Sunday, June 7, 2009

.ROJAK BUAH (1)..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..





Berakhirnya sem 2 menyaksikan berakhirnya status kami sebagai junior...Status senior dengan tanggungjawab yang lebih berat bakal di galas nanti..Sahabat-sahabat, sekarang dah nak masuk sem 3, adik-adik akan masuk, dan kita akan terus memperjuangkan apa yang diperjuangkan senior kita..Haq shahadah ini..Kerana kita sudah naik pangkat (konon ah!!) maka kite perlu melakukan inqilab (perubahan total) supaya kita bole menanggung bebanan pada waqi' kita.. InsyaAllah, saya menyeru untuk diri sendiri sebenarnya, sebagai kakak, kita perlu jadi lebih matang untuk adik-adik..Ok, kite berpuisi jap, sukati korang ar nak bersyair,menyanyi atau bersajak:

Tajuk puisi moden ni: KITA SEBAGAI KAKAK

Bila dah jadi kakak,
Fikiran kena matang
sikit,
Kena fikir jauh sikit,

emo-emo boleh tolak tepi-tepi sikit,

Kena utamakan adik-adik,

Kepentingan diri dan keseronakan nafsu,
kena buang jauh-jauh,

Kena banyak berlapang dada dengan adik-adik,
Kena mula merancang untuk adik-adik,
Kena mula mencari adik-adik logam ni..

Bila dah jadi kakak,
Jahiliah dan karat-karatnya
Kena lunturkan terus,
Cerita korea dan hindustan kena kurangkan,
Sebab masa kita tak banyak,

dari duk melangut tengok cite
tuh,
baik gi usha adik-adik..

Shopping tanpa tujuan,

Angan-angan yang terlebih,

Malas-malas amal,
Masa-masa yang tersia,

Sembang-sembang kosong,
Gelak lebih-lebih,

Gedik tak pasal-pasal,
N sumelah yang sewaktu dengannye,

Kena kurangkan sikit..


Amal yang basic,
jangan ditinggal,
Mutabaah amal,

dah kena start,
Daurah dan Usrah,

dinanti-nanti,
Qiam dan Zikrullah,

rajin-rajinkan,
Bersihkan hati,

Zahirkan sayang..


Siti owh siti...Amenda awak tulis nih??..Nak syair pon xleh..(kate Cik pembace!)

Tidaklah saya mengharapkan perubahan ini datang mendadak..Namun cukuplah, jika jalan ke arah perubahan ini mula dirintis..Inqilab!..Bahkan saat saya mula dikenalkan dengan sume ni pun, saya tidak tahu, bingung untuk merubah ape, tapi saya tahu saya perlu berubah..Kadang-kadang bila orang kutuk, saya masih boleh senyum (sebelum jadik emo!) sebab saya tahu saya sedang menuju jalan untuk berubah!..sebaik mungkin sama-sama kita cerminkan qudwah hasanah kerana who we are potrays what islam is..

Penutup sem 2 menyaksikan masih ada tangan-tangan yang sayangkan kami mendukung kami kembali agak tidak jatuh tergolek-golek ke dalam gaung jahiliah... Hmm..Mungkin lafaz jazakallah belum cukup untuk membalas segala budi baik kakak-kakak pada kami..Mungkin kata maaf belum cukup untuk menutup keberlapangan dada akak-akak pada kami adik-adik..Tiada yang dapat kami kirimkan Justeru hanya doa kami mengiringi akak-akak..Teringat saya pada pertemuan terakhir kami..alaq sudah menjadikannye satu post di blog nye...Nak bace?..Klik sini.. Hmm..sunyi memang sunyi..Takut memang takut..Kami taknak melepaskan die pergi, nanti sape nak betulkan kami??..Tapi bukankah Allah itu bersama kita setiap masa..Bahkan DIAlah yang menjaga kite selama ini, Menegur bila kite tersilap, Membetulkan bile kite tersasar..Relakan dia pergi untuk menyampaikan risalah ini..Teruskan perjuangan di sini..Kerana kita bukan mengikut siapa yang membawa tetapi apa yang dibawa!..Biar seribu manusia tidak dikenal datang bertukar-tukar, kita akan mendengar celoteh setiap seorang dari mereka selagi apa yang dibawa mereka Ialah Islam..


Betul, dakwah ini mengajak kami turun dari bilik berhawa dingin kepada jalan-jalan berdebu dan panas untuk menyebarkan risalah al haq...Islam bukan sekadar satu kata-kata dalam bilik air-cond tapi satu teori yang perlu dipratikkan walau dimana anda berada..Bercakap dan menulis cukup mudah, namun mengamalkannya sukar sekali..Kadang-kadang saya juga takut untuk menulis, takut apa yang ditulis, bukankah ape yang diamalkan..Terkadang hanya tulisan sama yang diulang-ulang kerana itulah amal selama ini..Takut murka dan benci Allah memakan diri hanya kerana cakap tak serupa bikin!..Tapi sahabatku sayang, jangan berhenti mengajak, jangan berhenti menulis, jangan berhenti menyampaikan, kerana kalian dan saya (insyaAllah) mengajak kepada perubahan!Sama-sama mengajak (sambil-sambil kita sendiri) meninggalkan jahiliah dan merintis jalan menuju islam..satu pengabdian hanya pada Allah..

Sahabatku sayang,pandang sekeliling..lihat sejenak pada hidup kita, perjalanannya dan jugak pengajarannya..Lihat sejenak pada wajah ibu dan ayah yang setia menemani walau betapa sukar menjalani hidup sebagai manusia..Ucapkanlah terima kasih pada mereka kerana menjaga dan merelakan kita atas jalan ini..Ucapkanlah sayang kita pada mereka walau bagaimana pun sikap mereka terhadap kita kerana kita tahu sayang kita untuk mereka bukan hanya sayang sebagai anak yang terikat darahnya tetapi sayang kita bersifat unconditional..Bukan hanya kerana mereka melahirkan kita, bukan hanya kerana mereka mendidik kita, bukan hanya kerana mereka menyayangi kita, bukan kerana mereka menyelesakan hidup kita,tapi kerana thats is what Allah asked from us!..Tunaikan hak mereka, kasihi mereka sebagaimana mereka berhak disayangi...


Sahabatku, lihat sejenak pada keluarga kita, guru-guru kita dan siapa sahaja yang kita jumpa disepanjang perjalanan hidup ini, pada semua yang pernah menyayangi dan membenci kita, ucapkanlah terima kasih pada mereka kerana mereka adalah tangan-tangan yang membentuk siapa diri kita sekarang..Kasih sayang yang mereka curahkan barangkali membuatkan kita tidak lokek untuk membalas sama hingga kita akhirnya tidak sukar menyayangi orang lain...Barangkali yang membenci kita itu membuatkan kita belajar untuk menjadi insan yang lebih baik..Kerana semua ini adalah tarbiyah..Perjalanan hidup kita sebelum ini tidak pernah sia-sia..jAngan ditanyakan Allah kenapa kita dicampakkan ke daily school, sekolah convent, mrsm, KMX atau mana-mana sahaja tempat yang kita pernah berada kerana sedar tak sedar sepanjang kita disana banyak mengajar kita pengalaman baru..Membentuk kemahiran dan sikap kita sekarang....Allah sedang berbicara dengan kita..DIA sedang menyuruh kita BELAJAR! jadi walau dimana kita berada belajarlah dan didiklah hati agar nanti kita semakin kuat..

Akhowat sayang,pandang sebelah, kiri kanan belakang dan depan..Sedar tak sedar kadang-kadang orang yang berada paling dekat dengan kita adalah orang yang selalu kita abaikan..Kadang-kadang orang yang paling dekat itulah yang paling banyak diguris hatinya, orang yang paling dekat itulah yang paling banyak berkorban untuk kita, yang paling dekat yang paling banyak menerima tempias kemarahan hati kita, yang paling dekat yang setia melayan kita, yang paling dekat yang masih menyayangi kita..(Mengapa dicapai kasih ikh**h yang jauh sedang yang dekat setia mencurah kasih, sudi menabur sayang!) Pada rumet yang selalu menjadi budak suruhan kita (kena tapau makanan lah!), pada usrah mate yang banyak memangku kerja kita, pada blokmate yang setia mendengar bebelan kita, (pada classmate yang diclaim tak abis-abis menyusahkan kita) pada mereka ini ucapkan Jazakallah..Alhamdulillah kerana Allah telah mengirimkan mereka kepada kita..Subhanallah kerana Allah maha mengetahui bahawa mereka ini adalah insan terbaik yang dikirim Allah untuk bersahabat dan bekerja dengan kita!Bukan senang melayan karenah seorang sahabat! Sedang kita meminta macam-macam untuk memuaskan hati kita, tanpa mengira berontak hati si dia...Bukan senang memahami hati seorang wanita sedang kita tak putus-putus meminta dia memahami kita!..Kerana itu pada sahabat-sahabat ini, saya dengan penuh rendah diri, seikhlasnya,memohon ampun dan maaf atas segala khilaf yang senjaga atau tidak yang pernah atau akan dilakukan sepanjang perkenalan ini..Selagi iman masih dihati,saya tidak pernah membenci kalian, sekelumit pun tidak!..Jika tidak pernah saya mengucapkan ini maka saat ini, saat kalian membaca entry ini, resapkanlah ke dalam hati kalian bahawa:

"Akhowat, aku mencintaimu, (jari saya berhenti sejenak sebelum menyambung ayat ini!) kerana Allah".


Jari saya terhenti kerana hati saya tahu besarnya makna perkataan itu!Hati takut saya tidak mampu menzahirkannya..Bilamana saya cinta kalian kerana Allah, maka saya mesti merelakan; hati kalian didahulukan, ukhuwah ini diutamakan, rasa sensitif perlu ditolak tepi, geram dan benci disingkir dari hati, husnuzan sentiasa diamalkan, senyum mengayuti bibir setiap masa,hak ukhuwah ini ditunaikan, ikhlas menyayangi kalian...Sedang itu semua bukan mudah!..saya bukan malaikat yang imannya konsisten sepanjang masa, bukan jua **** yang tak punye hati dan perasaan, bukan saidina Umar r.a yang ditakuti syaitan hingga lari pecut menjauhinya (sedangkan syaitan berlumba-lumba membisikkan penyakit hati ke dalam hati saya!), bukan Rasulullah yang akhlak seindah Al-Quran! Kerana itu, jika saya terlupa menghulur salam katakanlah "Assalamualaikum ct!"..Jika saya terlupa memberi senyum, ucapkanlah "Ct sangat cute bile senyum!" (ehek!)..Jika saya terlebih marah, ingatkanlah agar tidak dikuasai syaitan...Bila terbuat silap, tegur seikhlasnya..jika saya terlupa mengucapkan sayang, mintalah "CT, mana hadiah saya??.."


Kenapa saya menulis begini?..hmm, semuanya kerana peristiwa-peristiwa tadi, punya kalian sebagai sahabat, punya pengalaman sebagai tarbiyah, punya parents sebagai lubuk sayang, punya kakak-kakak sebagai tempat mengadu, (extra untuk saya; punya sepupu sebagai tempat PAU!haha..sepupuku jangan marah!), semua ini adalah bukti sayang Allah pada kita..Sebagai pencipta DIA tidak pernah mengabaikan kita..Sebagai pencipta, DIA telah menunaikan hak kita, sebagai pencipta DIA telah menzahirkan nikmatNYA pada kita..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??" (ar- rahman)

Tak bolehkah dengan nikmat yang cukup banyak ini, dengan kasih yang melimpah ruah ini, kita kongsikan sejenak dengan insan sekeliling kita?..Biar mereka juga merasai nikmat sayang dan disayangi kerana Allah..Biar mereka juga merasai betapa indah hidup dibawah perhambaan kepada Allah..Justeru, sahabatku (dan saya juga!) sampaikanlah kepada mereka tentang islam... Kerana asas dakwah ini ialah sayang!..Siapa yang tidak menyampaikan maka merekalah orang yang kedekut kasih sayang! Merelakan keluarga, sahabat dan saudara ditarik syaitan ke dalam neraka!


nota kaki@tangan: Maaf,jika tersilap bahasa..Tidak ada niat untuk menfire sape-sape..sekadar peringatan untuk diri yang alpa..


.

12 comments:

  1. waah...cik siti...
    banyak menjurus pada saye nih...
    ish..ish...
    sempat promote blog saye plak...baguih2...publicsiti....
    sekolah convent????rumate yang slaluu tapaukan makanan...???hmm...cam kenak jek...
    ehehe...
    Saya juga mencintai kamoo...
    afwan kerana saya bukanlah seorang sahabat yang baik...

    ReplyDelete
  2. #ALAQ..

    Pada dia yang pernah membeli makanan, menapaukan makanan, membenarkan dirinya dipau, merelakan dirinya membuat air best, mendengar bebelan,apa sahaja pergorbanannya, ade nilaiannya..ucapkanlah, saya sayang awk..dan balaslah kebaikannya sebagai menunaikan haknya..

    ReplyDelete
  3. untuk adik2 akak yg disayangi.. wahwah rajinnye update blog. akak yg cuti pjg ni pon x update sgt..

    anyways.. kitorang akak senior
    tetiap pagi ade conference.. pkl 7 pg a.k.a. kulsem.. tp so far x de junnior pun join.. kalau korg free ke join la n promote la gak kat member2...

    add ym akak aisyah_humaira_89@yahoo.co.uk

    byk gak akak nak sembang ngan korg ni b4 masuk kmb

    =)

    ReplyDelete
  4. adik2 akak yg bakal mnjadi kakak,
    moge2 korang sume jd lebih baik dr kami yg x seberapa ni.

    siyes sronok dgn adik2. byk sgt2 belajar thru kulsem, qiam kat surau (walaupon terlentok cm ape je...), senamrobik matahari..woooo...

    rindunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
    take care utk korang yang bakal masuk sem 3 n menerima adik2.
    jgn buli tau!~ :p

    ReplyDelete
  5. sob..sob...
    insya Allah akan dipraktikkan...
    dimulakan dengan komoo....
    aku centa pada mu!!!!
    trimakasih sahabat atas ukhuwawah ini, atas keberadaanmu tatkala aku dilanda badai...
    moga Allah menyatukan hati-hati kita buat selamanya....

    ReplyDelete
  6. siti,
    sesungguhnya kasih syang yg ikhlas itu diibaratkan spt daun yg berguguran satu persatu... hanya Allah yg dpt menentukan masa, tmpt n saat jatuhnya daun itu krn kita sbg hamba yg lemah tdk mengetahui tntng zatNya dan hanya mmpu berdoa agar ttp berada d ats jalannya...

    Alhamdulillah... Allah swt tlh mmpertemukan frh dgn siti yg tlh bnyk mengjr erti hidup...

    trima ksh siti...

    ReplyDelete
  7. #Kak aisyah ismail..

    nak join gak insyaAllah..erm,silelah up date blog akak lagi..sy suke bace..

    ReplyDelete
  8. #kak aisyak razak..

    saya pasti rindu ketemu akak lagi espesily time qiam..haha,sponge bob sy pun rindu akak tau!..tapi tangan dia dah patah, shbt2 saya patahkan..ha, jahat x?...nak mintak ganti rugi kt drg...

    ReplyDelete
  9. #YARD..

    erm,semangat?..

    mitochondria bertambah kot!..

    Doakan moga sume trus thabat..

    ReplyDelete
  10. #ALAQ..

    hmm..xtau nak ckp aper..haha..tapi sy membace komen awk ngan hati..cume tdk bisa mbls..mood menulis digantikan ngan mood nak buat math..

    ReplyDelete
  11. #FARAH FADILAH..

    "jika Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNYA maka DIA akan memberi kefahaman dalam agama.."

    syukuri nikmat ini..

    kongsikan dgn sume..

    saya cume alat, Allah yang memberi hidayah..

    Jazakallah pada sume..saya sayang kalian..

    ReplyDelete