Wednesday, June 18, 2008

..CORETAN DI SAAT-SAAT SIBUK..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Kembali di sini..tinggal berapa hari jek lagi saya akan ke KMB..saat-saat begini sibuk bangat sampai tak sempat nak ziarah banyak tempat..adik-adik kesayangan di SMKPM dan SKPM pun belum sempat saya jumpa apalagi nak bagi peringatan yang panjang-panjang..tapi insyaAllah asal saja kalian tak lupa kat akak,akak akan sentiasa contact awak sume..sewaktu ziarah terakhir di SMKPM dulu,sempat cikgu kesayangan menghulurkan naskhah nih..hihi dalam nak siapkan 3 entri lagi yang terkandas nih muncul pulak idea baru nak postkan kata-kata nih sebagai salah satu entri baru..insyaAllah ia merupakan peringatan berguna untuk anda dan diri saya sendiri..


RENUNGAN BUAT WANITA:


WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA..


Jangankan lelaki biasa,

Nabipun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka,

Fikiran dan perasaan lelaki akan resah,

Masih mencari walau ada segalanya,

Apa yang tiada dalam syurga?,

Namun Adam tetap rindukan Hawa,

Dijadikan wanita daripada rusuk yang bengkok,

Untuk diluruskan oleh lelaki..


Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok bisa menghasilkan bayang yang lurus,

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduan dariNYA,

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,

Kerana nantinya,

Mereka semakin liar,

Mereka akan semakin derita,

Tetapi,

Kenalkan mereka kepada Allah,

Zat yang kekal,

Kerana disitu punca kekuatan dunia!..


Wanita itu,

Akalnya senipis rambutnya;maka tebalkan ia dengan ilmu,

Hatinya serapuh kaca ;kuatkan ia dengan iman,

Perasaannya selembut sutera;hiasilah ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya,

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan RABB,

Bisikkan ke telinga mereka,

Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Allah,

Sebaliknya distulah kasih dan sayang Allah,

Dari situlah Islam dikenal..


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,

Pasti tidak akan terhibur,

Dan tidak pula menghiburkan,

Tanpa iman,ilmu dan akhlak,

Mereka tidak akan lurus,

Bahkan akan semakin membengkok,

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal RABBnya,

Bila wanita menjadi derhaka,

Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara..


Lelaki pula,

Janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,

Tapi binalah kepimpinan,

Pastikan sebelum wanita menuju Allah,

Pimpinlah diri kepadanya,

Jinakkan diri kepada Allah,

Nescaya akan jinaklah segala-galanya,

Dibawah pimpinanmu,

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra',

Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah..


Hati saya tersentuh saat membacanya..saya juga wanita,bahkan terlalu ingin diri diluruskan menuju Allah..luruskah saya dalam keadaan ramai lelaki di sekeliling saya masih terumbang-ambing dengan 'kebengkokan' diri sendiri?..lalu saya melihat sekeliling,abang-abang dan adik-adik saya semuanya lelaki,sudah wujudkah kepimpinan dalam diri mereka??sudahkah mereka mengikuti jalan menuju Allah??hati menjerit sendiri terlalu sayu saat memandang ke wajah adik yang baru menjengah usia setahun jagung,terumbang-ambing membawa diri dalam dunia jahiliah alaf baru ini..bagaimana membawanya mengenal Allah andai masyarakat sendiri menghapuskannya dengan jahiliah yang tak sudah-sudah???..batinku menjerit,terlalu sukar mengislahkan keluarga sendiri..

Barangkali masa itu akan tiba..akan saya sinarkan cahaya permata ini ke segenap ruang teratak ini,biar tidak ada lagi jahiliah yang berani berkunjung,apalagi menjengah sekejap ke laman ini!!suatu masa nanti!!



Wednesday, June 11, 2008

..PORTAL KE DUNIA BARU..

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum wbt..


ok,hari ni saya nak kisahkan sebuah cerita yang diadaptasi dari cerita benar..
arahan:baca cerita ini dengan fahaman saya menggunakan gaya bercerita macam penyampai cerita kanak-kanak,jika tidak anda akan SESAT!!..huhu..
mari dengar cerite saya..

sudah lama saya mendengar cerita mengenai dunia baru itu..terasa juga nak pergi ke dunia tu tapi takut juga sekiranya ia sekadar indah khabar dari rupa..namun ada yang lebih menakutkan saya andaikata saya sesat didunia tu bagaimana saya nak mencari jalan pulang ye..saya melihat dan mendengar saban hari ada sahaja orang yang sesat di dunia baru yang mereka masuki,jadi hati saya seringkali terdetik.."nak masuk ke tak ye??"..saya tak pernah sampai ke dunia itu bahkan ramai sangat-sangat insan di sekililing saya yang belum pernah ke sana..saya tak kenal siapa-siapa di sana yang boleh menjadi' tour guide' saya..saya tiada siapa-siapa disana,tidak kenalan mahupun saudara..jadi bagaimana ni??

saya melihat dan mendengar ada saudara yang pernah sampai ke sana..segera saya menemuinya..setelah saya menilai(macam detektif canon ye!!huhu,cita-cita saya masa kecil yang tak kesampaian) saya mendapat satu konklusi dia belum habis menerokai dunia baru itu..hati berbicara lagi,saya dalam dilema..akhirnya saya nekad,ye barangkali saya tak kenal siapa-siapa disana yang boleh membawa saya berjalan-jalan di dunia itu tapi saya merasakan saya boleh mencarinya nanti..

"betul ke ko nak masuk ni"..tanya seorang saudara,,

misi ini lebih berat dari misi sheikh m*********r ke angkasa..saya tahu bila saya melangkah ke dunia ni maka saya mesti sanggup untuk bergolak gadai untuk misi ini..maka saya nekad..

"aku akan masuk sekarang"..jawabku..
"jika aku menjumpai sesuatu (harta karun ke) dalam dunia ni akan ku bawa pulang"..
"jangan risau andai aku terkorban kerana bilamana aku mengambil keputusan masuk kesini aku sudah bersedia mengorban apa sahaja di jalan ini"..

lalu pagi itu saya mula melangkah ke dunia itu melalui portal yang sedia ada di rumahku..selangkah..dua langkah..tiga langkah..(macam belajar bertatih)..ku lihat dunia lain sekali,lain dari dunia sebelum ini..bila saya terus lagi melangkah saya nampak manusia lain didunia ini..saya menegur,dia menyambutnya mesra sekali..

"adik, dunia ini lain sekali,perjalanan jauh sekali..ramai yang terkorban dijalan ini,sanggupkah kamu??"..kata akak itu..

"saya sanggup kak..tapi saya tak kenal siapa-siapa disini kak.."

"akak dulu pun tak kenal siapa-siapa jugak dik..tapi akan kita jumpa ramai lagi orang baik-baik disini..di dunia ini..mari..akak pimpinkan tangan adik agar tak jatuh..".

mana mungkin saya menolak pelawaan itu..apabila saya melangkah jauh kedepan lagi,saya jumpa lagi insan-insan sebaik akak ini..didunia ini segala-galanya indah..kami disini dihubungkan kerana persamaan akidah tauhid..tiada dengki dalam hati kami sesama kami bahkan kami memelihara antara satu sama lain..saya seringkali terharu dengan kasih sayang yang melimpah ruah di dunia baru ini..kami melihat sesuatu dari sudut yang berbeza..kami jadikan mata Allah sebagai ukuran perbuatan kami..justeru dunia ini satu kebebasan..ramai yang mengatakan dunia ini kejam bahkan mendiskriminasi manusia!!..eh,tolonglah didunia ini segala-galanya best..perhambaan sesama manusia digantikan kepada perhambaan kepada pencipta kita,Allah yang maha besar..takkan saya jumpa nikmat didunia ini di dunia yang saya diami sebelum ini..saya mahu mengajak seluruh keluarga saya ke dunia ini agar kami semua selamat..justeru jika ditanyakan mahukah saya kembali ke dunia lama itu..ramai manusia tertipu di dunia lama itu justeru mana mungkin saya mahu kembali ke sana..saya sangat-sangat bimbang andai saya kembali ke sana saya jumpa termasuk dalam golongan yang tertipu itu..lalu saya takkan berhenti melangkah di dunia ini dan takkan saya berpaling ke sana lagi..TIDAK SESEKALI!!APALAGI DUA TIGA KALI!!


YA TUHAN KAMI,JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI,DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU,KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI(KURNIA)....~ALI IMRAN:3:8~

nota kaki@tangan:SAYA ISLAM KEMBALI DI ANGULIA!!

Monday, June 9, 2008

..MY FIRST ENTRY..

Bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.t...

Sebenarnya dah lama terasa nak punya blog sendiri,banyak kali jugak saya tangguhkan hasrat tuh kerana masa dan ketandusan hati di saat ini..akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyegerakannya lebih-lebih lagi apabila k.yana yang cute tuh menge'tag' saya dengan kijamnye..huhu..insyaAllah dalam entri akan datang saya akan menjawab semua soklan tag yang best tuh..

Tunjukkan ku jalan yang lurus,itulah doa yang terkandung dalam surah Al-Fatihah yang saya,anda dan mereka baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam dalam setiap solat fardu kita..

"kita baca doa tuh dalam solat kita tapi tak semua menjumpai jalan yang lurus tuh" kata seorang sahabat yang saya sayangi..

betul,tepat dan benar sekali kata-katanya..bukan semua orang menjumpai jalan itu..ada yang tersesat jauh dalam mencari jalan itu..bahkan ada yang menyangkakan mereka telah menjumpai jalan yang "lurus" itu,tetapi sayang seribu kali sayang itu hanya sangkaan mereka..(saya suatu masa dulu pernah menjadi golongan ini,diharapkan ia menjadi sejarah yang takkan berulang kerana terlalu sukar mencari cahaya jika sekelilingnya gelap-gelita).. saya sengaja menamakan blog ini sedemikian rupa kerana ia terlalu signifikan untuk saya..bahkan saya menyimpan cita-cita besar moga ada yang terkandas dalam kegelapan dapat saya tunjukkan jalannya kepada cahaya.. justeru saya disini berhasrat memberikan manfaat untuk dunia agar saya tidak menjadi bahan lebihan dunia...("ambitious nye die nih")..huhu,saya perasan sendiri..moga-moga blog ini mampu memberikan saham dunia akhirat untuk saya..

Saya harapkan sangat-sangat melalui cara ini boleh saya kongsikan apa sahaja ilmu yang ada bersama dengan semua.Kalau boleh saya nak kilauan permata berharga yang saya temui (entah secara tidak lansung atau memang saya mencari-carinya) terbias cahayanya kepada semua orang di sekeliling saya..Terlalu banyak yang nak dikongsikan..Jadi saya membuka teratak buruk ini untuk singgahan mereka yang mencari-cari makna dan tujuan hidup yang sebenar..saya tidaklah mengatakan bahawa anda akan menemui disini..saya sekadar berkongsi..suatu masa dulu saya juga seorang pencari,pencari kebenaran lebih-lebih lagi tujuan hidup..
Banyak soalan saya tiada jawapan hingga akhirnya saya mengikuti tarbiyah dan usrah yang kembali membentuk diri saya..mengembalikan kepada yang memulakan dan maha mengakhirkan saya..saya pernah merasai pengalaman itu,melalui jalan itu..hingga akhirnya Allah membantu saya memudahkan jalan mencapai pencarian itu..

Secara ikhlas saya bukanlah penulis yang pandai, sekadar berkongsi insyaAllah..jadi barangkali hidangan yang disediakan tidak menepati selera anda,barangkali juga lauknya terlebih perasa,(ini menunjukkan saya jugak bukanlah tukang masak yang bagus)huhu..terimalah sekadarnya..insyaAllah saya sangat-sangat mengharapkan apa yang saya sampaikan,kongsikan dan luahkan,moga-moga faedahnya berbalik pada diri saya sendiri..insyaAllah saya menulis untuk diri sendiri dan moga-moga juga perkara yang saya sampaikan menjadi ingatan untuk diri sendiri dalam usaha mengikis karat-karat jahiliah..


Rasanye sekadar ni dulu entri yang tak penting ni,huhu(saya ni memang ssangat membosankan,hihi)..ahlan wasahlam untuk semua tetamu saya..moga kita semua sentiasa menjadi tetamu tetap dalam usaha mendekatkan diri kepada Yang Khaliq..

p/s: Dengan izin Allah,apabila usrah di Kolej Mara Banting bermula akan ada banyak lagi yang boleh saya kongsikan..jumpa lagi dalam entri akan datang..teruskan setia bersama Tv9 dekat Dihati (saya tolong promosi jek!)...hihi.