Wednesday, June 18, 2008

..CORETAN DI SAAT-SAAT SIBUK..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Kembali di sini..tinggal berapa hari jek lagi saya akan ke KMB..saat-saat begini sibuk bangat sampai tak sempat nak ziarah banyak tempat..adik-adik kesayangan di SMKPM dan SKPM pun belum sempat saya jumpa apalagi nak bagi peringatan yang panjang-panjang..tapi insyaAllah asal saja kalian tak lupa kat akak,akak akan sentiasa contact awak sume..sewaktu ziarah terakhir di SMKPM dulu,sempat cikgu kesayangan menghulurkan naskhah nih..hihi dalam nak siapkan 3 entri lagi yang terkandas nih muncul pulak idea baru nak postkan kata-kata nih sebagai salah satu entri baru..insyaAllah ia merupakan peringatan berguna untuk anda dan diri saya sendiri..


RENUNGAN BUAT WANITA:


WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA..


Jangankan lelaki biasa,

Nabipun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka,

Fikiran dan perasaan lelaki akan resah,

Masih mencari walau ada segalanya,

Apa yang tiada dalam syurga?,

Namun Adam tetap rindukan Hawa,

Dijadikan wanita daripada rusuk yang bengkok,

Untuk diluruskan oleh lelaki..


Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok bisa menghasilkan bayang yang lurus,

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduan dariNYA,

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,

Kerana nantinya,

Mereka semakin liar,

Mereka akan semakin derita,

Tetapi,

Kenalkan mereka kepada Allah,

Zat yang kekal,

Kerana disitu punca kekuatan dunia!..


Wanita itu,

Akalnya senipis rambutnya;maka tebalkan ia dengan ilmu,

Hatinya serapuh kaca ;kuatkan ia dengan iman,

Perasaannya selembut sutera;hiasilah ia dengan akhlak,

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya,

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan RABB,

Bisikkan ke telinga mereka,

Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Allah,

Sebaliknya distulah kasih dan sayang Allah,

Dari situlah Islam dikenal..


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,

Pasti tidak akan terhibur,

Dan tidak pula menghiburkan,

Tanpa iman,ilmu dan akhlak,

Mereka tidak akan lurus,

Bahkan akan semakin membengkok,

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal RABBnya,

Bila wanita menjadi derhaka,

Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara..


Lelaki pula,

Janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,

Tapi binalah kepimpinan,

Pastikan sebelum wanita menuju Allah,

Pimpinlah diri kepadanya,

Jinakkan diri kepada Allah,

Nescaya akan jinaklah segala-galanya,

Dibawah pimpinanmu,

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra',

Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah..


Hati saya tersentuh saat membacanya..saya juga wanita,bahkan terlalu ingin diri diluruskan menuju Allah..luruskah saya dalam keadaan ramai lelaki di sekeliling saya masih terumbang-ambing dengan 'kebengkokan' diri sendiri?..lalu saya melihat sekeliling,abang-abang dan adik-adik saya semuanya lelaki,sudah wujudkah kepimpinan dalam diri mereka??sudahkah mereka mengikuti jalan menuju Allah??hati menjerit sendiri terlalu sayu saat memandang ke wajah adik yang baru menjengah usia setahun jagung,terumbang-ambing membawa diri dalam dunia jahiliah alaf baru ini..bagaimana membawanya mengenal Allah andai masyarakat sendiri menghapuskannya dengan jahiliah yang tak sudah-sudah???..batinku menjerit,terlalu sukar mengislahkan keluarga sendiri..

Barangkali masa itu akan tiba..akan saya sinarkan cahaya permata ini ke segenap ruang teratak ini,biar tidak ada lagi jahiliah yang berani berkunjung,apalagi menjengah sekejap ke laman ini!!suatu masa nanti!!



1 comment:

  1. Cik adik Fatimah yang comel,
    Mari lah melawat blog akak. :)

    ReplyDelete