Monday, October 27, 2008

..KEPULANGAN INI..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…

ASSALAMUALAIKUM W.B.T…

COMPUTER SAYS: ENTRI HIPERBOLA JIWANG-JIWANG..READ AT YOUR OWN RISKS..

Mari dengar saya mengarut lagi..huhu,saat-saat begini hati hanya pandai mengarut je..Penuh berkarat blog ini dengan entri yang mengarut-garut sekali..KARUT-KARUT!!KARUT MARUT!!..HEHE, ape benda yang saya duk mengarut nih??..Mengalahkan tukang karut wayang kulit..hehehe..

Sebenarnya nak cakap,saya gembira dapat balik minggu nih…Dah lar next week banyak test including food test, dna test, standardize test, iman test, hati test, ukhuwah test, pilihan raya test dan segala macam kerja yang boleh diletak test kat belakang dia..(sebenarnya 2-3 je pun yang betul-betul test,yang lain itu bertujuan memanjangkan entri termasuklah ayat nih!!..huhuhu <----- dan kata-kata ni jugak..) Dengan semua test yang berlambak ni, akal kata jangan balik untuk buat preparation test memandangkan saya dah lama busy dengan kerja-kerja lain,tapi hati kata nak balik jugak..Mengenangkan janji yang dari minggu lepas lagi dibuat dengan sepupu dan mak sedara untuk balik membantu mereka tapi terpaksa saya batalkan hasrat tu untuk menyiapkan manifesto MPP, ditambah rasa hati untuk bersendiri seketika ditambah keperluan untuk keluar mencari barang keperluan ditambah rasa lapar nak makan masakan sendiri ditambah rindu pada si kecil Munawar ditambah ditolak semua kemungkinan akhirnya saya balik jugak walaupun keadaan KMB yang terceruk itu memang menyukarkan perjalanan saya..Mengenangkan benda-benda camni iaitu masalah transportation menyebabkan akal terasa malas nak keluar dari dunia IB KMB..Apalagi hujung minggu itu seniors telah merancang untuk bawa kami pergi picnic,sedaya mungkin saya cuba mengubah tarikhnya agar lebih ramai yang berpeluang pergi namun kerdilnya diri bila seniors tetap berkeras..Yup mungkin lepas ni tiada masa lagi,kita tidak pernah diberitahu bila ajal kita jadi sedaya mungkin gunakan masa yang ada..Walaupun jauh di sudut hati agak terkilan tapi insyaAllah ada kebaikannya buat diri dan orang lain juga..

Ada sebab paling besar disebalik kepulangan ini,mungkin hati perlukan sedikit ruang untuk memahami semua ini..Perihal dan hakikat tarbiyah Allah dalam hidup,maka saya merasakan saya perlu berundur sedikit untuk mengasah iman agar kembalinya saya menjadi mujahidah yang lebih mantap…Barangkali bila terlalu kerap bersama hati cepat terluka maka jauh-jauhkan sedikit agar rindu dapat berputik..Ada sedih pada mata rumetku bila diberitakan keputusan akhir kepulangan minggu ini,mungkin kesepian yang ditinggalkan itu boleh menjadi penganti diri seketika..Maaf,ana perlu sangat-sangat masa untuk memuhasabah sendiri…Mungkin kesedihan yang dirasakan sepanjang ini perlu dikeluarkan sekejap..ana tidak boleh selama-lamanya berpura-pura..Dan Alhamdulilllah disebalik itu Allah telah mengurniakan hadiah untuk hati ini..TErasa diri begitu diperhatikan hingga apa yang terdetik di dalam hati dizahirkan Allah untuk mengubat luka ini..

Bila sampai disini,saya diberitakan tentang kedatangan ummi yang dirindui dari Terengganu. Wah,Alhamdulillah,hati tak henti-henti melafazkan syukur,barangkali inilah Ubat yang paling best disebalik kepulangan ini.. Mujur saja saya masih tetap dengan keputusan untuk balik dan Allah telah memudahkannya..Sengaja ummi tidak memberitahu untuk membuat kejutan,ye terkejut kalau saya balik kalau saya tak jadi balik tak ke sedih jek.. Alhamdulillah,Allah itu Maha Mengetahui, diberatkan hati untuk balik agar dapat saya melepaskan rindu pada ummi tercinta.. Rindu sangat-sangat.. Barangkali hati ini juga memerlukan sentuhan lembut dari kata-kata ummi untuk kembali meneruskan perjuangan ini.. Agar jatuhku masih mampu bangkit..

Perut juga meronta-ronta meminta haknya diisi dengan air tangan ummi..Rindu sangat-sangat nak makan masakan ummi..Jadi saya dengan automatiknya termalas memasak untuk memberi ruang pada ummi dan memberi ruang pada perut disumbat makanan best-best..Senarai makanan yang best-best hujung minggu ni:..

1. Laksa penang Taste Terengganu made by Ummi.

2. Pau champ made by expert.

3. Ayam masak merah made by Ummi.

4. "Abai" (sejenis makanan champ jgk).

5. Stik (hadiah besday dari pak sedara).

6. Sup cendawan.

7. Tauhu bakar.

8. Sweet potato japan.

Huhuhu,makanan fizikal jek??..
Sungguh saya terasa dimanjakan..Allah itu sentiasa menunjukkan kasih sayangnya dalam banyak benda dalam hidup ini..Even sayangNYA sangat terasa dizahirkan melalui orang-orang sekeliling kita.. Sahabat,ibu bapa,guru-guru dan even strangers..

Ada cahaya pada mata ummi bila melihat keadaan diri,agak kurang terurus dan mujur saja sempat saya makan agak banyak dan tidur secukupnya pada hari-hari teakhir di KMB minggu ini. Justeru perubahan fizikal akibat keletihan mental tidak begitu kelihatan..Walaupun saya sendiri tahu ummi sedia maklum akan kesibukan di KMB ini namun hati tidak boleh menerima bila ummi kelihatan bersedih dengan keadaan saya..Huhuhu,saya bukan dalam penjara ummi,jangan risau,makanku cukup,Cuma KMB adalah pusat terbaik untuk menguruskan diri..hehehe.. Satu tittle baru untuk KMB instead of IB World School…

Lantas ummi sanggup berpenat lelah memasak untuk kembali merecharge fizikalku.. Huhuhu,saya suka nih… Alhamdulillah,saya dikurniakan ummi yang memahami asal saja dia tidak menghalang saya atas jalan ini,asal saja dia masih boleh menyokong saya itu sudah lebih dari cukup.. Saat melepaskan pelukan terakhir mata ummi berkaca..Ada getar pada nada suaranya.. Untuk tidak menghibakan keadaan saya cuba untuk senyum walaupun ummi yang saya kenal pasti tahu ada sebak pada senyumku..Sebaik lambaian ummi tidak lagi kelihatan lagi,ada mutiara yang jatuh dari mataku,setitis demi setitis hingga akhirnya wajahku basah dengannya..Astaghfirullah,hati berzikir bila kembali ke dunia nyata…Lantas zikrullah itu kembali menjadi pengubat rindu dihati..Doa yang tidak putus-putus kembali dikirimkan agar ummi tahu sayangku padanya tidak pernah berakhir... Saya sayang ummi kerana Allah..InsyaAllah,hanya untuk Allah. Pertemuan disebalik kepulangan ini,Berjaya menyuntik sabar,ikhlas dan semangat ke dalam hati..Selamat pulang yang mujahidah Allah..Moga dirimu kembali kuat mengharungi cabaran di jalan ini..Jangan pernah mengalah kerana sedangkan syaitan sendiri tidak pernah berputus asa mengodamu maka wajarkah kita berputus asa dengan ujian Allah??..Allah telah menzahirkan sayangNYA,penawar sudah diberikan,dengarkanlah bicara Allah itu.. Allah sedang menuturkan ayat-ayat cintaNYA,agar dirimu tahu hambaNYA tidak pernah dibiarkan keseorangan..Dengarkan bicara itu duhai hati..

NOTA KAKI@TANGAN: Suka untuk kembali walau diri belum pulih sepenuhnya tapi proses penyembuhan itu bukan sekejap kan?..Proses itu masih boleh diteruskan tika kita bekerja,insyaAllah..


Friday, October 24, 2008

..DISEBALIK..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Saat entri ini ingin dipostkan,sahabat-sahabat dan even diri sendiri sedang bersabar menghadapi ujian hidup ini..Apa yang kekuatan yang kami ada selain bersabar dan berdoa?...Bermula dengan penglibatan kami dalam benda-benda mengarut untuk menyiapkan kerja-kerja dunia untuk mencapai tujuan akhirat kami,insyaAllah..Selesai sebahagian daripada kerja-kerja itu,kami mula melakukan refleksi dan muhasabah terhadap kerja buat kami..Agar niat kami tika bermula dan ketika melaksana dan mengakhirnya tetap kerana Allah..

Hati-hati yang teruji ketika ini pasti menghargai entri ini kerana kalau boleh ingin saya me'summarise'kan pengajaran dan didikan yang didapati dari semua ini.

1. Secara peribadi,saya tidak pernah betul-betul merasai ukhuwah fillah dengan hati,hanya berbicara mengenainya dan berharap untuk merasainya satu hari nanti,dan Allah yang Maha Kaya itu telah memakbulkan doa saya saat ini...Betapa bestnya mempunyai Sahabat-sahabat yang bersemangat saat saya mulai lemah,membisikkan ayat-ayat Allah saat hati mulai lalai,menegur bila kesilapan dilakukan, dan banyak membetulkan bila saya tersasar..Apa yang disampaikan kepada mereka dibalikkan kepada saya,memang betul sesungguhnya bila sesuatu peringatan dan pengisian diberikan,kitalah yang lebih memerlukannya berbanding dengan orang yang mendengarnya..Maka berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk yang memberi dan menerima..

2. Buat sahabat-sahabat yang menegur,saya menghargai seikhlas hati bahkan sangat-sangat berterima kasih dengan peringatan ketika kelalaian mengintai peluangnya..Walaupun hati memerlukan masa untuk berlapang dada,namun masih ia sangat-sangat membantu dalam proses tarbiyah ini..Mungkin ini bicara Allah untuk membentuk sifat berlapang dada yang lagi tinggi dalam hatiku..

3. Seringkali saya mengingatkan,orang yang bercakap akan diuji..Maka itulah yang berlaku kepada sahabat-sahabat yang bersama-sama dengan saya. Allah memberikan mereka ujian satu demi satu agar kita semua lebih 'f'eeling' terhadap apa yang kita ucapkan..Kita takkan betul-betul merasainya sehinggalah kita berada di tempat itu..Yakinlah, ini adalah tarbiyah dari Allah..Janganlah bersedih sebaliknya bergembira dan berbahagialah dengan ujian ini..Kerana ia bukti sayang Allah pada kita..

4. Saya rasa sangat mensyukuri untuk berada dalam keadaan ini,walaupun hati kadang-kadang tersempit dan akal terhenti tapi hati lebih ikhlas bila mengadu kepada Allah..Dan saya yakin,sahabat-sahabat merasai benda sama??,..Betul ak??..huhu,tak baik menipu.. Bahkan kita lebih menghargai ukhuwah ini.Kita sama-sama melihat bagaimana kita saling menguatkan satu sama lain umpama sebuah bangunan yang kukuh,menangis bersama-sama dan merasainya sama-sama..Dan akhirnya kita memuhasabahnya sama-sama..Belajar sama-sama..huhu,korang memang mantop!!..

Best!memang best!..huhu,saya suka saat ini..Bila kita susah kita akan lebih mengenali satu sama lain,lebih menghargai sahabat disekeliling dan lebih sensitif dengan hati sahabat lain..Moga semua dapat belajar dari pengamalan ini..La Tahzan ya sahabat..

NOTA KAKI@TANGAN: UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH,ADAKAH KITA KAN SABAR ATAUPUN SEBALIKNYA?..

Monday, October 20, 2008

..HEPI SWEET 18..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....


Kalau mengikut kalendar masihi,hari ini genap 18 tahun saya bertapak dibumi ini.Satu tempoh masa yang agak panjang,kalau membina syarikat besar mungkin dah maju dah..Sekadar refleksi pada umur yang tersisa ini,semakin hari kematian semakin menghampiri tidak ditunda sedikit pun..Hidupku hanya untuk mati kerana inilah tempat saya dan anda menyediakan bekalan untuk hidup yang kekal abadi nanti..Hidup ini satu ujian maka jawablah soalan ujian ini mengikut skema yang ALLAH tetapkan bukan mengikut skema manusia kerana nanti yang menjadi pemeriksa kertas ujian kita ialah Allah yang mAha Adil..


Pada usia menginjak ke 18 tahun saya masih merasakan banyak benda yang belum tertunai dan sebahagian besar usia yang berlalu dihabiskan dengan menjawab soalan ujian mengikut skema manusia..Astaghfirullah..Saya baru di beri kenal tentang islam semula pada saat usia telah mencapai 17 tahun dan hari ini belum pun setahun saat hidup dalam keadaan itu..Mampu masa yang belum setahun ini menampal lompang pada usia sepanjang 17 tahun itu??..17 tahun itu bukanlah satu tempoh singkat,saya berjalan dan bertatih mengenal hidup,membina bangunan hidup sekukuh mungkin,mengikut arus manusia amnya,menjadikan cita-cita itu sebagai matlamat,meletakkan hidup itu satu keyakinan dan kematian itu hanyalah sekadar pengetahuan...Semua yang dibina dalam 17 tahun ini diruntuhkan dengan hancur berkecainya dalam masa 2 hari satu malam dan di atasnya dibina tapak hidup baru menggantikan apa yang diruntuhkan..Satu bangunan yang cantik,indah tapi memerlukan pergorbanan yang bukan sedikit untuk membina dan mengukuhkannya..Ramai manusia memandnag jelek pada binaan ini,biarlah kerana pemeriksa ku adalah Allah..Hampir setahun bangunan itu diruntuhkan,banyak perubahan yang berlaku pada diri dan mencuba sebaik mungkin menjadi nila untuk mempengaruhi juga keadaan sekeliling..Persoalan ini bermain di fikiran,Sudahkah saya menjadi sebahagian daripada islam atau saya masih sekadar bermain-main dipinggirannya saja????...InsyaAllah jika sekarang pintu ini belum mampu saya tembusi sekarang,satu hari nanti pasti saya buka juga dengan kuncinya yang betul sekalipun saya perlu membayarnya dengan harga yang mahal..Moga usia yang tersisa ini lebih bersih dan dibersihkan..Moga tidak ada lagi jahiliah yang berani bercampur dengan benih islam ini..


Buat Mereka yang kutemui sepanjang perjalanan ini,penunjuk jalanku menuju jalan yang lurus itu terima kasih tidak terhingga..Sabda Nabi:


"Jika Allah memberikan hidayah kepada Seseorang itu lantaran kerana usaha kamu,maka itu lebih baik daripada apa yang ada dilangit dan dibumi.."


Moga kita terus thabat di atas jalan ini..



Semalam,sahabat-sahabat dan naqibahku,Kak Ai**ah yang come,berserta seniors yang nakal telah memberikan rasa indah pada ukhuwah ini..Lakonan yang ditunjukkan oleh orang-orang Mpac (satu kelab drama kat KMB) memang mantop..Mujur saja saya pada waktu itu tersangat letih hingga malas nak memikirkan helah mereka,membiarkan sahaja apa yang berlaku mengikut perancangan Allah..Akhirnya,apa yang berlaku???..huhu,saya dimandikan dengan tepung gandum umpama ikan celup tepung dan siap untuk digoreng...hihihi,walaupun agak kijam,tapi hati menghargainya...Sekurang-kurangnya mereka terpaksa juga memikirkan helah terbaik untuk mengenakan saya pada besday ini..Jazakillah semua kerana berusaha menghiburkan saya..korang memang mantop!!TERBAIK AR!!..


"DIALAH,yang telah menurunkan ketenangan kedalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka(yang telah ada).Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi dan Allah maha mengetahui maha bijaksana."


(al Fath: 4)


Terima kasih sangat-sangat untuk semua ini..Bukanlah pemberian yang mahal-mahal yang diharapkan kerana harga ukhuwah ini lebih mahal dari itu..Tak boleh dibeli pun..


"dan DIALAH(ALLAH) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh DIA maha perkasa,maha bijaksana."

(al Anfal:63)


nota Kaki@tangan: Moga ukhuwah ini lebih mantop dan mendapat redha Allah..Moga kita semua thabat di atas jalan ini..


Darimu ku temui diriku,


Keranamu aku terus melangkah,


Denganmu aku kenal islam,


Bersamamu menuju Allah...


MOGA YANG TERBAIK UNTUK KITA..

Thursday, October 16, 2008

..BERILAH DAN TERUSLAH MEMBERI..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..



Alhamdulillah masih boleh mencuri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu disini..Bermaknanya blog ini kepada saya untuk menjadi tempat meluahkan rasa hati..Moga-moga padanya ada yang pengajaran yang boleh diambil.."Kelesuan selepas bermujahadah adalah lantaran kesilapan langkah pertama",saya hampir-hampir melupakan kata-kata ini..Saat diri merasa tidak berdaya,Allah telah mengirimkan seorang untuk mengingatkan saya kembali dengan kata-kata ini.Mungkin dulu saya sekadar mendengar namun sekarang saya lebih memahami kata-kata ini..Lantas niat yang menjadi sandaran kepada amalan dan perbuatan kita turut dipersoalkan kembali..Moga-moga niat kita sentiasa betul..Ibadat dan Khalifah..Moga terlaksana..
Melalui perjalanan ini Allah sangat-sangat banyak membantu..Dikirimkan juga bantuan sahabat-sahabat yang prihatin supaya saya sentiasa sedar saya tak pernah keseorangan..Semalam adalah anatara hari yang memenatkan namun Allah telah memberi peluang untuk merecharge kembali energy agar saya tak tersungkur lantaran lemahnya fizikal..Pada fizikal dan roh ini kedua-duanya mempunyai hak ke atas diri saya yang perlu saya tunaikan..Badan memerlukan makanan dan rehat yang secukupnya..Roh juga memerlukan pengisian agar hati tidak kosong dan kering tandus..Saat-saat nak menyiapkan benda-benda mengarut yang menuntut pergorbanan di KMB ini,hati terasa memerlukan pengisian..Lalu saya pun mengambil keputusan untuk menyiapkan kerja dunia ini disebelah group usrah k.Ij*h dan K.H*d* disurau..moga-moga ada yang boleh menyentak jiwa..Memang di KMB waktu hampir tengah malam adalah waktu yang agak free berbanding waktu-waktu kemuncak lain..Lalu apa yang berlaku??.Saya tidak berhasrat nak kongsi apa yang didapati dari usrah semalam kerana apa yang berlaku tak sama dengan yang dikehendaki oleh hati..Belum pun sempat mentadabbur surah An-naziat,mata saya dah kuyu..Masuk je mukadimah,saya dah ter'syahid' dengan lenanya di atas timbunan sejadah disebelah group usrah kak Ij*h..huhu,mantop ar..Saya mengharapkan pengisian roh,tapi pengisian fizikal pula yang dipenuhi..Entahlah,saya pun tak tahu,mungkin badan menuntut haknya yang seringkali tidak tertunai kebelakangan ini..Pengabaian yang tidak disengajakan dan tidak disedari..Pape pun,pada diri ini ada hak-hak makhluk dan insan lain juga..Begitu juga pada diri anda..Selagi mampu,berilah kerana kita hidup untuk mati..Mungkin pada pemberian itu ada manfaat yang besar pada hidup orang lain..Terus memberi dan memberi tanpa pernah meminta..Barangkali juga pemberian itulah satu-satunya penyelamat kita di hadapan Allah kelak..Saat manusia hanya sibuk memikirkan urusan masing-masing tiba-tiba ada yang membela kita dari dilempar ke neraka..Barangkali,Itulah pemberian kita didunia..!!

NOTA KAKI@TANGAN: Selagi masih hidup,mintalah agar saya boleh terus memberi.. Lebih baik hidup dengan memberi dari hidup menjadi orang terbaik tanpa menyumbang apapun untuk din ini..Syahadah ini tidak memerlukan kita tapi kitalah yang memerlukannya..

Friday, October 10, 2008

..BICARA ALLAH..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....


ALHAMDULILLAH..Lama saya menanti jawapan dari persoalan-persoalan yang bermain di fikiran selama ini akhirnya sedikit demi sedikit jawapannya saya temui. Usrah umum yang dihadiri hari ini sangat-sangat membantu me'recharge' iman dan mengubat hati yang luka parah dan juga melegakan fikiran yang tersempit dan terhimpit.. mungkin kerana ketiadaan usrah kebelakangan ini menyebabkan hati menjadi kering. Maaf sangat-sangat entri terkedian ini lebih keduniaan kerana hatiku kurang basah.. kita umpama pensil yang menciptakan untuk melakukan sesuatu yang hebat.. Satu yang menarik hati dan membuahkan hati yang terasa sakit terubat ialah kata-kata untuk menghasilkan pencil yang tajam perlu diasah. Ya!Definitely,kita akan merasa sakit dengan asahan tersebut tetapi ingatlah bagaimana mungkin pensil itu mampu untuk terus menulis dan melukis kalau matanya tidak ada??... yang diasah itu hanya kulit luarnya,dan yang berada didalam akan menjadi tajam.. ini bermakna yang sakit luarnya sahaja sedangkan dalamnya terasah,tajam dan sedia untuk memberi erti pada orang lain.. jadi apa sahaja ujian yang menyakitkan yang sedang kita alami sekarang ianya bertujuan untuk mengasah kita. Physically dan mentally kita akan sakit (itulah kulit luar pensil,alar yang kayunya tu) tapi iman yang berada didalam akan lebih mantap (itulah karbon pensil).. dah paham semua?..





Dan yang paling penting,ujian mengukuhkan keyakinan kita pada Allah,memantapkan pengantungan kita kepada kepada Allah..Ini sangat-sangat penting untuk hati yang menyakini tiada pelindung melainkan Allah yang maha kuasa.. Saya sangat sukakan ayat ini:



"Yang demikian itu kerana Allah Pelindung bagi orang-orang yang beriman;sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka."

( surah Muhammad:11)


Allah sudah mengingatkan kita,jika kita orang yang beriman,Allah itu akan menjadi pelindung kita,patutkah kita mengambil benda-benda lain sebagai pergantungan kita??..Habis cerita pasal pensil,konklusinya jadilah pensil yang berguna pada Tuan dan Penciptanya..Allah memang tidak memerlukan kita tapi kitalah yang memerlukanNYA...

Huhuhu,menonton ayat-ayat cinta baru-baru ini juga menyentak tangkai hati dengan kebenaran yang dibentangkan.."Ya Fahri,Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas", kata-kata yang diluahkan kepada Fahri itu mengamit hati berdetik..Ya,Allah itu setiap saat berbicara dengan kita,dalam setiap apa yang kita lakukan,cuma bezanya mahukah kita mendengar bicara itu atau sekadar menutup telinga?..Hati terasa melonpat-lompat!!Kenapa saya tak terfikir bicara-bicara Allah sebelum ini??..Kenapa hati hanya mampu mempersoalkan kesusahan dan kesakitan yang dialami tanpa mahu memikirkan ayat-ayat cinta Allah itu.. Allah sudah membuka ruang bicaraNYA denganku..Kata senior saya,kita tak boleh pun nak sms Allah dan Allah tak reply pun..MAAF UNTUK MENGATAKAN SAYA SAMA SEKALI,DUA KALI DAN BERKALI-KALI tak setuju dengan itu..Kita berhubung dengan Allah melalui solat kita,doa berjela-jela yang dipanjatkan kepada Allah setulus hati definitely didengari Allah..RINTIHAN WAKTU SOLAT MALAMMU TIDAK PERNAH TERSIA BEGITU SAHAJA..Allah tidak membiarkan doa itu berlalu sia-sia tanpa balasan..dan yang paling penting Allah membalas setiap bicara kita..Allah berkata-kata dengan kita melalui al-Quran yang HAQ,Memandu kita dengan petunjukNYA serta mengingatkan kita dengan ujianNYA...ITULAH BICARA ALLAH!!!..saya merasakan, Allah berbicara dengan saya tentang ikhlas dalam menjalankan kerja-kerja yang memerlukan pergorbanan yang bukan sedikit ini...Allah berbicara denganku tentang sabar menanggung sakitnya dilukai di jalan ini,Allah berbicara tentang kefahaman dengan apa yang saya imani,Bukankah INI BICARA ALLAH???..Permulaan yang boleh saya sifatkan kegagalan waktu memulakan perjalanan ini membuktikan Allah membicarakan mengenai strategi dalam berjuang..

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalanNYA dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

(Ash-Shaff:4)

INILAH BICARA-BICARA ALLAH DALAM HIDUP KITA..DENGARKAH KITA AKAN BICARA ITu???

nota kaki@tangan: DENGARKAN BICARA ITU PASTI DIRIMU AKAN MENJADI PENSIL TERBAIK.

Monday, October 6, 2008

..AKHIRNYA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Salam aidilfitri untuk sume pembaca blog saya,walaupun saya sedar tak ramai yang sudi menjengah ke sini,berdasarkan komen yang dihulurkan entah-entah saya sorang jek yang syok menulis sedangkan tak ada pembaca pun..huhuhu,tak pe lah,asalkan sekurang-kurangnya saya berusaha menggunakan anugerah Allah ini ke arah kebaikan.satu perkara yang terus menggalakkan saya menghabiskan masa disini ialah kesedaran bahawa bukan semua orang diberi kebolehan untuk menulis,jadi menyedari hakikat itu saya masih memperuntukkan sedikit dari waktu yang ada untuk meng'update' blog ni agar tak berhabuk..Sebenarnya saya takdelah berhasrat untuk menjadikan blog ini tempat melepaskan geram mahupun tempat meluahkan perasaan,namun itulah yang berlaku..Maaf sangat-sangat kepada pembaca yang mengharapkan pengisian tiba-tiba dihujani masalah dan persoalan-persoalan yang dibangkitkan lewat entri-entri terkedian ini...


Entri kali ini saya dedikasikan buat mak sedara dan bapak sedara yang baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya baru-baru ini..Akhirnya setelah sekian lama menanti,Allah yang maha kaya itu memakbulkan doa mereka..Mereka berdua adalah insan-insan yang banyak membantu perjalanan hidup ini,mungkin disebabkan kebaikan mereka maka Allah mengurniakannya rezeki yang jarang-jarang dinikmati oleh orang lain..Nampaknya bertambah besarlah keluarga kami dengan kehadirannya...Sepakat si baby ini dinamakan Mohd Munawar,Cahaya @ Bulan Purnama...



Secute orang yang menulis blog nih..hihihi..terperasan lar pulak..Pape pun baby ini akan dibentuk untuk meramaikan lagi hafiz dan da'ie serta pejuang-pejuang Allah dalam keluarga kami..Moga-moga kelahirannya bisa melunturkan jahiliah dalam keluarga kami..Lantas mampu mengislahkan keluarga ini..InsyaAllah,masa itu akan tiba,suatu hari nanti..