Tuesday, December 2, 2008

..SIAPA AKU DIHATIMU??(2)..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hadirnya seorang manusia di atas muka bumi tidak pernah sia-sia.Sejak dari penciptaannya lagi,Sang Pencipta pasti sudah menentukan peranan dan tugas ciptaanNya itu.Apatah lagi manusia yang merupakan ciptaan terbaik oleh Maha Pencipta.


Hati ini sedar akan perkara ini.Namun,benarkah diri ini meyakini dan memahaminya dengan pemahaman yang sewajarnya?Mataku menyaksikan pelbagai ragam manusia di kolejku.Anak mataku menangkap sekumpulan manusia yang kelihatannya sedang berfikir.Berkerut-kerut dahi mereka,bagaikan ada sesuatu yang berat dan besar yang difikirkan mereka.Lalu aku bertanya pada diri,apa yang mereka fikir?Mengapa mereka di situ?Aku melintasi perbincangan mereka..Apa yang telingaku cuba dan dapat mencuri dengar adalah tentang perancangan masa depan.Masa depan apa?Soalku pada diri sendiri?Penting benarkah?


Lalu aku terfikir,apa sahaja yang berkaitan dengan masa depan pastilah sesuatu yang besar..Aku tersenyum pada diri sendiri.Tapi,tentang apakah?Baik atau buruk?....

Ah,aku terlalu menyibuk tentang orang lain!Hatiku mengutuk perbuatanku dengan mempersoalkan apa yang aku dah lakukan.Jantungku tersentak,tersekat nafasku saat itu…(hehe,t xlah sampai perlukan CPR).Dadaku rasa sesak.Aku?Apa yang dah aku lakukan?


Aku merenung hari-hari yang dah berlalu.Satu persatu sudut kotak memori kubongkar.Ia penuh namun apabila aku mencari sesuatu yang sebenarnya menguatkan kotak itu atau benda yang menjadi batu asas kotak lembaran hidupku,aku tak menemui apa-apa.


Aku tercengang…I did nothing within this 19 years of life on earth?Impossible!Hatiku menafikan.Kepada siapa hendakku tunjukkan lembaran ini?Ia sesuatu yang amat tak bernilai.Pasti tak ada orang yang ingin membeli jika kujual.. :(


Suatu bisikan,'Buat apa nak kisah diorang kata apa.Hidup aku biar akulah yang tentukan.Kalau aku tak nak buat apa-apapun,tak ada orang yang susah hati.'


Benarkah bisikan ini?


Saatku membuka lembaran kalam suci,aku mula sedar bahawa aku harus memikirkan siapa diri ini pada pandanganNya,yang menciptakan diri ini,yang memberikan rezeki buatku,yang menjagaku saban detik.


Ah,pandangan manusia memang tak penting!Tapi macam mana pandangan Dia?Takkan aku tak nak jaga hubungan aku dengan Dia?Kalau aku nak jadi sesuatu yang bermakna padaNya,aku kena buat sesuatu.Tapi apa pilihan perkara yang boleh aku lakukan?

Pilihan itu pernah diajukan kepadaku.


Pernahkah?


Pernah!


Kenapa aku tak nak buat sebelum ini?Sebab aku tak mampu nak buat apa yang dicadangkan,bisik hatiku.Eh,tapi ada choice lain tak?


Em….macam takde je…Habis nak buat apa ni?


Bingung r! huhuhu....Aku ingin menjadi seseorang namun aku tak mampu buat apa yang disuruh tapi dah tak ada cara lain.


Aku yang tak mampu ke,aku tak nak?Ah,kalau aku terus begini,aku takkan dapat mengejar nama yang inginku bina di mata Dia.


Mampu ke tak kalau nak buat??Entah….tapi kena buat sesuatu.Kalau tak aku rugi.Walaupun Dia tak pernah kisah aku nak jadi somebody to Him atau tak.


Betul ni?


InsyaAllah,betul!Aku kini yakin,la haula wala quwwata illa billah…Tiada daya upayaku melainkan dengan kekuatanNya.


No comments:

Post a Comment