Friday, June 5, 2009

..CERITA PENDEK (CERDEK 1) ..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.b.t..

Atas permintaan ramai, terimalah KERANA DAKU!..sebuah cerita pendek bukan cerpen yang belum siap ditulis..Bakal disudahkan insyaAllah..


*****************************************************

..KERANA DAKU..

Humaira memandang sekeliling.Gelap dan sejuk. Mengingatkannya pada keadaan kubur yang sejuk dan gelap ditemani tanah kiri dan kanan. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Dia terjaga akibat mimpi yang dialami sebentar tadi tapi berkali-kali dia cuba mere’call’ kembali mimpinya, namun gagal. Dia cuba melelapkan matanya kembali namun keras matanya menghalang fizikalnya terus berehat. Dia membuka lampu dan mengambil keputusan untuk mengadakan qiamulail.

Sebaik pintu biliknya dibuka, angin malam menerpa masuk menghembus mukanya. Seram sejuk rasanya. Dipakainya selipar dan menuju ke tandas yang terletak ditengah-tengah blok. Dia perlu berjalan jauh memandangkan biliknya berada di hujung blok. Jantungnya berdegup kencang seakan-akan membentuk satu alunan muzik untuk kakinya terus melangkah. Terlintas dihatinya bermacam-macam gambaran berdasarkan cerita-cerita seram yang pernah ditontonnya. Teringat hantu kepala penggal dan hantu pocong yang ditontonnya dalam KOLIWON.. Tak lupa, muka hantu yang buruk cerita Jangan Pandang Belakang Congkak yang keluar di pawagan 4 june ini. Wah, semuanya menakutkan. Dia mula membayangkan bayang-bayang putih terbang di atas kepala dan atas atap bloknya. Dipandang sekilas namun matanya menafikan perasaannya.

Dia menyakinkan hatinya sendiri, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Takut kepada makhluk yang diciptakan Allah boleh membawa pada syirik. Sedang takut dan harapnya seharusnya hanya pada Allah. Dia mulai sedar makhluk-makhluk ini sememangnya wujud namun mereka takkan mampu berbuat apa-apa tanpa izin PENCIPTAnya..Lalu hatinya kembali tenang. Rasa takut mula diusir pergi dari hatinya. Dia mula bergantung harap pada Allah untuk melindungnya dari kejahatan makhluk yang diciptakan dan dari kejahatan malam yang gelap gelita.

Sempurna membersihkan diri dan usai wudu’, Humaira kembali berjalan ke biliknya. Tiada lagi rasa takut yang menguasai hatinya. Semuanya dihilangkan bila saja dia ingat kepada Allah yang maha besar.

Malam itu, sekali lagi dia menghambakan diri kepada penciptanya,mengadukan segunung masalah-masalah yang memenuhi kepalanya hingga menganggu tidurnya. Dalam sujud panjangnya, dia berdoa dengan penuh rasa takut akan azab-azab Allah yang maha pedih dan dengan penuh harap diampunkan dosanya yang melangit tinggi itu. Sungguh dia takut dosa-dosa ini tidak terampun, amal-amal selama ini tergantung antara langit dan bumi, riak selama ini menghalang amalannya diterima Allah.

Air mata laju membasahi pipinya dan meluncur turun ke sejadahnya. Dia puas. Hatinya benar-benar tenang. Kekalutan terhadap mimpi dan masalah disiang hari terasa terubat dengan hanya bercerita dan mengadu padaNYA. Sungguh, DIA yang menurunkan ujian dan DIA jugalah yang akan mengangkat beban ini dari bahu hamba-hambaNYA. Dia tahu sebagai hamba, dia tidak layak untuk mengatakan “tidak” pada ujian yang diturunkan Allah. Dia tidak layak mengeluh kerana dia milik penciptanya, yang berhak menguji dan mengambil apa saja darinya. Yang berhak dan berkuasa sepenuhnya ke atasnya.

Humaira redha andai ujian ini ditakdirkan susah, payah dan pedih, namun satu doanya, moga Allah terus memberikannya kekuatan. Agar dia tidak berputus asa pada rahmat yang mendatang. Dia tidak minta dipermudahkan kerana ujian itu meningkatkan darjat iman. Dia tidak meminta dimudahkan kerana yakin Allah mengetahui kemampuan hambaNYA. “Yang sukar itu, banyak pahalanya” dia teringat pesan sahabatnya. Usai solat, dia duduk sebentar, mengimbas kejadian-kejadian yang berlaku seminggu dua ini.

*******************************************************************

14 comments:

  1. wah
    mantap2
    sambung2
    hu2

    Humaira sedar mitochondria dakwahnya semakin berkurang....

    tlg smbg cite nie siti
    ha3

    ReplyDelete
  2. siti..
    bes2... smbng2...
    frh doakan agar kita smue ttp berada di atas jalanNya...
    windu siti... wndu smuenyer...

    ReplyDelete
  3. hmm, sedikit musykil ngan komen yard. mitochondria dakwah? itu metafora ka?

    sila smbg dear shbt. mau baca. :)

    ReplyDelete
  4. #YARD..

    hmmm..nni malas nak sambung nih..ape kate cik yard jek yg sambung?..

    ReplyDelete
  5. #Farah fadilah..

    Amin..teruskan berdoa ek...


    inshaAllah akan disambung..korang harap bersabar..biar a entry tuh sejuk dulu.

    ReplyDelete
  6. #LIYANA.

    Cik yard ni kan org berseni..nak pratik biology jugak (walaupun die senarnye ambik engin!)..haha..Mitochondria kan menghasilkan energy..bile kurang, energy kurang..xleh nak bernafas..sesak nafas, sakit jantung n masuk spital..sebab tuh xleh nak teruskan dakwah..

    pendek kate moralnye, jagalah kesihatan..sekian, harap maklum..

    ReplyDelete
  7. slm..
    hehe.. knape la bilik dye mesti kt hujung blok..
    aishhh.. yg psal lembaga jam 3.00 pg tu.. cm prnah dgr lak pristiwa nih.. seram sejuk slama 2 ari.. ngeh3..cm lupa pd Tuhan plak.. malu dgn Allah..

    ReplyDelete
  8. wah wah wah
    korg pon dgr psl bnde 2
    ish
    nnt dia gigit br tau(cbe menakut2 org..walopon ak tau x jd..ha3)

    ak smbg skit ye..he

    _________________________________

    Tap tap tap...terdengar sesuatu pd atapnya.. adakah makhluk itu lagi?

    bunyinya semakin kuat, angin bertiup kencang,

    aduh.. xreti ar..
    amin rox gmpk bwat bnde2 nie
    ha3

    ReplyDelete
  9. hik hik.. asal guna nama humaira tu? tringat kat akak eh.. tp bilik akak kt kmb tu paling dkot kot ngan tandas.. hahaha


    wah.. ade masa lg nk wat cerpen.. bagus2.. tp cuti ni.. byk2 kn baca buku ea adik.. ilmu n fikrah perlu dtambah =)

    barakAllahufik

    p/s: alaq.. akak masih tunggu cte dr awak =)

    ReplyDelete
  10. salam...
    wah..nie mesti malay A1 da siap nih!!!
    wawa...best2 cepat sambung...
    p/s kak aisyah yang disayangi:
    cite apekah???bukankah saye telah mengeluarkan statement untuk mengclarifykan segalanya?wallahualam..hehe

    ReplyDelete
  11. #RUMETKU!..

    Ngeh3..Lepas ni kalu nak kuar bilik, ajak ana gak!..haha..Nak gi sahur same2 gak kali nih!..

    ReplyDelete
  12. #YARD..

    haha..tapi, kureng perasa sikit..kena banyak lagi tengok cite seram...haha..(Jangan ikut saya!).

    ReplyDelete
  13. #Kak. Aisyah ismail..

    salam..

    hem, sy still ternanti2 juga cite ape yg alaq nak smpaikan kat akak..haha..humaira..erm, ade kaitan gak a dgn name akak..tapi maybe xde kaitan ngan idop akak..haha

    ReplyDelete
  14. #ALAQ..

    nasi goreng paprik jgn lupe krn menyebarkan khabar angin yg bertiup kencang nih!

    ReplyDelete