Monday, July 13, 2009

..BERBICARALAH DARI HATI..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...



SELESAI POI MALAM ITU..

"Semangat itu kembali membara.."
"kita perlu saling mengingatkan antara kita.."
"Dakwah kita dakwah sayang ek.."

"Rasa bersyukur lagi.."
"Allah masih memilih kita.."
"Jom bekerja untuk membangunkan islam.."
"Mari kita mula membina.."

Dan air mata sisters laju mengalir..
Alhamdulillah..

Subhanallah..

Kita masih disini..
Masih..

Selesai giliran kami, adik-adik;
Kakakku yang disayangi menyambung bicara kami,

" Nak dengar satu cerita x?"

Kami semua seronok..

"Nak..Nak" (macam upin ipin)

"Erm.."
(dia teragak-agak meneruskan bicara, kami menanti penuh sabar..)

"Akak mula mengenal tarbiyah waktu tahun pertama di Ireland, RSCI..
Bersama akak ada 6 orang sahabat baik akak..

KAmi sangat rapat..

Kami makan sama-sama..
Kami puasa sama-sama..

Kami asing sama-sama..
Kami mula pakai handsock dan stokin sama-sama..

Jaulah dan tido sama-sama..

Bahkan kami sama-sama mengumpul kekuatan untuk clash.."


..Sisters KMB menyorak..(bising surau an nur)

..Maafkan kami brothers..

"Bukan senang nak clash, hanya yang pernah rasa je tahu..
dan ari ni..

salah sorang dari sahabat akak yang enam tu,
walimah ari ni.."

..Kami terkejut..
..Hati saya direntap kejam..

"Akak pernah janji dengan dia,
nak tido rumah dia masa wedding dia,

nak buat sume persiapan bersama dengan dia.."

..Air matanya mula mengalir..
..Dia cuba menahan..
..saya yang menyaksikan..
..Terasa sakitnya..

..Rasa bersalah tebal dijiwa..


..Sepanjang disini, kakak itu hanya senyum..
..Tidak pernah bersedih..

..Dia sungguh sabar, memendam rasa hati..


"Pagi tadi kan hujan..

Akak mesej dia;
" Moga Allah merahmati walimah enti,
dengan rahmat yang mencurah-curah..

Ana minta maaf kerana tidak dapat hadir,

dakwah memerlukan ana sekarang.."


Dia reply;

"Takpe..
Ana faham..

Moga berjaya menyentuh hati adik-adik..
Kirim salam kat adik-adik KMB.."


..Sisters KMB menangis..
..terharu dengan pergorbanan kakak..
..Teringat kata-kata sendiri..

"Melalui POI saya belajar,
kita perlukan hanya 2 benda untuk menyentuh hati manusia,
1. Niat yang ikhlas

2. Usaha bersungguh-sungguh..

..Pada kakak itu yang mengikhlaskan hati berada dengan kami pada hari walimah sahabat tersayang..
..Pada kakak itu yang mengikhlaskan hati memungkiri janji untuk bercerita tentang islam kepada kami..

..Pada sahabat kakak itu, yang meredhakan Islam meminjam sahabatnya pada hari walimahnya..
..Pada sisters yang menyampaikan sepenuh hati..
..Pada sisters yang mengangkat dulang makanan penuh berhati-hati..
..Pada sisters yang bersengkang mata memastikan kelancaran program..
..Pada sisters yang mengabaikan tidur demi adik-adik..
..Pada sisters yang sanggup duduk dan berbincang dengan kami..
..Pada sisters yang sudi dari jauh bertandang ke mari..
..Pada semua hati yang ikhlas dan usaha bersungguh-sungguh kalian..
..Adik-adik menangis,tersentuh, melompat bersemangat..


Janji Allah buat kalian,
"Barangsiapa yang Allah beri hidayah kepada seseorang lantaran kerana usahanya, itu lebih baik dari apa yang ada di langit dan dibumi..


..Credits untuk kak f*rd**si..
..Tak pernah rasa sesayang ini..

..Riak-riak kami ya Allah, ENGKAU ikhlaskanlah,
..Malas-malas kami ya Allah, ENGKAU rajinkanlah..


Ikhlaskan hati kita..
Jihadkan usaha kita..

..Hidayah itu tetap milikNYA..


Saturday, July 4, 2009

..FULLSTOP..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Sejenak sudah..
berhentilah..
Berbicara tentang cinta denganku..
saya tidak lagi berminat..
Berhentilah..
menyebutkan tentang dia di depanku..
saya tidak lagi tertarik..
Berhentilah..
Mengharap..
dan tutuplah harapan padaku..
saya muak..
dengan ayat cinta..
Full stop!

(`_~)