Tuesday, December 2, 2008

.:SHaRiNG iS CaRiNG:.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Ungkapan ini sering dilafazkan oleh orang yang berhajat utk meminta sesuatu drpd org lain.Contohnya,anda akan dengar ungkapan ni bila ada kawan anda yg sedang makan ais krim.Sorg kawan lagi plak teringin ais krim tu jugak..

"Weyh,sharing is caring!Caring is loving!Ko sayang aku kan,kan?"
"Hah,ada udang di sebalik mi nih..??"
"Nak ais krim sket bleh x?"

Kalau bertuah,kawan anda mungkin akan bagi.Kalau tak,telan air liur aje r jawabnye ;P .

Kita seringkali mengaitkan sayang dengan perkongsian.Sememangnya tanpa perkongsian perasaan drpd seorang insan kepada insan lain,tiadalah perasaan cinta itu.Kan?Atau,perasaan cinta n sayang tu ada, cuma ia adalah suatu yg bertepuk sebelah tangan.Tapi bagi saya,sayang itu wujud apabila ada yg menyayangi n ada yang disayangi dan ia berbalas.Maksudnya,lahir daripada kedua-dua belah pihak yg terlibat.

Mungkin ada yang bertanya,apa yang hendak dikongsi?Sahabatku,Islam adalah suatu keindahan hidup yg akan dicapai apabila dirasai dan mengajak org lain utk merasainya juga.Islam itu indah,pada syariatnya,pada larangannya,pada perintahnya kerana datang drpd Yang Terindah dan Mencintai Keindahan.Namun,Yang Mencipta Keindahan itu tidak suka dan tidak Mahu jika keindahan yang diturunkanNYA ke bumi ini menjadi milik atau dirasai oleh seorang sahaja sehingga DIA mengangkat darjat org yg mengajak manusia lain utk turut merasai nikmatnya berserah diri kepada Pencipta Keindahan.

"Dan siapakah yg lebih baik perkataannya daripada org yg menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata,'Sungguh,aku termasuk org2 yg berserah diri (muslim)'?" (41:32)

Berdasarkan ayat ini,jelas sekali Allah memuliakan org yg mengajak manusia kepada Allah.Dia tidak mengerjakan kebaikan hanya utk dirinya sebaliknya dia mengajak org lain utk bersama2nya mencapai keredhaan Allah.Allah memulakan ayat ini dengan mengatakan org yg lebih dimuliakan adalah yg bersama2 org lain dlm mengerjakan ketaatan,bukan hanya melakukannya sendirian.Banyak org boleh mengaku diri seorang muslim tp berapa ramai yg mahu dan mampu mengajak org utk mengenal Allah dan mentaati Allah?Renungkanlah wahai diri!

Bagaimana mengajak manusia mendekati Allah?Dekatilah hati-hati manusia itu.Kenalilah hati mereka agar kita tahu melalui jalan apa kita mampu menceroboh hati mereka dan mengenali mereka.Bukan menceroboh utk menimbulkan kekacauan ttp mencari modus operandi terbaik utk membawa hati itu kembali kpd fitrahnya dan menyedari kehadiran Tuhannya.Menceroboh utk membuka jalan agar ketenangan itu diberi oleh Yang Mencipta & Berkuasa Meletakkan Ketenangan dalam hati manusia.Sesungguhnya,kita manusia hanya mampu mengetuk pintu hati manusia lain agar sedar bahawa DIAlah segalanya dalam kehidupan kita.Setelah bergantung kepada DIA sepenuhnya,tiada lagi yg akan menggusarkan hati kita dan mampu menakutkan kita.

Ayuh,kita sahut seruan Ar-Rahman agar kita menyebarkan perasaan kasih sayang ini dalam diri seluruh manusia.Perasaan kasih sayang yg lahir hanya kerana DIA,kerana mematuhi perintahNYA,kerana mencari redhaNYA,kerana cinta kepadaNYA agar seluruh bumi ini dipenuhi dengan kasih sayang ISLAM yang menyelamatkan dan mententeramkan.Kalau org bercinta,ketenangannya adalah apabila berasa keinginan yang dicintai telah dipenuhi dan tenang jika dia selamat,begitulah malah lebih2 lagi ALLAH akan berikan kepada kita yg berusaha mencintaiNYA.Sungguh,cinta kepadaNYA adalah bererti kita berkongsi rasa cinta itu dgn org lain,x seperti jika kita mencintai manusia (dia hakku,org lain x berhak ke atas cintanya).Hari ini,jika kita mencintai ALLAH,sebarkan rasa cinta itu kepada org lain juga.

Seorang pemimpin disanjung kerana mengambil berat akan perihal org bawahannya,seorang ibu dikasihi kerana sanggup berbuat apa sahaja demi membesarkan anaknya,seorang guru yang disukai pelajarnya adalah guru yang senang didekati utk bertanya itu ini,seorg kawan yg dekat di hati adalah kawan yg sudi berkongsi masalah dgn kita dan kita sudi berkongsi dengannya…Semua itu adalah contoh kasih sayang yg lahir kerana kesudian berkongsi.Kesudian ini tidak mudah utk dilahirkan tanpa ada sebab yg benar2 kukuh utk dilaksanakan.Alangkah indah dan sucinya Islam yg mengajar kita utk berkongsi hanya kerana DIA!Ayuh bersama merassai indahnya berkongsi!

Share your love with others as a symbol that you care for them because of your love to ALLAH..

No comments:

Post a Comment