BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
Kalau mengikut kalendar masihi,hari ini genap 18 tahun saya bertapak dibumi ini.Satu tempoh masa yang agak panjang,kalau membina syarikat besar mungkin dah maju dah..Sekadar refleksi pada umur yang tersisa ini,semakin hari kematian semakin menghampiri tidak ditunda sedikit pun..Hidupku hanya untuk mati kerana inilah tempat saya dan anda menyediakan bekalan untuk hidup yang kekal abadi nanti..Hidup ini satu ujian maka jawablah soalan ujian ini mengikut skema yang ALLAH tetapkan bukan mengikut skema manusia kerana nanti yang menjadi pemeriksa kertas ujian kita ialah Allah yang mAha Adil..
Pada usia menginjak ke 18 tahun saya masih merasakan banyak benda yang belum tertunai dan sebahagian besar usia yang berlalu dihabiskan dengan menjawab soalan ujian mengikut skema manusia..Astaghfirullah..Saya baru di beri kenal tentang islam semula pada saat usia telah mencapai 17 tahun dan hari ini belum pun setahun saat hidup dalam keadaan itu..Mampu masa yang belum setahun ini menampal lompang pada usia sepanjang 17 tahun itu??..17 tahun itu bukanlah satu tempoh singkat,saya berjalan dan bertatih mengenal hidup,membina bangunan hidup sekukuh mungkin,mengikut arus manusia amnya,menjadikan cita-cita itu sebagai matlamat,meletakkan hidup itu satu keyakinan dan kematian itu hanyalah sekadar pengetahuan...Semua yang dibina dalam 17 tahun ini diruntuhkan dengan hancur berkecainya dalam masa 2 hari satu malam dan di atasnya dibina tapak hidup baru menggantikan apa yang diruntuhkan..Satu bangunan yang cantik,indah tapi memerlukan pergorbanan yang bukan sedikit untuk membina dan mengukuhkannya..Ramai manusia memandnag jelek pada binaan ini,biarlah kerana pemeriksa ku adalah Allah..Hampir setahun bangunan itu diruntuhkan,banyak perubahan yang berlaku pada diri dan mencuba sebaik mungkin menjadi nila untuk mempengaruhi juga keadaan sekeliling..Persoalan ini bermain di fikiran,Sudahkah saya menjadi sebahagian daripada islam atau saya masih sekadar bermain-main dipinggirannya saja????...InsyaAllah jika sekarang pintu ini belum mampu saya tembusi sekarang,satu hari nanti pasti saya buka juga dengan kuncinya yang betul sekalipun saya perlu membayarnya dengan harga yang mahal..Moga usia yang tersisa ini lebih bersih dan dibersihkan..Moga tidak ada lagi jahiliah yang berani bercampur dengan benih islam ini..
Buat Mereka yang kutemui sepanjang perjalanan ini,penunjuk jalanku menuju jalan yang lurus itu terima kasih tidak terhingga..Sabda Nabi:
"Jika Allah memberikan hidayah kepada Seseorang itu lantaran kerana usaha kamu,maka itu lebih baik daripada apa yang ada dilangit dan dibumi.."
Moga kita terus thabat di atas jalan ini..
Semalam,sahabat-sahabat dan naqibahku,Kak Ai**ah yang come,berserta seniors yang nakal telah memberikan rasa indah pada ukhuwah ini..Lakonan yang ditunjukkan oleh orang-orang Mpac (satu kelab drama kat KMB) memang mantop..Mujur saja saya pada waktu itu tersangat letih hingga malas nak memikirkan helah mereka,membiarkan sahaja apa yang berlaku mengikut perancangan Allah..Akhirnya,apa yang berlaku???..huhu,saya dimandikan dengan tepung gandum umpama ikan celup tepung dan siap untuk digoreng...hihihi,walaupun agak kijam,tapi hati menghargainya...Sekurang-kurangnya mereka terpaksa juga memikirkan helah terbaik untuk mengenakan saya pada besday ini..Jazakillah semua kerana berusaha menghiburkan saya..korang memang mantop!!TERBAIK AR!!..
"DIALAH,yang telah menurunkan ketenangan kedalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka(yang telah ada).Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi dan Allah maha mengetahui maha bijaksana."
(al Fath: 4)
Terima kasih sangat-sangat untuk semua ini..Bukanlah pemberian yang mahal-mahal yang diharapkan kerana harga ukhuwah ini lebih mahal dari itu..Tak boleh dibeli pun..
"dan DIALAH(ALLAH) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh DIA maha perkasa,maha bijaksana."
(al Anfal:63)
nota Kaki@tangan: Moga ukhuwah ini lebih mantop dan mendapat redha Allah..Moga kita semua thabat di atas jalan ini..
Darimu ku temui diriku,
Keranamu aku terus melangkah,
Denganmu aku kenal islam,
Bersamamu menuju Allah...
MOGA YANG TERBAIK UNTUK KITA..
salam...
ReplyDeleteselamat ari jadi..
sowie la akak join budak2 nie kenakan awak...huhuhu
semoga ukhuwah terjalin ini berakhir di syurga akhirat kelak...
amiin