ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Aku melihat adik-adikku,
mereka masih anak-anak,
namun mereka memulakan setiap langkah dengan bismillah..
Moga aku membawa mereka kepadaMU..
Jangan jadi umar!
..tu je..
-TAMAT-
..TuNJuKKaN Ku JaLaN Yang LuRuS, SeKaDaR DeBu BeRTeRBaNGaN MeNYeBaRKaN DeBuNGa IsLaM..
Selainnya… masa kami banyak dihabiskan dalam kereta kecil kami. Ke sana dan ke mari…menunaikan tanggungjawab diri dan hak2 orang-orang lain ke atas kami. Ke Kuantan menziarahi emak dan abah saban minggu, berhari raya Qurban di Teluk Intan (pertama kali merasa disengat tebuan semasa mengait rambutan di laman rumah..hehe!) dan hujung minggu biasanya diperuntukkan untuk dakwah. Tambah pula musim-musim menunggu keputusan SPM ini. Setiap minggu pasti kami terlibat membantu dalam program lepasan SPM untuk adik-adik. Dia di depan sana memberi pengisian dan saya hanya menjadi ‘panadol’ merawat kepeningan adik-adik di bahagian akhowat. Pastinya pengalaman ini jauh berbeza dengan medan di luar negara sana. Terasa diri keluar sebentar dari kelompok insan-insan terpilih, si bijak pandai di bumi asing itu. Dan masuk pula ke dalam kelompok adik-adik yang baru mahu kenal dunia selepas keluar dari lingkungan pagar sekolah.
“Akak.. baru sekarang saya faham konsep Qada’ dan Qadar. InsyaAllah lepas ni saya dah takkan takut-takut lagi dah bile fikir tentang hidup… Allah dah atur semua kan?”
“Ya Allah akak..bayangkan.. dah 17 tahun saya hidup dengan hidup yang tak ada tujuan yg jelas. Yang kalau ada pun bengkok sama sekali. Baru hari ni akak… baru hari ni selepas 17 tahun saya lahir saya akhirnya baru tahu apa tujuan hidup saya…”
“Hari ni saya rasa… sesuatu yang saya bina sikit-sikit sejak dari 17 tahun lepas dihancurkan macam tu saja akak… dan di atas kehancuran tu terbina binaan baru yang lebih indah dan benar. Rupanya selama ini saya tidak sedar yang saya bina selama 17 tahun itu salah sama sekali”
Air mata berlinangan di pipi halus mereka. Hembusan angin Laut Cina Selatan seakan-akan menghembus pergi segala jahiliyah yang ada dan membawa bersamanya suatu permulaan yang baru untuk adik-adik ini. Allah Ya Rabbi… pandulah hati-hati kecil yang suci ini. Saya perhatikan satu-satu wajah-wajah itu dan membiarkan mereka sebentar melayan perasaan. Ada yang menguis-nguis pasir pantai yang halus dan putih itu. Ada yang jauh lontaran pandangannya ke laut lepas. Ada yang masih tekun menulis muhasabah diri di atas kepingan kertas. Pasti nanti rindu hati ini pada mereka. Bagaimana lagi mahu bertemu sedang saya perlu pulang semula ke medan juang di barat sana dan mereka terus di sini dengan haluan masing-masing selepas ini. Hanya doa yang mampu saya panjatkan, moga hidayah dan petunjukNya terus bersama kami semua. Selagi semua di jalan ini, insyaAllah suatu hari nanti kami pasti bertemu lagi. Jika tidak di dunia ini insyaAllah dengan izin Allah di syurga nanti. Masing-masing sudah janji mahu sentiasa berutus khabar selepas ini.
“Saya mahu jadi macam akak nanti” kata si comel itu sambil tersenyum-senyum selepas saya memeluknya erat sebelum berpisah.
“Tidak… kalau boleh akak tak mahu sesiapa pun dari kamu semua jadi macam akak.”
“Kenapa?” soalnya dengan wajah berkerut. Saya hanya tersenyum.
“Akak nak tengok kamu semua jadi jaaaauh lebih baik daripada akak insyaAllah”Siapa tahu suatu hari nanti, mereka inilah yang bakal duduk2 begini bersama anak-anak saya... menyampaikan ilmu dan kefahaman Islam yang mereka peroleh hari ini? InsyaAllah..."Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa" ( Al-Furqan:74)
"Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi Kami.Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?."" (al isra' :90-93) |

Copyright © 2009 .:.KeMBaRa MeNCaRiMu .:. |Designed by Templatemo |BloggerTemplate Converted by BloggerThemes.Net
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates