Thursday, October 29, 2009

..BATU BATA..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Selesai saya menulis post ..BINA DAN DIBINA.. tu, saya melompat ke blog-blog orang..Mencari kebenaran pada kata-kata sendiri...Hingga saya berkunjung ke Daqa-Iqal Asrar, dan post terbarunya sangat menarik dan berkaitan dengan batu bata...Maka saya dengan pantas mengopynya untuk bacaan semua...Walau lawak tapi bermakna pada nilainya..

***************************************
batu oh batu


saban hari batuan dicipta demi sebuah tembok kukuh...
sebijik batu harus kuat, kukuh dan tegar agar tembok yang hendak dibina takkan meroboh.


tembok kukuh mulai dibina, dibina dan dibina... namun tengtibe..
kenapa macam goyang di sini-sana?
why oh why?


owhh rupanya bila disemak, ada wujudnya batuan yang rapuh di sini, situ dan sana.
maka binaan goyang,
bila kena tiup angin skit, dia gegar2.
pastu cam crack. here and there. owk-oww!

result: devastation.

resolution: wahai batu, kenape awak rapuh? kesian batuan lain.. penat2 mereka cuba menjadi batuan ter-terer seperti diharap oleh penciptanya. tapi kerana awak, maka tembok kite cam goyang2. batuan lain pun jadi hancur sebab awak tak kuat. camni lambat lagilah fort kite nak settle. kerana batuan rapuh camnilah yang akan melambatkan proses pembinaan itu. sedih nye.

"saya tak larat dah! jangan kira saya dah. tayah susah2 nak susun saya! saya taknak jadi batu dah!!! saya bukan lagi dalam golongan batu. maaf," demikian kata awak satu hari.
masa tu kite nampak tukang simen tu gelak.
dia gelak dalam kesedihan.
dia gelak kerana takleh nak percaya,
batu boleh pulak taknak ngaku batu.
nak jadik pasir.
batu ialah batu, kerana ia dicipta bertujuan untuk menjadi batu!
thats final, ok?
its sort of stated onto ur fingerprint.
"saya batu".
so jadiklah batu sejati.

*******************************************************************************************

Nota kaki@Tangan: Herm....Sape nak ngaku diri batu kalu tahu sangat banyak kerja yang masih perlu dilakukan...sape nak ngaku diri batu kalu xpernah rasa betapa izzahnya batu itu...

..BINA DAN DIBINA..


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..




(Ok, mereka sangat comey...Katak besar, eek!)

Saya berjalan ke kelas..Bila melintasi taska, terlihat kanak-kanak riang sedang melihat sesuatu..Saya tertarik dan terus memerhatikan mereka..Hati yang sedang terluka di ulit riang dengan gelagat mereka..Tetiba mereka terperasan saya yang sedang melalukan diri disitu, lalu cepat mereka menyapa, " Eh, Kak Siti..!Akak!Akak!..".. Lalu saya mendekati untuk mengetahui apa yang sedang menjadi tarikan mereka waktu itu..

"Akak, ada katak besar!"..

"Owh yeke?..Mana?"

"Tu..tu.."

Ai, mak ai besar betul katak tu..ok, saya geli, bulu roma naik meremang saya memang takut katak dan segala yang seumpamanya..Seyesly, katak tu besar giler, dah la dia sedang mengembangkan badannya, bertambah-tambah besarnya...Seyes besar giler!!!!!Aaaaaaaa... Dan kanak-kanak ni terus mengusik-usik katak tu...

" Eh adik janganlah...nanti dia lompat kat awak..Cepat gi main kat lain.."

Dan sampai bila saya meninggalkan mereka, katak itu terus mengembangkan badannya yang besar tu dan kanak-kanak ribena ni terus menerus tetawa melihatnya...

Saya yang geli, pantas meninggalkan tempat tu bersama bayang-bayang kebesarannya..

Saya terfikir, derang ni tak takut ke katak besar ni..Kan ke geli kalu dia lompat kat badan kita...Aaaaaaaaaaaa....Geli,geli!..

Erm, menggunakan Teori of knowledge, bila seorang kanak-kanak yang masih tidak tahu erti bahaya berdepan dengan harimau pasti dalam hati kanak-kanak ini tidak ada rasa takut...Bahkan dia pasti sempat bermain-main dengan harimau tu dan membelai-belai bulunya (jap..jap..harimau ade bulu ke?..ok abaikan), dan menguling-gulingkan dirinya di atas harimau tu Kerana dia tidak mengerti yang harimau itu boleh mendatangkan bahaya..Ala masa kecik-kecik dulu kita pun gitu gak, keje nak main je tanpa tahu ada bahaya....xpernah kisah pun, yang penting kita seronok, tapi parents kita lak yang bimbang dan takut...Sebab mereka tahu erti bahaya dan akibat...

Bayangkan seorang daie itu umpama kanak-kanak yang tidak takut pada semua, tidak pada yang mencela tidak juga pada yang memuji...Asalkan dia terus "bermain" dengan dunianya..Bayangkan juga daie itu adalah parents tu, yang tahu akibat dan menjauhi setiap yang membahayakan...

*******************************

Apa kan jadi kalu pekerja yang membina KLCC tu tak tahu apa yang dibina?..dalam hatinya berkata: Owh, ingatkan nak buat bangunan kecik-kecik je, main-main je, tapi rupanya nak buat KLCC yang tinggi ni...dan kerana tidak tahu dia telah tersilap meletakkan batu-bata pada asas bangunan tu...dan yang paling malang batu-bata tu la yang menjadi punca kelemahan bangunan tinggi yang dibina.. sampai runtuh bangunan tu...ish, ish..Kesian pekerja indon ni..

Erm, maka kenalah ada engineering yang menerangkan padanya cita-cita dan arah tuju bangunan yang sedang disusun batu-batanya itu sedari awal..Mesti ada jurutera yang menunjukkan kepadanya pelan dan susun atur KLCC yang nak dibina ni.. (aish bila budak medic cakap psl enginerg stuff, macam ni la jadinya..Betulkan jika tersilap wahai kawan-kawan enginerg ku..)..Supaya dari awal lagi dia tahu untuk memilih batu-bata yang betul dan mempelajari skill dan teknik menyusun yang betul...Wahaha!..Sekalipun dia hanya pekerja indon, tapi dia juga adalah naas yang disebut rasulullah sebagai ma'adin (logam)...Maka jika ada engineering yang berjaya membuatnya faham pasti dia akan menjadi pembina bangunan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...Asal ada yang sudi menunjukkan padanya matlamat binaan itu pasti pekerja itu akan cuba menjalankan kerjanya sebaik mungkin..

Sebarang silap pada asas boleh merobohkan binaan yang tinggi..Sebab itu dari awal langkah, semuanya perlu dipastikan mengikut manhaj..Jika tersilap masih boleh dibetulkan dan dikuatkan dari awal...InsyaAllah..

pekerja yang tahu cita-citanya yang tinggi itu pasti akan asyik bekerja membinanya...Kerana tahu dia akan menghasilkan sesuatu yang hebat dalam sejarah manusia..Kadang-kadang dia juga penat maka pada setiap kali itu dia akan merenung lakaran dan gambaran bangunan yang diceritakan jurutera kepadanya..Hingga dia kembali bersemangat untuk menjadi antara tangan-tangan yang menyumbang kepada binaan itu..Bila ma'adin lain mentertawakannya kerana asyik bermain dengan simen dan batu-bata serta bangunan yang tak tinggi-tinggi, maka dia akan mengatakan "takpelah mungkin aku juga takkan sempat melihat bangunan ini siap, tapi aku yakin ia akan terbina..dan mungkin akan disambung oleh tangan-tangan lain..Hingga ia siap menjadi bangunan tinggi mencakar-cakar langit.."

........." Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berperang pada jalannya dalam satu barisan yang teratur dan tersusun...Mereka umpama sebuah bangunan yang kukuh.." (61:4).....




Saturday, October 24, 2009

..HADIAH BESDAY..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

KHAS UNTUK:

Adik-adikku: Ja**ah,U**u,Pu**ri,S.N.Ja**ah,Pe**ut,Na**ah..

Akhowat fillah: A**q, A*a, A**a, Na**irah, Az**ni,Na**hah, Ar**a, A**irah.. KAL, Ansar dan Muhajirin, dan sume yang tak tertulis namanye disini..(cukuplah di hatiku)

Istimewa buat Masterskills..

Kakakku yang tak jemu melayan rajuk dan marahku..

Sahabat dunia akhiratku..

Sungguh, kalian bernilai di hatiku lebih dari dunia dan isinya...

Dan Allah menjadi saksi atas amal dan perbuatan kita,

"Dan Mereka berkata kepada kulit mereka, "Mengapa kamu ,menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab, "Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang (juga) menjadikan segala sesuatu dapat berbicara dan DIA yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada-NYA kamu dikembalikan." (41:21)

Dan setiap anggota tubuh ini akan menjadi saksi atas perjuangan kita ini,

“Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan.” (41:22)

Tidak sahabatku! Kita tahu dan kita yakin Allah melihat semuanya..Menghitung setiap kedukaan dan mengira setiap peluh.. Sehingga dalam hati kita, kita menghilangkan sangkaan-sangkaan buruk terhadap Allah, kerana kita tahu;
“Dan itulah dugaanmu yang telah kamu sangkakan terhadap TuhanMu, (dugaan itu) telah membinasakan kamu sehingga jadilah kamu termasuk orang yang rugi..” (41: 23)

Kita bersabar atas semuanya kerana tahu makna kesabaran ini sekarang..

“Meskipun mereka bersabar (atas azab neraka) maka nerakalah tempat tinggal mereka dan jika mereka minta belas kasihan; maka mereka tidak termasuk orang yang pantas dikasihani.” (41:24)

Kerana kita tahu pengetahuan Allah meliputi langit dan bumi...Tiada tempat berlindung dari penglihatan Allah, maka kita takut untuk mengundang murka Allah..

“Dan KAMI tetapkan bagi mereka teman-teman (setan) yang memuji apa sahja yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka putusan azab bersama-sama umat-umat terdahulu sebelum mereka dari golongan jin dan manusia. Sungguh, mereka adalah orang-orang yang rugi..” (41:25)
Sedang kita merasa makna hidup di bawah bayangan ayat-ayat Allah,

“Dan orang-orang kafir berkata," Janganlah kamu mendengarkan bacaan al-quran ini dan buatlah kegaduhan terhadapnya, agar kamu dapat mengalahkan mereka."” (41: 26)

Dan kita bersabar kerana yakin sepenuh hati, Janji ALLAH itu SANGAT PASTI..
“Maka sungguh akan KAMI timpakan azab yang keras kepada orang-orang kafir itu dan sungguh akan KAMI beri balasan mereka dengan seburuk-buruk balasan atas apa yang mereka kerjakan.” (41:27)

cukuplah ketaatan itu kepada Allah hingga Allah membalas sebaiknya...

“Demikianlah balasan (terhadap) musuh-musuh Allah (yaitu) neraka; mereka mendapat tempat tinggal yang kekal di dalamnya sebagai balasan atas keingaran mereka terhadap ayat-ayat KAMI..”(41:28)

Sehingga mereka berkata,
“Dan orang-orang yang kafir berkata, "ya Tuhan kami, perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami yaitu golongan jin dan manusia, agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami agar kedua golongan itu menjadi yang paling bawah (hina)."” (41: 29)

Sahabatku, mengapa bersedih?Tarbiyah itu untuk mengukuhkan pendirian bukan?..Bukankah perjalanan ini merintis jalan menuju syurga?..Yang kita faham harganya bukan murahnya.
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah." kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka dengan berkata, "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu." (41: 30)"

Pendirian yang menyakini hanya Allah Tuhan kita, sehingga kita yakin,

"KAMIlah pelindung-pelindung dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya (surga) kamu akan memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta." (41: 31)

Bestkan?..Taknak ke ambik perjalanan yang panjang ni?..Kita tahu dia susah tapi Allah menjanjikan suatu hasil yang pasti,

“sebagai penghormatan (bagimu) dari (Allah) yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (41: 32)

Kerana itu, kita mesti menjadi golongan ini, yang tahan dicemuh, yang redha dilanda ujian, yang menerima segalanya dengan hati yang penuh yakin dengan janji-janji Allah.. Yang tahu bahawa semuanya adalah tarbiyah, yang berubah sebagaimana expectation Allah, yang tahu hidupnya untuk mati..

“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?” (41: 33)

Dan sememangnya sentiasa ada 2 jalan…Yang pilihannya sentiasa di tangan kita..Sehingga Allah redha kepada kita..

“ Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan menjadi seperti teman yang setia.” (41: 34)

Tarbiyah sentiasa menjadikan kita insan yang lebih baik..dan sememangnya kita akan diuji atas kelemahan kita sehingga kelemahan itu kita atasi..dan pada setiap ujian itu, Allah mengajar kita membetulkan niat kerana ia seharusnya untuk Allah semata..

“Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan di anugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak di anugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (41:35)

Dan sebenarnya bila kita mempersoalkan setiap ujian yang Allah bagi, kita sebenarnya tidak cukup bersabar…dan itulah sifat yang Allah nak kita ada.. SABAR!SABAR! DAN SABAR! Kadang-kadang kita juga akan tertipu,

“ Dan jika setan ,menganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh DIA maha mendengar, maha mengetahui.” (41: 36)

Sehingga Allah itu kita jadikan ilah dan rabb kita,

“Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaranNYA ialah malam, siang, matahari dan bulan. Jangalah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-NYA.” (41: 37)

Kerana kekuasaan Allah itu tidak berkurang sedikitpun dengan kekufuran hambaNYA. Tetapi hamba yang diujiNYA pasti mendapat spotlight dariNYA..

“ Jika mereka menyombongkan diri, maka mereka (malaikat) yang di sisi Tuhanmu bertasbih kepadaNYA pada malam dan siang hari sedang mereka tidak pernah jemu.” (41: 38)

Indahnya hidup di bawah bayangan al-Quran ialah apabila kita merasakan Allah sedang berkata-kata dengan kita…Hamba yang hina pada mata manusia ini, buruk pada pandangan manusia masih mendapat tempat di mata Tuhannya....

(Rujukan: Fushilat: 21-38)

Wednesday, October 21, 2009

..KOPI DAN PASTA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim.




..(curik dr kak sau** punya blog)..

Tuesday, October 13, 2009

..CERITA PENDEK (2)- HAKIKAT SEBIJI FIKRAH..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Mengapa kamu berlemah hati?..

Sakit?..

Rasa tak berbaloi?..

Tanak teruskan lagi?..

Nak berhenti?..

Silakan!..Islam tak pernah rugi tanpa orang seperti kamu disana...

Pejuang-pejuang islam adalah orang yang tak pernah kenal erti menyerah..Hingga nyawa menjadi taruhan!..

Ansorallah hanyalah mereka yang tak pernah penat dengan mujahadah..

Mengapa menangis?..

Kamu sakit?..

Apa kamu merasakan dunia ISHAB dulunya hanya penuh dengan senda gurau dan gelak ketawa?..

Apa kamu memikirkan Syed Qutb itu tidak diuji?..TIDAK! bahkan mereka lebih hebat diuji...

Bukankah janji Allah pada mereka yang berjuang, mereka akan diuji?...

arghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!......Sudah!...saya sakit kamu tahu!..sakit! Sakit!.. Apa kamu melihat air mata ini sebagai apa?..Apa lagi yang tinggal pada diriku?..Kalu tidak kolam ini dialirkan, maka mana mungkin aku bisa bersabar lagi!...Saya sakit kamu tahu?!..SAKIT DITIKAM BERKALI-KALI!... Kalu nak bunuh jiwa ini, silakan!..Jangan menikam dan menyembunyikan pisau...Pastu tikam lagi sampai berbekas-bekas... Apa kamu fikir saya manusia yang tak punya rasa dan hati?..Cukuplah sekali jika dapat kamu letakkan dirimu dalam kasut saya..Cukuplah jika kamu mula berhenti bercakap dan mula memahami....Sakit ini boleh terlihat dan dirasai siapa sahaja yang melihatnya dengan mata hati...Apa kamu fikir saya tidak pernah bersabar?..Sampai ke tahap ini, adakah saya masih belum cukup bersabar?...

Air mata Humaira mengalir laju...Pedih hatinya...Ternyata, Yusra belum cukup memahami keadaan Humaira..Kata-kata Humaira menyentap jantungnya..Baru tersedar, sahabat itu sudah lama ditinggalkan..Selama ini, Yusra hanya mendengar cakap-cakap orang sampai terlupa, setakat ini Yusra sedar Humaira cuba menahan amarahnya..Sakitnya hanya terluah pada solat malamnya, namun mungkin itu belum cukup untuk memberinya sepenuh kekuatan untuk terus berdiri berhadapan dengan manusia yang terus menghukum itu..

Humaira, saya minta maaf..saya buta memahami..Mungkin saya juga penyumbang kesakitan awak, maaf humaira.... Saya sayang awak...

Sedu Humaira menyebakkan dadanya..Mana sama yang melihat dan merasai..Humaira menanggung kesan itu dari mula sampai akhir..Hari-harinya selepas itu penuh dengan kebisuan...Tapi fikrahnya menuntut dia menjadi seorang yang kuat...fikrahnya tidak membenarkan dia lemah begitu..

dan sesungguhnya dia tahu kekuatan itu hanya dariNYA..lantas, pantaslah dia mencari padaNYA..

"Sungguh, KAMI akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.." (Quran-Muzammil)

Friday, October 9, 2009

..MEREKA JUGA NAAS..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Menyelusuri fikrah ini, akal diketuk hebat bilamana melihat pergorbanan manusia-manusia dijalan ini..

Apa mereka tak punya perasaan,
bila manusia kerap menyelar mereka
namun mereka masih konsisten dengan kerja-kerja mereka,
tanpa berkurang sikit pun amal dan semangat mereka,
bahkan mereka menjadi kader-kader yang semakin kuat selepas itu.
Setiap selaan melahirkan kesegaran pada roh-roh mereka..
Setiap celaan membuahkan pembaharuan pada gerak kerja mereka...
Tapi berhenti?..
Tidak sesekali! hingga Allah menentukan untuk menarik hidayahNYA..

Apa Daie ini tidak sensitif?
Mereka bisa menahan hati,
walau luka didalamnya hanya Allah yang tahu..
Meskipun yang melukakan itu sahabat sendiri, keluarga mahupun sesiapa sahaja,
Mereka akan terus tersenyum dan memberi..
Sekalipun mereka dilontarkan batu dan kayu,
Namun buah-buah islam terus disebarkan...

Siapa cakap mereka tidak punya hati?
Siapa cakap mereka tidak terasa?
Tetapi bila mengenangkan matlamat mereka,
mereka sanggup perasaan itu diketepikan,
Hingga Allah membalasnya suatu hari nanti,
Dengan ketenangan luar biasa,
Yang Hanya DIA yang mengurniakan
dan mereka yang merasanya tahu bagaimana...

Mereka barangkali lebih sensitif dari manusia lain,
Namun mereka tahu dimana patut
perasaan ini diletakkan....
Mereka kadang-kadang takut untuk menjadi sensitif,
Kerana sensitif itu salah satu tanda-tanda futur,
Nauzubillah..
mereka takut...
Andai Allah menarik balik nikmat hidayah ini...


Namun mereka kader dakwah ini,
Akan terus melangkah,
walau mereka terus dilukai,
kadang kala mereka turut melukakan tanpa niat,
dan menanggung segala akibat perbuatan itu,
kerana mereka fAHAM pergorbanan itu,
adalah totalitas perjuangan,
membawa islam kembali ke tempatnya..

hingga suatu hari nanti,
Allah mengantinya..
Hingga nanti jual beli ini,
membuahkan keuntungan..
hingga nanti pinjaman ini,
Allah bayar dengan harga yang tinggi..


~Menyingkap salah satu maksud naas, (manusia) ia itu bersifat pelupa ~
~Saya selalu lupa, moga Allah selalu mengingatkan..~
~Kadang kala saya lupa nak melupakan~
~betapa sakit itu menyakitkan~


~sEDANG memberi ruang kepada emosi untuk bernafas..~
(^_^)