Monday, December 7, 2009

..SESUNGGUHNYA DIA DEKAT..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Usai solat maghrib dan mathurat, saya turun ke bilik...Alamak laparnya, tak makan nasik lagi ari ni, xsempat!waa!...nak tengok stok makanan..herm tade ape lak..Aish, lapar tahap cipan ni..(bukak beg duit..)Alamak! sesen pon tade..(sedey)...Telan air liur je, rasa nak makan nasi food court... Menilik hp, ada mesej..Hurm..
Sender: AL*Q COMEy
"Ct, makan sedap malam ni..jom!"

Reply: "owh yeke?kat mane?"

Sender: Kat food court la..

Reply: ada ape ni?Saya takde duit la alaq..Afwan takleh join...

Ci*h lak sampuk, "Eh ct takpe lah, meh ciah belanja.."

Segan tapi lapar (sengal)..."Takpe la ci*h..simpan je duit untuk adik2"..

"Eh takpe, mak ci*h dtg minggu lepas, so tgh banyak duit ni.."

"TAkpe ke?.."

"Takpe..meh ci*h blanja.."

"k.." (muka smiley)..

*****************************************************************

Usai qiam dan subuh dengan adik-adik...Duduk dan berbincang serta bertanya khabar dengan sahabat-sahabat....Sedeh dengar cerita dia..sedar Tak sedar dah lepas masa breakfast, ni kalu gi DS mesti habis saya kena marah ngan makcik-makcik baik hati tu..."TAkpe lah, tgu sampai lunch je.."

Tetiba,.."k.ct...Ni kami tapaukan nasi untuk akak.."...Adik-adik yang periang tu menghulurkan bekas penuh dengan nasi..

Menjerit sahabat-sahabat!

"Wah ct, baik nya adik hang!..."

(Mata berair..)..diam tak terkata..

"time kasih adik.." (sape je yang tau saya tengah lapar?...)


*****************************************************************

Dari pagi saya duduk menghadap nota chemistry..Malam tadi sampai lewat malam melayan si adik nan sorang..Yang dah lama saya abaikan..(Akak tahu awak baca)..Maafkan akak sebab dah lama tak tanya khabar...

Lepas zohor, hehe..Lunch time!haha..nak makan!Tetiba,Bilikku dikunjungi adik yang lain..Tak jadik nak gi makan..(takpe la)..

"Akak..Nak tanya..ada orang suruh tanyakan..Napa akak nangis malam tadi..?''

Ek...Saya telan air liur..(kena jawab ke..)..

"Em..Takde pape lah.."

"Eh..atom ni mmg jupa ngan molecule ni..bla..bla.." Saya mengarut untuk mengubah topik..

Bila dah lama..dia tersedar lak..

"eh jap akak..Akak tak jawab soklan saya...Napa akak..?"

Ye adik-adik...akak tahu kalian sangat caring..Sangat..more than what i've gave..

Teringat kata-kata seorang sahabat,

"Kita takleh nangis depan adik-adik..saya setuju sebab adik saya pun cakap kalu akak down kitaorang lagi down.."

Saya teringat peristiwa saya terkantoi bila seorang adik saya terserempak saya yang tengah berendam air mata..Ingatkan dah tersorok, rupa-rupanya tak...Walaupun sy tak cakap pape, tapi malam tu hp saya bising dengan mesej bertubi-tubi mereka..(terharu bila membacanya)

"akak tak nangis lah..Malam tadi akak tido lambat...Kan malam tadi adik beradik awak tido bilik akak.."


haha....i know i cant lie..i know when i have to cry, i cant even stop the tears...i know its not because of ego, but because i have to show good example to them..

bila dia balik..Tengok jam...da lepas lunch time lagi..(hoho..)mujur da makan sket pagi tadi..haha..

TAk lama lepas tu...I got a call..

"akak kat mana?"

"kat bilik, napa?"

"Saya tertinggal barang...nak gi bilik akak amik.."

"ok"..

Dia datang bersama burger spesel ayam dan abc lagi...Owh..(sape je tahu saya lapar?)

"Adik, napa susah-susah ni?.."

"Takpe la akak...Saya buat akak terasa..saya mintak maaf.."

"Tak lah..awak takut akak terasa dengan awak?..Tak..dan memang tak..akak tak marah pun...Nak tahu something, bila akak menerima kedatangan adik-adik sebagai adik-adik akak, akak dah set kan dalam hati akak, hati akak kebal untuk kalian.."

(smiley...)klik!...(amek gambar!)..



*********************************************************************


Terus menghadap nota chemistry dan math...

Eager membaca sampai dinner time...owh, lupa!,got to make a call untuk program adik-adik ni..Sampai lah maghrib...(mujur da makan burger tadi....)

usai isyak..Membaca lagi sampai roll call..

(Sekali sekala terdetik, lapar!..tak makan nasik lagik ari ni..haha..).haha..tapi x kesah sangat sebab ngah best bace chem...

Masa roll call..terserempak dengan seorang adik ni,tetiba dia tanya..

"akak, akak lapar x?..."

(gulp!...saya berkira lagi..Perasaan tu hanya terdetik je..Sape ja yang tahu saya lapar?)

"Hem...saya beli nudget banyak...Ni amik ni untuk akak..Saya tahu akak lapar.."

(Gulp!..Telan air liur lagi...Sape je yang tahu saya lapar?..Dari tadi saya berkurung je dalam bilik tak cakap kat sape-sape pon...Sape jadi spy ni?")

walaupun makanan itu akhirnya dipau oleh orang lain jugak tanpa belas (apa salah saya?), kenikmatan dan kesyukuran yang dirasakan mengatasi kelaparan yang ada..

"Apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat...Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-KU...Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-KU, agar mereka memperoleh kebenaran.."
(Al baqarah: 186)

Dekatnya Allah, sampai apa yang hanya terdetik dalam hati DIA maha mengetahui..Dan maha halus menilai hati manusia...dan rezeki itu sememangnya sentiasa dari Allah..Cuma usaha itu yang kita persembahkan..

"dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-KU..Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki mereka memberi makan kepada-KU..Sungguh Allah, Dia-lah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh..."

Berikan setiap perbuatan kita sedikit nilai..Belajar bukan untuk dapat result baik semata-mata tetapi paling besar untuk kita faham dan untuk Allah semata-mata..Berikan sume efforts kita itu sedikit nilai..Apa lagi nilai yang terbesar kalu bukan kerana Allah?..Infak duit bukan untuk dapatkan return walau Allah janji Allah gantikan dengan sesuatu yang lagi besar, tapi berikan infak itu sedikit nilai..Apa lagi nilai yang terbesar kalu bukan kerana Allah?..Berikan sahabat kita sedikit nilai, apalagi jika bukan ukhuwah kerana Allah?..Pegi program bukanlah untuk kelihatan hebat di mata orang lain atau sebab takut dengan kakak-kakak (anak usr*h saya la tu?) tapi berikan program itu sedikit nilai..Apa lagi nilai yang terbesar kalu bukan kerana Allah?..Kerana DIA tahu dan menghitung setiap gerak langkah dan denyut nadi hambaNYA, berikan semua perbuatan kita sedikit nilai..moga beroleh keuntungan yang besar..
****************************************************************


Sekian cite makan..Kisah benar tade tipu..Harap dibaca selaras dengan pemahaman saya..Jangan ngada-ngada nak tokok tambah lak..






11 comments:

  1. siti!!!!!!!!!!!


    saya cam nak nangis je baca post nie..
    iskh3..=(((

    T_T


    sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat..

    insyaAllah..


    truskan langkah berjuang sahabatku!..


    =)

    ~ fieqa ipba (sje tukar nama.=p)

    ReplyDelete
  2. kuatnye makan
    ha3
    hurm
    bdk2 pmpn mmg rapatkan dgn kakak2 diorg
    dak2 laki pon ape kurangnye..
    ape yg beza..
    "yard..jom lawan dota(game)"
    ha3
    kami rapat juga~

    ReplyDelete
  3. posisi kita sebagai murabbi/murabbiah mengkehendaki kita supaya kuat 24/7 meski kadang2 kita rasa tak mampu lagi nak tahan kekuatan dalam diri yg lemah..

    kita sedar yang kita tak boleh lemah di hadapan adik2, di hadapan mutarabbi kita...

    ia sangat2 memerlukan mujahadah yg maha tinggi.

    dan dalam hati kecil kita berbisik, "ya Allah bantulah daku. kuatkanlah daku".

    dan kita yakin Dia mendengar rintihan hati kita..cukuplah dengan itu untuk mengubat hati kita dan membuatkan kita merasa bahagia..

    ReplyDelete
  4. #Tulip putih melepak

    Setiap nafas kerana Allah..

    ReplyDelete
  5. #YARD

    Moga dengan makan itu boleh menarik mad'u2 yang mempunyai minat yang sama

    ReplyDelete
  6. salam. tersentuh hati bila membacanya.
    "sesungguhnya jika kamu menolong (jalan) Allah, Allah akan menolong kamu dan meneguhkan hati kamu"

    ReplyDelete
  7. "Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia, dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.." =))

    ReplyDelete
  8. huk2..

    mmg saya baca.. saya juga da balas dlm blog saya.. ngeh3x..

    ReplyDelete
  9. salam alayk sahabat....
    setelah lama mengenali diri itu, mmg diketahui bahawa diri itu dan makanan mmg tidak dpt dipisahkan.. tp Allah lebih mengetahuinya kn...

    p/s: saya dah mengarut, tp saya nk gak ckp.. saya rindu kite berbual2 mcm dulu... dh lama xbegitu~

    ReplyDelete
  10. salam.. kiutla.. dan sgt bagus sebab enti sgt suker chemistry..

    ReplyDelete