ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Ditujukan khas buat adik-adikku dan sahabatku yang kuat dan menguatkan...
Langkahan ke bilik seorang adik, menemukan dengan dia yang sedang menangis..
"Kenapa dik?"Puas bertanya hingga akhirnya dia membuka mulutnya..
"Saya rasa kosong kak.." saya tertampar dengan keadaannya...Terasa belum cukup memberi walau pada hakikatnya dia bukan lagi menjadi amanah saya...Terasa masa yang dihabiskan bersama sebelum ini belum cukup untuk menjadi bekal baginya...
Malam sebelumnya, saya menerima komen yang sama..
"CT, saya rasa jauh dari Allah..Saya rasa kosong je.." Mengalir airmatanya mengenangkan rasa yang ditarik kerana kealpaan diri...
"Ya Allah, andai bisa ku membantu semuanya, kuatkanlah..."
Dalam keadaan diri sendiri yang juga kurang terjaga, saya minta maaf atas semua yang merasa kosong...Maaf kerana belum cukup menguatkan kita semua...
sekadar sedikit coret-coret dengan harapan ia boleh menjadi ingatan untuk kita bersama.. Bila lama tidak mengingatkan, kadang-kadang boleh jadi kita juga lupa diri... Kerana sesungguhnya bila peringatan diberi, ia bukanlah semata-mata untuk orang yang mendengar, sebaliknya ia adalah untuk kita yang memberi...
Hakikatnya,pada saat ini, kita bukan lagi patut menjadi anak-anak yang dispoonfeed kan tetapi menjadi pemuda/rijal yang sentisa curious dan mencari..kerana hakikatnya al quran itu adalah untuk orang yang sentiasa berkehendak...(at takwir: 27-29).. carilah sesuatu untuk mengisi setiap kekosongan itu dan tidak membiarkannya berlalu begitu sahaja...BUat sahabat-sahabat, walau di mana anda berada, kerana iman itu naik dan turun, kuatkanlah sahabat yang memerlukan..agar kita sentiasa menjadi bangunan yang tersusun kukuh...kuat dan menguatkan..
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayangKatakanlah, "aku berlindung kepada Tuhan-Nya manusia,
Raja manusia,
Sembahan Manusia,
Dari kejahatan Syaitan yang bersembunyi,
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia...
(an-naas)
Sesungguhnya, kejahatan itu bersifat bersembunyi, sekejap ada dan sekejap tadek..berlindunglah kepada Allah dalam segala hal..moga itu menjadi permulaan dalam usaha mengembalikan rasa yang hilang...buatlah kebaikan sebanyaknya..bacalah surat cintaNYA, moga dari situ kita ketemui kekuatan paling besar..jangan pernah berhenti berharap kerana sesungguhnya Allah yang maha penyayang tidak akan pernah melupakan hambaNYA...dan DIA tidak pernah menyiakan rasa..Tetaplah kita pada keinginan untuk rasa best itu kembali lagi..hingga saaat DIA mengekalkan..
....salam dari jauh tapi dekat....
No comments:
Post a Comment