Monday, November 24, 2008

..My File-so-phere of Lie-f..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Anda ada falsafah hidup?Org2 yg belajar filosofi pasti lebih berfalsafah,kan?Budak2 KMB x terlepas r sbb belajar Theory of Knowledge.... (: ??? )


Hidup adalah tentang sebuah keyakinan dan perjuangan ; keyakinan dan perjuangan untuk mencari sebuah kebenaran.Pencarian kebenaran apakah?Tanpa kita sedari,kita hidup dalam perjalanan mencari redha Ilahi.Itupun jika kita berjaya menemui kunci kepada hakikat pencarian itu.Kunci?Hmmm….bayangkan kita hendak keluar rumah untuk menempuh sebuah perjalanan.Kena r keluar dari rumah tu dulu,kan?Dan rumah tu pulak dah tentunya berkunci,kalau bukan exactly time kita nak keluar tu pun,pagi2 lagi mesti kita buka kunci pintu kan?Kunci bagi kita untuk menempuh pencarian kebenaran itu adalah kesedaran tentang hakikat 3 persoalan….Wah…ni baru soal kunci,inipun macam kena hurai panjang jer ;p

Apakah 3 persoalan itu?..

Jeng3…

1.Dari mana kita berasal?
2.Kenapa kita ada kat sini?
3.Ke mana destinasi?


Ha,siapa ada semua jawapan???
Wah,kalau ada yang dah ada jawapan,saya respect r!Tabik spring!Anda dh boleh melangkah jauh jika anda mampu memberi jawapan terbaik dan tepat,plus anda dah boleh berlari.Kalau ada yang masih mencari2 jawapan,kita ibarat bayi yang sedang belajar merangkak…Tak pe r,kita belajar perlahan-lahan ek…Jangankan kerana nak cepat berlari,akhirnya kita tersungkur hingga tak mampu bangun..

Mencari jawapan kepada persoalan ini sebenarnya adalah pokok atau batu asas kehidupan seorang insan.Batu asas ini telah ditetapkan oleh Sang Pencipta ke atas makhlukNya,nak tak nak kita memang akan tertanya2 pada diri sendiri or kita tanya kt orang lain,utk dpt jawapan.Kalaulah jawapan tu dah didapati,pastinya tak ada masalah utk kita buat apa2 yang disuruh.Maksudnya,kunci ketaatan adalah sedarnya kita akan hakikat hidup yang mana kita hendaklah mencari Sang Pencipta.So,hidup adalah sebuah perjalanan keyakinan sebuah perjuangan mencari Sang Pencipta @ Rabb.Huh…tu definisi hidup yg didefinisikan oleh saya secara tepat & padat,insyaAllah…hehe…( suka2 hati jer saya ;D )

Eh,lupa pule!Saya nak minta tolong kawan2 bagitau kt saya apa jawapan anda bg soalan2 di atas.Nak tanya orang boleh,nak surf internet boleh,ataupun nak tengok skema pun boleh…tapi kalau nak guna skema,kena cari sendiri r.Saya kena check balik skema saya…tak sure anda boleh access ke tak,tapi skema tu dekat je kot... ;>

2 comments:

  1. skemanya...

    1) Al-Quran Al-Karim
    2) As-Hadith

    ReplyDelete
  2. Salam..

    *Akmal hayat*
    Entri tu dipostkan oleh k.ct sebenarnya..Kenalah tanya die ape skema yang dia nak..hehe..Tapi rasenya ada entri ana sebelum ni yang menjawab sume tuh..

    ..Skema tepat hanyalah skema Allah..

    ReplyDelete