan ikatan dan keiman kepada Allah. Jauhi maksiat kerana itu akan menyebabkan tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah lambat menjelma..

2. Menghidupkan kembali program boikot semua barangan-barangan syarikat Yahudi,Amerika dan sekutunya..penurunan yang mendadak terhadap penjualan produk mereka sekurang-kurangnya mampu membuatkan pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi mereka!..Antara produk yang boleh diboikot:


3. Menyertai aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk islam Gaza..

4. Kempen derma wang ringgit diseluruh peringkat..


5. Propaganda dan iklan meluas melalui media massa dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza..Kepada bloggers b
oleh buat entri pasal ni, supaya kawan-kawan yang belum tahu akan sedar dan faham..Biar tidak ada lagi isu, kita tidak patriotisme kerana membela palestin..Biar semua sedar kita bersatu kerana islam bukan negara..Biar lupus kata-kata "U dont deserve the shcolarship!" hanya kerana menyokong palestin..

6. Boleh terus menderma kepada Aman Palestin berhad:

Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Atau

untuk KMBians boleh salurkan kepada semua high comitee GNCC, insyaAllah kami akan terus bank in kan..


Senarai High Commitee GNCC:

1. Nazri (m08L)
2. Najihah (m08H)
3. Hanis (E08C)
4. Rabiatul Adawiah (m08H)
5. Zubair (M08L)
6. Fatimah (m08H)


Rapat Umum Rise For Gaza yang dianjurkan aman palestin semalam menyaksikan 11 deklarasi dikemukakan..




Berikut adalah deklarasi yang dikemukakan:

1.Bumi palestin adalah hak mutlak rakyat palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya.

2. Menjadi hak syarie kepada rakyat palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan PBB.

3. Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.

4.Menyatakan kekesalan kepada PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar.

5.Menggesa Negara-negara Islam BERSATU dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah.

6.Menggesa umat islam seluruhnya menjadikan ISU PALESTIN SATU ISU BERSAMA dan MELAKSANAKAN AGENDA untuk mengembalikan Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan BAitul Maqdis dari cengkaman Israel.

7.Menggesa kerajaan Negara-negara Islam khususnya Mesir supaya mengambil langkah berkesan dan bersungguh-sungguh untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza dan mengembalikan kehidupan normal kepada masyarakat Palestin.

8.Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

9. Menggesa pertubuhan-pertubuhan, parti-parti politik, dan badan-badan NGO melupakan segala perbezaan dan berusaha secara proaktif serta bertindak secara bersepadu, terancang, berkesan dan berterusan untuk menangani isu Palestin.

10.Menggesa Negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan terhadap rejim Israel dari segi diplomatic, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

11.Menggesa supaya semua pihak Palestin kembali ke Meja Rundingan serta mencari kesepakatan untuk mengatasi sebarang pertelingkahan yang memberi ruang kepada musuh untuk mengeksploitasinya dan meningkatkan tekanan, pencerobohan serta penghinaan ke atas rakyat Palestin.


Rapat umum semalam bukan sekadar untuk menyatakan kegeraman dan kebencian terhadap Yahudi laknatullah tapi diharapkan dengan setiap laungan takbir bom-bom israel berhenti meletup dengan izin Allah..Dengan Laungan takbir,suis bom mereka tidak hidup, dengan laungan takbir, jet-jet pejuang mereka dan apache yang dikirimkan terhempas dengan kuasa Allah.. Apache kita ialah DOA, yakini akan kemenangannya!..Teruskan meminta pada Allah yang Maha Kuasa,moga ianya tidak sia-sia..

Nota Kaki@tangan: Venezuela telah berjaya menghalau duta Israel, kita bile lagi??




Sunday, January 4, 2009

..HIBERNASIKU..

Cuti ni semua bloggers sebuk nak update blog, saya je yang terus membiarkan blog ni sedikit berhabuk sedangkan sentiasa ada yang menjengah menantikan hidangan baru…

“Awak dah tak nak menulis lagi ke??..”

Saya terdiam dengan persoalan itu..

***(iklan Sebentar ye)***
Saya melepaskan pandangan ke lap top tersayang, “Loveelfateh” yang sudah menemani saya selama usia saya mengharungi IB ini.. Menjadi saksi air mata yang menitis saat bibir tidak mampu lagi berbicara, menjadi pendengar setia luahan hati bila manusia tidak sanggup lagi mendengar, menjadi tempat tumpahnya idea dan ilham,menjadi penghibur saat hati terasa sayu, kepadanya banyak dicurahkan rasa hati..Bahkan dia juga turut menanggung beban bilamana bermacam fail dan barang tarbiyah disumbatkan kepadanya, kadang-kadang menjadi bantal peluk tidur malam bilamana ada kerja-kerja yang menarik saya hingga lewat malam untuk menyiapkannya… Juga penghargaan khas ditujukan buat printer tajaan sepupu (penaja setia jalan-jalan saya) yang banyak berjasa turutamanya saat-saat genting menyiapkan assignment di subuh hari,kerja-kerja usrah (bile kantoi ngan mak usrah..huhu) dan owh tak lupa saat mencetak poster MPP tempoh hari.Terima kasih seikhlasnya..
**(..Iklan tamat..Sape-sape yang rasa nak dapat penghargaan dari saya gak boleh maklum untuk next entri yup!..)**

Saya masih terdiam memikirkan persoalan itu..Diam lagi..dan lagi dan lagi..dan lagi..

“Writer’s Block ke sebagaimana yang dialami oleh sahabat kita Al-ikhsan ni dulu??..”

“Owh takk..Orang yang cakap banyak cam saya ni sentiasa ada benda untuk ditulis..Banyak bendanya yang boleh dikongsi..”

“Habis tu, kenapa ek??”

“Erm..”

Saya teringat entri terakhir sebelum saya berhibenasi menyepikan diri, Salam Akhir…Ditulis sejurus sebelum saya meninggalkan KMB untuk menghabiskan cuti ini dulu… Ya, saya masih boleh mengingat dengan sejelasnya perasaan kecewa (kecewakah?) yang membelenggungi hati saat itu..Kenapa dan mengapa?? Barangkalikah kekecewaan itu yang menarik hati saya hingga saya merasakan tidak ada gunanya untuk menulis??...Tidak ada yang mahu mendengar bicaramu!!

Menyorot kembali peristiwa yang berlaku pada hari-hari akhir disana…. Rasanya tidak sanggup untuk bercerita…Hmmm, tak pelah biarlah kekusutan ini di huraikan.. Saya masih ingat khilaf yang dilakukan saat saya bukanlah siapa-siapa di KMB ini suatu masa dulu,saya sangkakan kekeruhan yang cuba saya pulihkan saat itu sudah bertukar jernih, rupa-rupanya.. Owh tidak!! Ia tidak pernah jernih seperti yang saya sangkakan, ia berkeladak dibawahnya..Tiba-tiba bilamana saya adalah “seseorang” di sini, keladak itu keluar dengan tidak dapat ditahan-tahan…Umpama bom jangka yang siap meletup.. Ditambah sedikit tokokan sana dan sini sebagai penyedap cerita dan melazatkan rasa… Saat dikorek kembali khilaf itu, hati saya hancur sekalipun tenang mendengar bicara bisa dari mulut sahabat sendiri..Terasa, saya dihukumi tanpa sempat diadili.. Saya cuba menyedapkan hati dengan anggapan bahwa sahabat-sahabat tidak tahu apa yang saya alami, mereka tidak sedar bicara yang menguris itu..

Saya cuba menyembunyikan air mata kesakitan, YA ia mampu disembunyikan dengan baik sekali..Entah di mana air mata itu disembunyikan hingga saya tidak lagi mampu mencarinya untuk menangis saat mengadu padaNYA,tiada air mata,setitik pun tidak..Dan saya tidak lupa kekusutan itu berlaku pada minggu-minggu menjelangnya Exam Sem 1.. Segalanya tawar.. Kecewakah saya hingga tidak lagi mampu merasai kesakitan ini?..(Pernahkah anda merasakan kaki anda kebas??..Saat itu anda tidak mampu merasai kaki anda sendiri bukan??..Pernahkah anda terlampau sakit sehingga anda tidak boleh merasai kesakitannya??..Posibble kah??).. Huhuhu, saat itu fikiran tidak lagi dapat mature sepenuhnya, keanak-anakan (pengaruh taska sayangku) lebih banyak mengambil bahagian.. Saya ingat, rasa sakit hati itu mengheret saya memencilkan diri di bilik senior yang sudi berkongsi kesedihan pada waktu itu…Pemencilan itu menghasilkan satu entri ,nantikan kedatangannya.…

Saya tidak bercerita masalah sebenarnya kepadanya bimbang membebankan fikirannya (time exam) sekadar mencari jawapan terbaik untuk memulihkan hati.. Walaupun kekeruhan itu akhirnya jernih tanpa pengetahuan orang lain namun hati masih bimbang andai masih ada kelodak yang tertinggal disitu yang mungkin boleh menjadi bom jangka masa baru pada masa akan datang.. Dan sebenarnya tidak dapat dinafikan kekecewaan itulah yang membuatkan saya merasa perlu untuk mengundurkan diri dari kerja-kerja menyampaikan Shahadatul Haq ini..Terasa diri saya tidak berupaya menutup segala khilaf yang menjadi alasan manusia untuk tidak mendengar seruan ini..Din ini tidak bersalah, sayalah yang mempunyai kelemahan itu,justeru saya tidak layak untuk menjadi penyeru kepada shahadah ini…


TAPI, bagaimana tidak layak pun saya, mana mungkin saya mampu mengugurkan kewajipan menyampaikan islam????.. Apa lagi pilihan yang saya ada???.. Saya takkan pernah lupa perasaan itu, terasa diri lansung tidak layak, terasa usaha selama ini sia-sia, terasa tidur yang dikorbankan untuk kerja-kerja ini tiada nilainya, terasa masa study yang terganti dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah tidak lansung dipandang..Useless dan hopeless… Apa lagi yang tinggal??.. Saya sudah sehelai sepinggang, muflis dengan kebaikan selama ini..Bagaimana perasaan anda bila Ada yang tidak mahu mendengar sekalipun anda mencuba dari segenap arah??.. Bagaimana perasaan anda bilamana manusia tidak mahu menerima din ini kerana kesilapan anda sebagai manusia??.. Bagaimana pendapat anda jika anda menghabiskan siang dan malam memikirkan bagaimana lagi mahu menyentuh ke hati mereka tetapi manusia dengan mudah mengatakan “Aku tidak mahu mendengar omonganmu..Ah,Menyampah!!”??.. Bagaimana perasaan anda??

Peristiwa itu menarik rasa hati saya agak lama hingga saya merasa tidak mahu menulis lagi.. Kadang-kadang luka lama itu berdarah kembali bila ada bicara lancang sahabat yang tidak cuba mengerti.. Dan saya seperti biasa, bilamana ada bicara yang tidak menyenangkan hati maka jalan terbaik ialah berdiam diri memujuk hati sendiri… Hahaha, kalaulah saya bukan siapa-siapa ingin saya melekatkan tangan di pipinya dengan keras bilamana sakit hati tidak lagi dapat ditahan.. TAPI, kerana saya seorang islam, saya merasakan cukup dengan berserah dan menyerahkan kesakitan itu kepada Allah.. Kerana saya seorang islam, cukup dengan berlapang dada untuk menjaga ukhuwah.. Kerana saya seorang islam, Rasulullah mengajar saya bersabar dengan hadisnya (hadith 16) “Jangan marah!Jangan Marah! Jangan Marah!..”, Kerana saya seorang islam, harga ukhuwah ini lagi mahal berbanding dengan sakit hati yang boleh dilupai sekejap lagi, kerana saya seorang islam saya belajar untuk menerima kelemahan dia sebagaimana saya mengharapkan kelemahan saya diterima seadanya…Hanya kerana saya seorang islam..

Keadaan sama sepatutnya diaplikasikan untuk peristiwa di atas.. Untuk melayakkan saya menjadi Daiyah agama ini:

1. Saya perlu berlapang dada dengan sikap mad’u pelbagai ragam yang kadang kala melemahkan kita..

ANALISA: Takkan kerana reaksi negative dari seorang yang tak nak, orang yang nak menjadi mangsa kerana merasa diri tidak layak..Kenapa kerana satu hati yang tidak mampu disentuh, berpuluh-puluh hati yang boleh disentuh diabaikan???..Kenapa tidak pertimbangan juga reaksi positif orang yang nak?..Berilah dan utamakan mereka yang nak..

(Rujukan: Surah Abasa)

2. Saya perlu mempertimbangkan khilaf yang wujud..

ANALISA: Manusia itukan inginkan kesempurnaan sekalipun diri kita tak pernah sempurna..Jika dilihat kritikan itu dari sudut positif, Allah sedang mentarbiyah kita untuk menjadi daie yang lebih baik..Bukankah tarbiyah dan ujian itu kerana sayang Allah kepada kita??..Bukankah DIA sedang menumpukan perhatianNYA kepada kita??.. Saya perlu berusaha menutup segala ruang khilaf yang boleh menjadi alasan untuk mereka menolak KEFAHAMAN ini, biarlah akhirnya mereka menolaknya kerana itulah pilihan mereka..Umpama kata-kata kak Kimah dalam salah satu contohnya sewaktu SH dulu, “Saya percaya dengan kehebatan Vanish tapi saya tak suka pink, dengan itu saya menolak vanish..” (p/s: Saya tidak mendapat sebarang bayaran untuk promosi vanish ini, “Yakini merah jambu,lupakan kotoran”..)

Rujukan: “Dan jika Tuhan-mu mengkehendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman?. Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti.”
(surah yunus: 99-100)


3. Saya perlu membina kembali Hablumminallah wa hablumminannas.

ANALISA: Hubungan yang mantop antara abid dan khaliqnya adalah asas hubungan antaranya dengan manusia.. Perlu reflek balik pada hubungan saya dengan Allah, perlu mencari feeling dan kekuatan ketika Qiam dan berdating denganNYA.. “Kejahatan itu adalah apabila kita merasakan diri kita baik..” (Aisyah r.a).. Astaghfirullah, mungkin ada yang tak kena pada pandangan Allah..

Rujukan: Hadith ke-19.

4. Tinggalkan jahiliah dan kikis karat-karatnya..

ANALISA: Antara jahiliah disini ialah pemikiran untuk meninggalkan kerja-kerja yang sama sekali tidak bersalah ini.. Hati yang bersih tidak mencari silap orang lain sebelum melihat khilafnya sendiri terlebih dahulu..**..$Kena ingat ni selalu..** Oh ya, jahiliah yang paling ketara ialah angan-angan untuk menghadiahkan penampar jepun kepada mana-mana yang suka menyakitkan hati..Huhuhu, penggunaan fizikal umpama mencurahkan minyak petrol (owh, mentang-mentang petrol dah murah!!) ke dalam api yang marak..Ia tidak menyelesaikan masalah sedikit pun, sekadar memuaskan hati jahiliah..

Rujukan: “Allah tidak menyukai perkataan buruk , (yang diucapkan) secara terus-terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha mengetahui. JIka kamu mengatakan sesuatu kebajikan, atau menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa.

5. Saya perlu berubah..

ANALISA: Pada diri saya masih ada sifat-sifat yang membataskan saya untuk menjadi daie.. Dah tak boleh degil-degil, tak boleh keras kepala, kena belajar bertolak ansur, tak leh nak menang jek (Dah terbiasa dari kecil, gaduh ngan abang mesti nak menang je) dan paling penting kena kurangkan sikit perasa sensitive..Ah, agak susah, tapi boleh slow-slow insyaAllah..Ada benda yang terbiasa dari kecil jadi tak leh diubah terus, kadang-kadang terkeluar gak tanpa disedari…Harap jangan marah yep..

6. Kena mencuba dan berusaha lagi kuat..TAk LEh puTus Asa..

ANALISA: Syaitan tak berhenti dan tak pernah berputus asa untuk tarik orang yang ke arah kejahatan, jadi mengapa pulak saya perlu berputus asa dari menarik manusia ke arah kebaikan??.. Bukankah kita bekerja untuk sesuatu yang pasti?? Bukankah lebih baik kita berpenat lelah untuk sesuatu yang pasti menyumbang untuk saham akhirat kerana kepenatan itu akan hilang tetapi pahalanya terus kekal disisi AllAH??.. Kalau syaitan mendatangi manusia dari segenap arah untuk menarik ke jalan kejahatan kita juga perlu mendatangi manusia dari segenap arah untuk membawa ke jalan kebaikan..INSYAALLAH..

Rujukan: Sirah Rasulullah..

Tidak dinafikan saya lemah pada kritikan..Kadang-kadang saya memerlukan back-up untuk menghadapinya..Mungkin kerana sikap saya yang selalu inginkan yang terbaik dalam setiap kerja buat hinggakan bila dikritik terasa seperti tiada gunanya bersungguh-sungguh, berpenat lelah siang dan malam sedangkan hasilnya tetap tidak memuaskan hati sesetengah pihak.. Saya selalu lupa, di sinilah yang membezakan orang yang beriman atau tidak…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, KAMI telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengethaui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-ankabut: 2-3)


Seorang yang beriman akan tahu bahawa apa sahaja yang dihadapi dalam hidup adalah ujian baik senang mahupun susah..

“Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan DIA maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA maha Perkasa, Maha Pengampun.”
(Al-Mulk: 1-2)


Allah mengaturnya begitu sempurna hingga tidak Nampak kelemahan aturan ALLAH ini.. Sebagai hambaNYA kita perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana disitulah pahalanya bukan semata-mata pada kejayaan di akhirnya.. kemudian dalam berusaha kita diuji supaya kita sedar betapa hebat kita sebagai manusia, pemegang amanah, kita tetap makhlukNYA yang lemah, tiada daya upaya melainkan dengan izinNYA.. Kemudian kita bergantung padaNYA untuk memberikan hasil yang terbaik sesuai dengan kehendakNYA,inilah konsep tawakal..Meletakkan pergantungan secara total kepada ALLAH untuk berjaya bukan kepada usaha kita yang sedikit itu.. Bila tawakal memenuhi segenap hati dan jiwa, apa sahaja ketentuan dariNYA diterima dengan redha..Andai dia Berjaya, dia bersyukur andainya gagal dia bersabar..Kedua-duanya, sabar dan syukur ada pahalanya…Inilah hidup seorang mukmin yang mengetahui tujuannya diciptakan…Menyerahkan pengabdian yang total kepada PENCIPTAnya.. Maka lengkaplah kata-kata orang mukmin itu hidupnya tak de masalah, Tak de nak sakit jantung, tak stress pun kerana menyakini qada’ dan qadar Allah..

Saya mengambil masa yang lama untuk bangkit kembali selepas kekecewaan itu..Dan bila direnung balik, saya tidak pernah merasakan ianya salah.. Saya tahu jika saya terus berdepan saat itu, saya akan kalah, kalah dengan bisikan syaitan dan kalah dengan kemarahan hati.. Maka saya mengambil keputusan untuk berundur seketika mencari masa mengubat luka hati agar masalah itu mampu dihuraikan sebaiknya..Pengecutkah saya kerana itu??..

Sekalipun saya tetap menulis ketika itu, tetapi itu hanyalah untuk mengaburi mata sahabat yang saya tahu mencuri-curi untuk membaca hati saya ketika itu..Ke’poyo’an,ke’slumber’an dan kesedihan yang terbayang menutup masalah sebenar amat mengelirukan hati mereka saat itu..Maafkan saya, saya takkan mampu untuk berkongsi waktu itu..Anda mencarinya bukan??..Nah, sekarang saya membentangkan fakta dan sedikit auta kalau ada (ada ke?) yang saya selindungi ketika itu.. Anyway, thousands of thanz for all your efforts to comfort me, I appreciate it a lot..

Sori, I know this entry is quite long and I realize that u all start to question when I want to finish it...Umpama membalas dendam (jahiliah lagi!) kerana kesepian yang lama ini..Puas hati saya!....Sebelum tu, bolehkah mata menjadi rabun kerana terlalu lama menatap screen lap top??.. Kalau ye, saya perlu mengurangkan kepanjangan entri saya, agar anda semua tidak rosak matanya gara-gara menghabiskan masa membaca entri saya yang entah mendatangkan kebaikan untuk anda atau tidak..Maafkan saya andainya It doesn’t benefit you at all..Owh, I need to stop talking nonsense or else my blog’s readers will all be wearing spectacles soon (exception for me yep!).. Anything want to say, leave me a comment. I would appreciate it.. huhuhu..

“ Katakanlah, “jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya serta berjihad di jalanNYA, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNYA.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
(At-Taubah: 24)


Nota KAKI@TANGAN:

***HIdayah itu milik Allah:

“Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), DIA akan membukakan dadanya untuk (menerima) islam. Dan barangsiapa dikehendaki-NYA menjadi sesat, DIA jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”
(Al-An’am: 125)


Syukur kita di jalan ini, sekalipun berdepan dengan pelbagai kesulitan,Yakinlah akan kemudahannya kerana inilah jalan kita!