Monday, November 24, 2008

..Siapa Aku Di HatiMu?..


Hari terus berlalu.Kakiku harus terus melangkah mencari redha Ilahi kerana itulah hakikat perjalanan sebuah kehidupan makhluk yg diciptakan;menuju Sang Pencipta.

Di sini,mataku telah nampak akan sinarnya bahawa jalan yg harus kutempuh adalah jalan para rasul.Hakikat yg pasti,telah ditentukan namun diberi pilihan oleh Sang Pencipta untuk hambaNya melalui atau tidak jalan itu.Misi kerasulan adalah misi mengajak manusia menuju Allah dan itulah jalan yg harus kulalui sbg seorg yg bergelar muslim.Mahu atau tidak,inilah jalan yg telah ditentukan utk kita tempuhi jika kita org2 yg benar2 beriman.

Sapanjang berada di jalan ini (walaupun mungkin baru 0.1% drpd kepayahan dan jerih sebenar),aku telah ditemukan dgn pelbagai ragam manusia.Aku dipertontonkan olehNya akan kepelbagaian manusia yg menghiasi jalanNya itu.Terasa diri ini kecil sekali,berada di kalangan mereka yg hebat2 apatah lagi diriku di hadapanNya.Sungguh,kebijaksanaan sebenar adalah hakMu.Maha Suci Engkau yg Maha Pengurnia.Engkau berikan kelebihan buat setiap hambaMu sbg pelengkap kehidupan manusia yg saling memerlukan.Aku perhatikan ada ikhwah akhawat yg lancar sekali tuturnya dan ada juga hebat dakwah fardhiahnya bahkan ada yg hebat sekali plan masa depan yg ingin dilaksanakan demi mencapai cita2 dakwah.

Siapakah aku di jalan ini?Sudahkah aku memberikan sesuatu utk jalan ini?Hati masih mencari,langkah masih diteruskan…Semoga diri ini mampu menjadi seseorang di mata Ilahi…

..My File-so-phere of Lie-f..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Anda ada falsafah hidup?Org2 yg belajar filosofi pasti lebih berfalsafah,kan?Budak2 KMB x terlepas r sbb belajar Theory of Knowledge.... (: ??? )


Hidup adalah tentang sebuah keyakinan dan perjuangan ; keyakinan dan perjuangan untuk mencari sebuah kebenaran.Pencarian kebenaran apakah?Tanpa kita sedari,kita hidup dalam perjalanan mencari redha Ilahi.Itupun jika kita berjaya menemui kunci kepada hakikat pencarian itu.Kunci?Hmmm….bayangkan kita hendak keluar rumah untuk menempuh sebuah perjalanan.Kena r keluar dari rumah tu dulu,kan?Dan rumah tu pulak dah tentunya berkunci,kalau bukan exactly time kita nak keluar tu pun,pagi2 lagi mesti kita buka kunci pintu kan?Kunci bagi kita untuk menempuh pencarian kebenaran itu adalah kesedaran tentang hakikat 3 persoalan….Wah…ni baru soal kunci,inipun macam kena hurai panjang jer ;p

Apakah 3 persoalan itu?..

Jeng3…

1.Dari mana kita berasal?
2.Kenapa kita ada kat sini?
3.Ke mana destinasi?


Ha,siapa ada semua jawapan???
Wah,kalau ada yang dah ada jawapan,saya respect r!Tabik spring!Anda dh boleh melangkah jauh jika anda mampu memberi jawapan terbaik dan tepat,plus anda dah boleh berlari.Kalau ada yang masih mencari2 jawapan,kita ibarat bayi yang sedang belajar merangkak…Tak pe r,kita belajar perlahan-lahan ek…Jangankan kerana nak cepat berlari,akhirnya kita tersungkur hingga tak mampu bangun..

Mencari jawapan kepada persoalan ini sebenarnya adalah pokok atau batu asas kehidupan seorang insan.Batu asas ini telah ditetapkan oleh Sang Pencipta ke atas makhlukNya,nak tak nak kita memang akan tertanya2 pada diri sendiri or kita tanya kt orang lain,utk dpt jawapan.Kalaulah jawapan tu dah didapati,pastinya tak ada masalah utk kita buat apa2 yang disuruh.Maksudnya,kunci ketaatan adalah sedarnya kita akan hakikat hidup yang mana kita hendaklah mencari Sang Pencipta.So,hidup adalah sebuah perjalanan keyakinan sebuah perjuangan mencari Sang Pencipta @ Rabb.Huh…tu definisi hidup yg didefinisikan oleh saya secara tepat & padat,insyaAllah…hehe…( suka2 hati jer saya ;D )

Eh,lupa pule!Saya nak minta tolong kawan2 bagitau kt saya apa jawapan anda bg soalan2 di atas.Nak tanya orang boleh,nak surf internet boleh,ataupun nak tengok skema pun boleh…tapi kalau nak guna skema,kena cari sendiri r.Saya kena check balik skema saya…tak sure anda boleh access ke tak,tapi skema tu dekat je kot... ;>

..AIR MATA ITU..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.......

***********************

"Awak!Pinjam quran.."
Terkejut disergah sebegitu,Saya berpaling,menghulurkan quran dalam dakapan saya..

Dia terkedu.."Alar,awak,kenapa menangis??".

Dia cuba menghibur..

Namun air mata itu terus laju mengalir..

Saya tak mampu lagi..Saya tak kuat lagi..Dan air mata itu terus mengalir tanpa pernah kering..

**************************

Friday, November 21, 2008

..NAK JADI SAPE..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....


Pernah sekali, saya rasa cukup sakit, rasa tak tertanggung dengan ujian yang bertimpa-timpa hingga tersungkur, lebat air mata membasahi sejadah, mengadu kesakitan pada DIA..Terasa itulah saat paling bahagia kerana hati merasakan DIA mendengar luahan saya..Pencipta Yang Maha Hebat,Maha Agung itu mendengar rintihan seorang hamba yang kerdil..Tidak puas, saya membelek-belek hadiah dariNYA, surat cinta Pencipta untuk hambaNYA.. Lalu saya temui ini:

"Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.."
(Ali Imran:139)

Saya silap,DIA bukan sekadar mendengar tapi DIA juga membalas..DIA berbicara dengan saya.. Saya pandang sekeliling, sahabat bahkan orang terdekat,rumet saya sendiri tidak mengetahui keperitan yang saya sedang alami sekarang..Tiada siapa yang perasan kesakitan ini,tapi DIA..DIA menyelam terus ke dalam hati saya, menzahirkan pujukan-pujukan yang manis-manis...Dan mengingatkan dengan ayat-ayat yang mengetarkan hati..Saya tak kan pernah rasa semulia ini jika saya tak kenal islam,saya takkan pernah rasa sekaya ini jika saya tak kenal islam, saya takkan rasa setenang ini jika saya tak kenal islam, saya takkan rasa sekuat ini tanpa mengenali islam, saya takkan rasa disayangi sebegini jika saya tak kenal ALLAH...Lalu pantaskah untuk seorang muslim merasakan dirinya hina kerana dia islam??..Rasailah izzah dirimu sebagai muslim, bangga melakukan suruhan Allah, bukan untuk riak tapi untuk menunjukkan kepada manusia inilah undang-undang terbaik di metrospace ini..

___________________________________________________________________

"Siti,kami teringin nak jadi macam hang.."kata-kata yang dituturkan oleh seorang sahabat menyebabkan saya tersenyum sendiri..

"Kenapa pulak??..Saya bukan superwoman or supergirl or tak pun shinchan yang banyak peminat tuh.."

"Sebab hang camni ar kami suka.." Hmmm..pening ke??..Saya pun masih mentafsir kata-katanya..

_______________________

"Siti, kami suka tengok hang..Kami nak jadi cam hang, boleh bercakap n bila cakap sume orang dengar..Kami suke dengar hang cakap.." (Diluahkan oleh classmate yg sedang mencari-cari dirinya yang sebenar)..

"Kami harap kami boleh jadi macam hang, boleh beriman dengan ayat ini sepenuhnya..Kami nak rasa camtu.." (Kata-kata yang mengundang takut pada hati waktu sedang ber'usrah' minggu lepas)...

(kenapa takut??..--->sebab takut manusia je yang nampak saya telah beriman dengannya sedangkan pada mata Allah saya masih lagi belum beriman sepenuhnya..Astaghfirullah..)

"**a suka tengok Siti..Nak gak jadi cam Siti.." (komen seorang sahabat waktu aktiviti mentor-mentee (komen and complementary) 2 minggu lepas..)

Ha,yang ni tak leh blah:
" Salam perkenalan..Saya suke cara awak.."
..~Secret Admire~..

-----------------------------------

Siti..Siti..Apa dah jadi??...Antara komen yang mengetuk akal saya berfikir..Kenapa sume orang nak jadi saya??..Best sangat ke??..Jadi diri sendiri dah ar..Kalau orang lain jadi saya, saya nak jadi ape pulak??..hmmm..Sape pulak nak jadi korang kalau korang jadi saya??..Sape pulak nak jadi orang yang ganti korang kalau korang jadi saya??...(peningkah anda..) hoo..hoo.. hold on, Jangan pening dulu..saya belum pun lagi mengupas tajuk ni..Baru muqadimah..hehe..

..Apa yang best jadi saya??..

"Manusia umpama logam,terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka semasa Islam sekiranya mereka faham.".. (Sahih Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan setiap orang punya kelebihan cuma yang membezakan ialah cara menggunakan kehebatan yang ada dalam diri kita..Jika dilihat setiap orang berpotensi menjadi yang terpilih itu,jadi satu cara yang digariskan dalam hadis itu ialah faham..Faham terbahagi kepada 2 faham dengan hati dan faham dengan akal..Memahami novel jiwang such as Ombak Rindu dan cerita hindustan such as Kabhi Kushi Kabhi Gham menuntut kefahaman dengan hati kerana itu ada yang boleh meleleh air mata bila memahami jalan cerita ini.. (used to be zaman jahiliah dulu)..Begitu juga islam,islam adalah sesuatu yang perlu dirasai dengan hati bukan akal kerana ia bukanlah sekadar satu ilmu teori tanpa praktikal..Jadi untuk jadi orang yang hebat ketika jahiliah n hebat ketika islam ialah hanya dengan memahami islam dengan hati ..

..Kebolehan bercakap..

Kelebihan bercakap itu kurniaan Allah..Bahkan ia sangat sukar dijaga..Lupakah kita pada kata-kata Allah ini..

" Wahai oarang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. (Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.".. (ash-Shaff:2-3)

Bahkan..Sangat susah juga untuk menjadi golongan ini..

"Dan Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah Diri)". (Fushshilat :33)

So,kelebihan yang ada itu tidaklah untuk ditunjuk-tunjuk kepada manusia sebaliknya bertujuan untuk mengajak manusia kepada kepatuhan secara total kepada Allah..Tak mudah bukan jadi saya??..

..Kefahaman yang cepat..

"Siti apsal awak selalu cepat faham ek??"..Huhuhu,saya tiada jawapan untuk soklan itu sebab kefahaman terhadap ilmu Allah itu dikurniakan oleh Allah..Saya tidak punya masa sebanyak orang lain untuk study..Banyak dari masa saya digunakan untuk memenuhi hak-hak manusia, hak syahadatain ini, dan hak pencipta ke atas diri ini, jadi barangkali Allah menzahirkan janjinya (note that:janji Allah itu sentiasa benar!!) sebagaimana surah 47,Muhammad ayat 7..:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.." (muhammad:7)

Jadi jangan pernah menyangka,kita akan b*d*h kerana tak sempat nak study banyak cam orang lain..Tapi jangan tak study pulak..memang ar fail kalu malas..

..Sifat baik itu Dari Mana??..

Firman Allah:

"dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.." ( Fushshilat:35)

Rasanya itu menjawab soklan di atas..Allah telah memberi panduanNYA..Ikutlah..jangan jadi saya kerana saya tak sempurna...Cukuplah kita menjadi hamba celupan Allah..

"Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghah-nya daripada Allah? Dan kepadaNYA kami menyembah.." (Al-Baqarah : 138)



Nota kaki@tangan: Entri panjang lagi merepek..harap ada khairnya untuk semua..


Thursday, November 20, 2008

..TAG YANG MENYUSAHKAN..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....


Specially dedicated to m**ul..Dont u ever tag me anymore..


Tag??..apakah itu??..Sejenis makanan kah??..(huhuhu,Kata Farah: Ct ni asyik fikir makan jek!!).. Or sejenis binatang yg bisa menakutkan sume orang??.. Bahaya sangat ke tag nih??..Hmm...(pura-pura fikir cam detektif CoNAn)
"Tag Itu Sejenis Virus Yang menghantui Bloggers"..

Ish..Bahaya sangat ke sampai camtu?..Pape tuh Tag tu, yang pasti ada soklan yang disediakan untuk dijawab..Mengalahkan soklan interview!..

Rules of the tag:-
Link to your tagger and post these rules in your blog.
Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
Tag 5 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Nak start ni..

1. First fact about me, i'm not weird, so nothing weird about me to be shared..Harap maklum..

2. I'm not good enough in lying, is there any place in this world to teach me this skill??... I'm always kantoi when I try to lie... Sometime in desperate situation, still i can't used my ability in speaking in order to lie, how hard it is.....Somebody, pliz help me..huhuu..

3. More fact about me,I love to talk..No doubt..

4. Panjang always said i'm emo..is it?..maybe..no komen bout it...I wont pay you if you want to denied it..

5. I'm not really self-centered..But sumtime i love to do so..

6. I'm the best when i'm get stuck in problem..somehow, at that situation, it make me a better person..Especially, when i try to applied my skill in advising and guiding people..somehow, talking is a lot easier than doing..

7. This is the fact: I will not spread this virus anymore..so,I will not tagged any body else..Dont bother about the rules, i've made my own rules.. ut if you think you want to be tagged with this nonsense tag just publish it on your blog...hahaha..Sori for this inconvenience,pliz Dont get frustrated!..


-Tagged tamat-



Nota Kaki@Tangan: I tagged all the "sumbody" in my life..If u think that u are somebody to me, then officially i tagged u..huhuhu..hmm,This is weird...

Monday, November 17, 2008

..ATAS NAMA CINTA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


..ATAS NAMA CINTA..

Album : Tika Itu

Munsyid : UNIC


Tika mata

Diuji manisnya senyuman

Terpamit rasa menyubur harapan


Dan seketika

Terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singkat perjalanan


Tersedar aku dari terlena

Dibuai lembut belaian cinta


Rela aku pendamkan

Impian yang tersimpan

Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya

Merampas rasa cinta

Pada DIA yang lebih sempuna


Bukan mudah

Bernafas dalam jiwa hamba

Dan ku cuba

Menghindarkan pesona maya

Kerna tak upaya ku hadapinya

Andai murka-Nya menghukum leka


Diatas nama cinta Pada yang selayaknya

Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan

Setiap pengorbanan

Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa

Asal tak sepi dari kasih-Nya

Kerna sesungguhnya hakikat cinta

Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki

Sehingga ku rasai

Nikmat-Nya...

Syurga-Nya...

Cinta-Nya...


"Jika hati kita masih boleh diisi dengan cinta lain selain dari cinta Allah,maknanya hati kita masih belum terisi sepenuhnya dengan cinta Allah. Jika kita masih tercari-cari cinta selain cinta Allah maknanya hati kita belum sepenuhnya mencintai Allah.. Camne nak cari cinta Allah,??kita tak nampak pun Allah..Camne nak cakap kita dah mencintai Allah??. Kita tak nampak cinta Allah ... Carilah cinta Allah,memang payah tapi Allah dah membantu kita,memandu kita dengan petunjuknya,Quran yang Haq..Carilah..carilah..Carilah cinta itu.." Kata-kata yang dilontarkan oleh pemilik don't lose grip itu meruntun hati-hati yang hadir hari itu... Air mata yang mengalir dari hati yang faham turut menyeret sama hati-hati adik-adik untuk sama-sama menyelami kata-kata itu..

Bagi kami,kami dapat merasakan seolah-olah Allah berkata-kata direct menuturkan Firmannya dalam surah Ash-Shaff ayat 2-3 :

" Wahai oarang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. (Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."..

Terasa ayat-ayat itu ditujukan khas kepada kami..Air mata ini menitis laju seolah-olah tak mampu dihentikan lagi,umpama darah yang tiada platelet,terus mengalir membawa bersama karat-karat jahiliah dalam diri ini...Hati tertanya-tanya sendiri berjayakah saya dalam pencarian cinta itu atau saya hanyalah sekadar pandai berkata-kata tanpa betul-betul mencari cinta itu!! Saya malu pada Allah.. Hati tersentak,lidah terkedu dan akal sibuk memuhasabah diri.. Lecturer Teater 2 senyap sunyi,semua yang hadir terdiam dalam lamunan hati sendiri.. Ya Allah..Ya Allah.. Hati terasa betul-betul disentuh oleh Allah, sudahkah saya beriman sepenuhnya dengan Ali Imran ayat 31?????...

Mata tertumpu pada akhawat yang hadir..Semuanya tertunduk sambil hati sibuk berzikir,beristighfar barangkali..Selesai talk, kaki melangkah menuruni tangga di LT 2 itu, saya diserbu akhawat yang hadir, bahu saya basah dengan air mata akhawat itu.. Akhawat itu masih tidak berhenti menangis,memaksa hati yang berada disitu turut sama merasa feelingnya pada ayat-ayat cinta ini..

Saya sendiri masih terkedu,ingin memujuk namun saya merasakan kata-kata saya tidak semahal ayat-ayat cinta Allah, lalu FirmanNYA dalam surah Az-Zumar : 53 meluncur dari bibir..

" Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dia-lah yang Maha pengampun, Maha Penyayang.."

Air mata akhawat itu bertambah laju...Aduss.. Bingung seketika,ingin memujuk namun hati masih mengatakan biarkan air mata itu mengalir.. Andai ia datang dari hati yang menyesali dosa-dosa yang berlalu diharapkan ia mampu memadamkan api neraka kelak..

Rasailah cinta itu..Moga Berjaya dalam pencarian kita..

Saat cinta berbisik,

Suaranya memuji Tuhan,

Saat rindu terusik,

RasulNYA jadi pilihan,

Bila surga mengamit,

Nyawanya jadi taruhan...


NOTA KAKI@TANGAN: Kata-kata yang datang dari hati akan menyentuh ke hati..

Wednesday, November 12, 2008

..DIA SUDAH KEMBALI..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.....


Dia Sudah kembali,
Menyokong dan membantuku atas jalan ini,

Kebisuannya sudah mampu dilunturkan,
Dia sudah bisa kembali berkata-kata,

Mengetarkan hati yang mendengar,

Dan mengembirakan hati yang melihat....


Dia sudah kembali,

Dirinya yang terbang dulu

Kembali terisi padat dengan Fikrah Kita,
Kembali mewarnai jalan ini,
Bersama melangkah
Membentuk barisan yang teratur..


Dia sudah kembali,

Menjadi cermin dan atenna untuk diri ini,
Memantulkan peringatan untuk hati ini,

Mengubat luka di jalan ini,

Menjadi penawar ujian ini..


Dia sudah kembali,

Menghambakan diri pada pemilik diri,

Dan Pencipta dirinya,

Melangkah gagah sebagai Daie dean ini,

Kental melaksanakan abid dan khalifah..


Dia sudah kembali,
Menjadi peneman munajat malamku,

Menjadi penguat zikir hatiku,
Menjadi buku yang bisa bercakap,

Menjadi tempat luahan bicara,

Menjadi perantara ayat-ayat cintaNYA..


SAYA SENTIASA GEMBIRA
DENGAN KEMBALINYA DIA,

SAYA SENTIASA MENGALUKAN,
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...


SALAM SAYANG BUAT SAHABAT TERCINTA..

Monday, November 10, 2008

..TIADA LAGI..


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

KELIRU..
PENAT..
LETIH..
BOSAN BERTEKA-TEKI..
TERASA IMAN DI HATI BERKURANG,
NAMUN AKAL MASIH BINGUNG MEMIKIRKAN,
TERBANTUT DENGAN LEMAHNYA FIZIKAL,
HATI INGINKAN PENGISIAN,
AGAR PERINGATAN MASIH MAMPU DISAMPAIKAN,
RASA SENDIRI,
BERJALAN SORANG-SORANG TANPA PANDUAN,
SESAT TAPI TAK TAHU JALAN KEMBALI,
BINGUNG,
SUNYI,
TAKUT,
TERASA DIRI,
UMPAMA PELAKON DI PENTAS WAYANG,
SETIAP SAAT PANTAS BERLALU,
TIDAK LAGI TERASA KEBERKATAN MASA..

TIADA LAGI TERASA:
AYAT-AYAT CINTA ALLAH,
NIKMATNYA MENGADU PADANYA,
RINGANNYA BANGUN QIAM,
TENANGNYA HATI SAAT DIUJI..

TIADA LAGI TERASA:
BAHAGIANYA PENAT SEHARIAN,
MANISNYA SENYUM MENGANTI KETAWA,
RINDUNYA PADA WAKTU SOLAT,
MENANTI-NANTI SAAT BERDATING DENGANNYA..

TIADA LAGI TERASA:
LIMPAHAN BERKAT PADA KERJA BUAT,
GEMBIRANYA HATI MENERIMA TARBIYAH,
LAPANGNYA DADA PADA KEBURUKAN,
BERSANGKA BAIK PADA YANG BERSAMA..

TIADA LAGI TERASA:
CINTA ITU DIZAHIRKAN LAGI,
DEKATNYA ALLAH DARI URAT DARAH SENDIRI,
RINDUNYA PADA SURGA YANG MENGAMIT,
BANGGANYA MELAKUKAN SUNNAH...

TIADA LAGI TERASA:
TAKUTNYA HATI BILA PERINGATAN DIBERI,
BERGETARNYA JANTUNG SAAT MENDENGAR AYAT-AYAT ALLAH,
TUNDUKNYA DIRI PADA YANG MENCIPTA,
LUHURNYA USIA DI BAWAH BAYANGAN ITU...

APA SUDAH JADI??..
APEKAH INI????...
KENAPA???...KENAPA???...
ANDAI INI UJIAN,
KUATKANLAH..
TEGURLAH..
BANTULAH..
TARIKLAH..
AJARKANLAH..
PERBETUKANLAH..
TUNJUKKANLAH..
TOLONG...TOLONG..TOLONG...

Tuesday, November 4, 2008

..KEBISUANMU..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Saya sebenarnya langsung tidak berkeinginan untuk membuat entri baru..Apalagi saat hati semakin tandus seperti sekarang ini tak banyak benda yang boleh dicoretkan..Tapi kebisuan seseorang telah menyebabkan kerunsingan yang melampau pada hati dan kepenatan pada akal untuk memikirkannya..Lantas saya mengambil keputusan untuk mencoretkan sesuatu disini,moga hati lebih terbuka menerima kebisuannya..


Kalaulah dia tahu kebisuannya itu telah menyebabkan ramai hati disekelilingnya kelayuan,kalaulah dia tahu kebisuan itu menyebabkan ramai hati yang menjauh,kalaulah dia tahu kebisuannya itu telah menyebabkan banyak hati yang tertanya-tanya..Kalaulah dia tahu..

Berbicaralah agar saya tahu apa yang awak fikirkan..saya penat menunggu dan saya penat ditemani kesunyian ini..Kembalikan sahabatku yang dulu..
Jangan pernah mengalah atas jalan ini ya sahabat..kerana jalan inilah yang benar..Definitely,no doubt!!..