BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
From malaysians to palestinians..
Sempena maal hijrah, sem 2 ini bakal menyaksikan pengurangan pada kekerapan entri saya..I dont know how long it could stand because i realize that stopping myself from writting is not a good idea..Hmm, lets time decide it for me..
2008 telah 11 hari melabuhkan tirainya dengan menyaksikan lebih banyak kekejaman dan penyembelihan dilakukan ke atas rakyat palestin, dan munculnya 2009 masih tidak mampu menghentikan tindakan brutal Zionis itu..27 disember 2008, intifada ketiga telah diumumkan dan ini bakal menyaksikan lebih banyak para syuhada palestin yang gugur demi mempertahankan hak mereka..Dan kita disini, adakah masih mampu melihat???..Silence is always a stupid option!!!..Berikut adalah sedikit sebanyak rentetan yang membawa kepada kegentingan masalah di Gaza sekarang ini..
28 Disember 2000
--Kerajaan Zionis mengistiharkan WAJIB melaksanakan sekatan ke Gaza..
--Untuk merealisasikan "hukum" tersebut,Zionis telah menutup sempadan perhubungan anatara Gaza dengan Tebing Barat sepenuhnya..
--Zionis dengan "baik hati"nya menyekat pemberian wang cukai yang merupakan HAK kerajaan Palestin.
--Pelabuhan Gaza diruntuhkan selepas sebulan intifada diumumkan sebagaimana memusnahkan lapangan terbang antarabangsa Gaza pada Disember 2001.
11 September 2005
--Zionis telah keluar dari gaza pada 11 september 2005, namun keadaan di Gaza masih tidak berubah dan sempadan-sempadan terus ditutup.
--Pada awal 2006, Zionis telah memperhebat sekatan di Gaza yang menyebabkan keadaan semakin meruncing.
--Zionis telah menyekat kemasukan pekerja Palestin ke zon jajahan Zionis, mengurangkan waktu operasi sempadan, dan menambahkan lagi waktu penutupannya..
15 Jun 2007
--Pihak pengurusan Amerika dan Presiden PALESTIN MAHMOUD ABBAS bersepakat merancangkan satu tindakan untuk MENJATUHKAN kerajaan HAMAS di Gaza..
--Antara plan tindakan mereka ialah:
*Menghapuskan kerajaan campuran dan mengumumkan darurat
* Memisahkan Gaza dengan Tebing Barat.
*Memberikan cukai kepada Abbas untuk membangunkan Tebing Barat
* Israel juga diyakinkan untuk membangunkan Tebing barat supaya rakyat palestin di gaza merasai keadaan mereka semakin teruk dibawah penguasaan HAMAS. Ini diharapkan membawa kepada penentangan dan pembelotan terhadap HAMAS.
--Sekatan dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh Gaza.
23Februari 2008
--Hari Gabungan Sedunia Menghapuskan Sekatan Ke Atas Gaza.
--Pihak penjajah dengan sewenang-wenangnya menyekat barangan bernilai 150 juta Dolar disamping mengenakan denda terhadap peniaga.
--Banyak projek terpaksa dihentikan dengan anggaran kerugian 350 JUTA DOLAR.
--Awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh Rejim Zionis. Dalam tempoh 3 bulan seramai 300 orang rakyat palestin syahid. 112 daripadanya dalah dari Gaza.
19 Jun 2008
--Gencatan senjata bermula.
--Zionis bersetuju menhentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati pihak palestin di Kaherah..
--Anda percaya atau tidak, mereka adalah pihak yang tidak pernah menepati janji, beberapa kali sepanjang tempoh itu, mereka mencabuli genjatan senjata itu! Nampak sangat, membunuh itu satu hobi untuk mereka!.
18 Disember 2008
--Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata.
--Tak sempat-sempat, esoknya bermulanya serangan berterusan rejim Zionis ke atas Gaza..
27 Disember 2008
--Serangan udara dilancarkan Israel yang membunuh 229 penduduk Gaza.
28 Disember 2008
--Serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di universiti Islam Gaza.
1 Januari 2009
--Serangan bom israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabali, Gaza.
2 Januari 2009
--Serangan Udara ke atas MASJID menyebabkan 11 orang rakyat palestin syahid..
04 Januari 2009
--5 ORANG AWAM palestin syahid apabila terkena bedilan meriam israel..
--Sehingga kini, angka syahid melebihi 524 nyawa, 120 KANAK-KANAK dan 50 WANITA...and i believe it is more actually..
--2500 orang cedera.
--Sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah menyebabkan bantuan makin sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk di sana..
07 Januari 2009
--Angka syahid bertambah kepada 635 orang dan 2900 orang cedera..
--Perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza.
--Hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah.
--Sekurang-kurangnya 2 buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik..
--Bekalan air bersih juga berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil Rejim Zionis..
11 Januari 2009
--Rakyat Gaza masih terus meraung sedang kita disini masih hanya melihat.. Sampai bila??.. Sekalipun mereka bertuah kerana mereka adalah golongan yang dijanjikan dan golongan terpilih untuk mendapat syahid, namun tidak ingin kita membantu mereka??..sekurang-kurangnya bantuan kewangan untuk membekalkan senjata kepada mereka supaya mereka tidak berdepan dengan jet pejuang israel dengan tangan kosong..Sekurang-kurangnya, salurkan duit untuk mereka mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan keperluan untuk hidup..Sekurang-kurangnya doa untuk memdorong mereka untuk terus mencapai 2 kemuliaan iaitu menang atau syahid.. Sekurang-sekurangnya sokongan supaya mereka terus bertahan..
Anak-anak palestin anak-anak terpilih..Mereka dibesarkan untuk memburu syahid.. wanita-wanita di palestin wanita-wanita terpilih, mereka memdidik anak-anak mereka untuk menjadi sebahagian daripada gerombolan yang cintakan kematian sebagaimana manusia mencintai dunia!.. Rijal palestin adalah rijal terpilih, mereka mampu mengentarkan israel dengan tangan kosong atau sekadar berbekalkan batu... Mana mungkin mereka sehebat ini jika mereka tidak menyakini Allah sebagai pelindung mereka!
"Yang demikian ini kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir TIDAK ADA pelindung bagi mereka.."
(Muhammad:11)
Teruslah berjuang kerana
"Sesungguhnya Allah membeli dari diri orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah; sehingga mereka MEMBUNUUH atau TERBUNUH, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.. Dan SIAPAKAH YANG LEBIH MENEPATI JANJINYA SELAIN ALLAH?.. Maka BERGEMBIRALAH dengan JUAL BELI yang kamu lakukan itu dan demikian itulah KEMENANGAN yang agung.. "
(At Taubah: 111)
"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan DIA akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman, dan DIA menghilangkan kemarahan hati mereka (orang Mukmin). Dan Allah menerima taubat orang yang DIA kehendaki. Allah Maha mengetahui, Maha Bijaksana.." ( At Taubah: 14-15)
Setakat ini, 13 masjid di Gaza telah diruntuhkan oleh israel.. Tapi imam di sana menegaskan:
"IMAN kami takkan runtuh dengan runtuhnya masjid ini..Selagi Allah itu wujud, runtuhkanlah apa dan sebanyak mana yang kalian mahu, TAPI kalian takkan berjaya meruntuhkan IMAN kami.."PELIK?HAIRAN?AJAIB?..Bagaimana mungkin mereka masih mampu bertahan dengan serangan yang bertubi-tubi sedang mereka tidak punya apa-apa sebagai penahan..Bagaimana mungkin mereka masih mampu bertahan sedang mereka kebuluran setiap hari..Kekurangan ubat-ubatan,minuman,tiada elektrik..Kalau di Blok saya yang selalu Black-out tu pun satu blok menjerit bila keadaan gelap gelita..Kita pernah merasai peritnya ketiadaan air ketika krisis air KMB tahun lepas, Begitu juga ketiadaan bekalan elektrik yang hanya beberapa jam itu pun mampu mengundang huru hara kepada kita..Tapi bagaimana mereka??..Bagaimana pula mereka mampu bertahan dengan menyaksikan pegeboman,pembunuhan,pemyembelihan dan bermacam-macam kengerian setiap hari?..Sedang tentera AS yang dihantar ke Iraq sendiri mengalami trauma yang teruk hingga tahap membunuh diri kerana tidak tahan dengan kengerian di depan mata..Tapi mereka?..
Selaras dengan kesedaran yang bercambah, saya menyeru, bantulah mereka dengan cara:
1.Semua yang sedar hendaklah mengingatkan orang lain supaya menguatkan ikatan dan keiman kepada Allah. Jauhi maksiat kerana itu akan menyebabkan tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah lambat menjelma..
2. Menghidupkan kembali program boikot semua barangan-barangan syarikat Yahudi,Amerika dan sekutunya..penurunan yang mendadak terhadap penjualan produk mereka sekurang-kurangnya mampu membuatkan pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi mereka!..Antara produk yang boleh diboikot:
3. Menyertai aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk islam Gaza..
4. Kempen derma wang ringgit diseluruh peringkat..
5. Propaganda dan iklan meluas melalui media massa dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza..Kepada bloggers boleh buat entri pasal ni, supaya kawan-kawan yang belum tahu akan sedar dan faham..Biar tidak ada lagi isu, kita tidak patriotisme kerana membela palestin..Biar semua sedar kita bersatu kerana islam bukan negara..Biar lupus kata-kata "U dont deserve the shcolarship!" hanya kerana menyokong palestin..
6. Boleh terus menderma kepada Aman Palestin berhad:
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880 Atau
untuk KMBians boleh salurkan kepada semua high comitee GNCC, insyaAllah kami akan terus bank in kan..
1. Nazri (m08L)
2. Najihah (m08H)
3. Hanis (E08C)
4. Rabiatul Adawiah (m08H)
5. Zubair (M08L)
6. Fatimah (m08H)
Rapat Umum Rise For Gaza yang dianjurkan aman palestin semalam menyaksikan 11 deklarasi dikemukakan..
Berikut adalah deklarasi yang dikemukakan:
1.Bumi palestin adalah hak mutlak rakyat palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya.
2. Menjadi hak syarie kepada rakyat palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan PBB.
3. Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.
4.Menyatakan kekesalan kepada PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar.
5.Menggesa Negara-negara Islam BERSATU dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah.
6.Menggesa umat islam seluruhnya menjadikan ISU PALESTIN SATU ISU BERSAMA dan MELAKSANAKAN AGENDA untuk mengembalikan Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan BAitul Maqdis dari cengkaman Israel.
7.Menggesa kerajaan Negara-negara Islam khususnya Mesir supaya mengambil langkah berkesan dan bersungguh-sungguh untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza dan mengembalikan kehidupan normal kepada masyarakat Palestin.
8.Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.
9. Menggesa pertubuhan-pertubuhan, parti-parti politik, dan badan-badan NGO melupakan segala perbezaan dan berusaha secara proaktif serta bertindak secara bersepadu, terancang, berkesan dan berterusan untuk menangani isu Palestin.
10.Menggesa Negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan terhadap rejim Israel dari segi diplomatic, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.
11.Menggesa supaya semua pihak Palestin kembali ke Meja Rundingan serta mencari kesepakatan untuk mengatasi sebarang pertelingkahan yang memberi ruang kepada musuh untuk mengeksploitasinya dan meningkatkan tekanan, pencerobohan serta penghinaan ke atas rakyat Palestin.
Nota Kaki@tangan: Venezuela telah berjaya menghalau duta Israel, kita bile lagi??
No comments:
Post a Comment