Friday, December 5, 2008

..SALAM AKHIR..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Pada salam yang sejahtera itu pasti ada istimewanya,
Pada rindu yang terungkap,
Pada sayang yang terluah,
Pada salam yang akhir itu..


"Esok pekse benda?"
"English,dengan pi.. Lusa ekonomi.."Ringkas saya menjawab..
"Chie, bila nak balik?.." Ada nada rindu pada suara ummi..
"Erm, tengok ar lu mi, kalau ada tiket balik ar..Kalau takde lepas raya ar.."

Apa dah jadi??..Lama saya menunggu saat ni,namun bila masanya tiba saya sudah hilang mood untuk melakukannya..Saya tahu banyak program sedang menanti di Terengganu sana, namun rasanya hati perlu berhibenasi sekejap untuk menilai dan memuhasabah kerja buat selama ini..Pasti ada khairnya,InsyaAllah....Bantulah
ya ALLAH...

Barangkali juga sakit hati, ukhuwah yang melukakan dan iman yang teruji kebelakangan ini banyak mengambil rasa tenang saya, banyak mencuri gembira hati saya hingga akhirnya hanya tawar yang tinggal..Senyum tidak lagi semanis dulu..Benarlah kata orang apa yang terpendam di dalam tidak selamanya mampu disembunyikan, kadang-kala terluah juga..Namun disebalik itu banyak boleh dipelajari..

Barangkali juga pada bait kata yang terluah ini ada penawarnya...

Teman,Aku Ingin..
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As Siddiq,

Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,

Cintakan kebenaran, sanggup bersakit...

Serta Tawakal Ibrahim yang mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,

Di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sebagai penjaga...


Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,

Mengerunkan musuh Durjana...


Serta senyumnya Syed Al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,

Aqidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tak pernah surut..

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,

Menahan panahan Hajjaj dengan rela,

Bersama si ibu tua, Lantas syahid,
rohnya ke surga...


Marilah kita menyelami benih Hassan Al Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,

Merelakan tubuh dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul...


Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram...


Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,

Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya...

Aku ingin pusara kita harum mewangi,

Bagai harumnya pusara Masyitah,

Semerbak kasturi..


Aku ingin persahabatan indah ini,

Bisa menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti...

..(TAUTAN HATI)..

Buat yang dilukai mahupun yang melukai sepanjang perjalanan ini..
Maafkan khilaf yang wujud,
Ampunkan terlanjur perbuatan serta bicara,
Sejukkan hati yang panas,
ubati luka di jiwa,
Lapangkan dada yang sesak,
Rindui saat yang manis..
Moga ukkhuwah ini lebih indah,
DariNYA dan hanya untukNYA...




P/S: Ummi, aku pasti pulang dengan izin Allah..Nantinya, masa itu akan tiba..Biarkan tangungjawab ini aku langsaikan dulu..

Tuesday, December 2, 2008

..SIAPA AKU DIHATIMU??(2)..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hadirnya seorang manusia di atas muka bumi tidak pernah sia-sia.Sejak dari penciptaannya lagi,Sang Pencipta pasti sudah menentukan peranan dan tugas ciptaanNya itu.Apatah lagi manusia yang merupakan ciptaan terbaik oleh Maha Pencipta.


Hati ini sedar akan perkara ini.Namun,benarkah diri ini meyakini dan memahaminya dengan pemahaman yang sewajarnya?Mataku menyaksikan pelbagai ragam manusia di kolejku.Anak mataku menangkap sekumpulan manusia yang kelihatannya sedang berfikir.Berkerut-kerut dahi mereka,bagaikan ada sesuatu yang berat dan besar yang difikirkan mereka.Lalu aku bertanya pada diri,apa yang mereka fikir?Mengapa mereka di situ?Aku melintasi perbincangan mereka..Apa yang telingaku cuba dan dapat mencuri dengar adalah tentang perancangan masa depan.Masa depan apa?Soalku pada diri sendiri?Penting benarkah?


Lalu aku terfikir,apa sahaja yang berkaitan dengan masa depan pastilah sesuatu yang besar..Aku tersenyum pada diri sendiri.Tapi,tentang apakah?Baik atau buruk?....

Ah,aku terlalu menyibuk tentang orang lain!Hatiku mengutuk perbuatanku dengan mempersoalkan apa yang aku dah lakukan.Jantungku tersentak,tersekat nafasku saat itu…(hehe,t xlah sampai perlukan CPR).Dadaku rasa sesak.Aku?Apa yang dah aku lakukan?


Aku merenung hari-hari yang dah berlalu.Satu persatu sudut kotak memori kubongkar.Ia penuh namun apabila aku mencari sesuatu yang sebenarnya menguatkan kotak itu atau benda yang menjadi batu asas kotak lembaran hidupku,aku tak menemui apa-apa.


Aku tercengang…I did nothing within this 19 years of life on earth?Impossible!Hatiku menafikan.Kepada siapa hendakku tunjukkan lembaran ini?Ia sesuatu yang amat tak bernilai.Pasti tak ada orang yang ingin membeli jika kujual.. :(


Suatu bisikan,'Buat apa nak kisah diorang kata apa.Hidup aku biar akulah yang tentukan.Kalau aku tak nak buat apa-apapun,tak ada orang yang susah hati.'


Benarkah bisikan ini?


Saatku membuka lembaran kalam suci,aku mula sedar bahawa aku harus memikirkan siapa diri ini pada pandanganNya,yang menciptakan diri ini,yang memberikan rezeki buatku,yang menjagaku saban detik.


Ah,pandangan manusia memang tak penting!Tapi macam mana pandangan Dia?Takkan aku tak nak jaga hubungan aku dengan Dia?Kalau aku nak jadi sesuatu yang bermakna padaNya,aku kena buat sesuatu.Tapi apa pilihan perkara yang boleh aku lakukan?

Pilihan itu pernah diajukan kepadaku.


Pernahkah?


Pernah!


Kenapa aku tak nak buat sebelum ini?Sebab aku tak mampu nak buat apa yang dicadangkan,bisik hatiku.Eh,tapi ada choice lain tak?


Em….macam takde je…Habis nak buat apa ni?


Bingung r! huhuhu....Aku ingin menjadi seseorang namun aku tak mampu buat apa yang disuruh tapi dah tak ada cara lain.


Aku yang tak mampu ke,aku tak nak?Ah,kalau aku terus begini,aku takkan dapat mengejar nama yang inginku bina di mata Dia.


Mampu ke tak kalau nak buat??Entah….tapi kena buat sesuatu.Kalau tak aku rugi.Walaupun Dia tak pernah kisah aku nak jadi somebody to Him atau tak.


Betul ni?


InsyaAllah,betul!Aku kini yakin,la haula wala quwwata illa billah…Tiada daya upayaku melainkan dengan kekuatanNya.


.:SHaRiNG iS CaRiNG:.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Ungkapan ini sering dilafazkan oleh orang yang berhajat utk meminta sesuatu drpd org lain.Contohnya,anda akan dengar ungkapan ni bila ada kawan anda yg sedang makan ais krim.Sorg kawan lagi plak teringin ais krim tu jugak..

"Weyh,sharing is caring!Caring is loving!Ko sayang aku kan,kan?"
"Hah,ada udang di sebalik mi nih..??"
"Nak ais krim sket bleh x?"

Kalau bertuah,kawan anda mungkin akan bagi.Kalau tak,telan air liur aje r jawabnye ;P .

Kita seringkali mengaitkan sayang dengan perkongsian.Sememangnya tanpa perkongsian perasaan drpd seorang insan kepada insan lain,tiadalah perasaan cinta itu.Kan?Atau,perasaan cinta n sayang tu ada, cuma ia adalah suatu yg bertepuk sebelah tangan.Tapi bagi saya,sayang itu wujud apabila ada yg menyayangi n ada yang disayangi dan ia berbalas.Maksudnya,lahir daripada kedua-dua belah pihak yg terlibat.

Mungkin ada yang bertanya,apa yang hendak dikongsi?Sahabatku,Islam adalah suatu keindahan hidup yg akan dicapai apabila dirasai dan mengajak org lain utk merasainya juga.Islam itu indah,pada syariatnya,pada larangannya,pada perintahnya kerana datang drpd Yang Terindah dan Mencintai Keindahan.Namun,Yang Mencipta Keindahan itu tidak suka dan tidak Mahu jika keindahan yang diturunkanNYA ke bumi ini menjadi milik atau dirasai oleh seorang sahaja sehingga DIA mengangkat darjat org yg mengajak manusia lain utk turut merasai nikmatnya berserah diri kepada Pencipta Keindahan.

"Dan siapakah yg lebih baik perkataannya daripada org yg menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata,'Sungguh,aku termasuk org2 yg berserah diri (muslim)'?" (41:32)

Berdasarkan ayat ini,jelas sekali Allah memuliakan org yg mengajak manusia kepada Allah.Dia tidak mengerjakan kebaikan hanya utk dirinya sebaliknya dia mengajak org lain utk bersama2nya mencapai keredhaan Allah.Allah memulakan ayat ini dengan mengatakan org yg lebih dimuliakan adalah yg bersama2 org lain dlm mengerjakan ketaatan,bukan hanya melakukannya sendirian.Banyak org boleh mengaku diri seorang muslim tp berapa ramai yg mahu dan mampu mengajak org utk mengenal Allah dan mentaati Allah?Renungkanlah wahai diri!

Bagaimana mengajak manusia mendekati Allah?Dekatilah hati-hati manusia itu.Kenalilah hati mereka agar kita tahu melalui jalan apa kita mampu menceroboh hati mereka dan mengenali mereka.Bukan menceroboh utk menimbulkan kekacauan ttp mencari modus operandi terbaik utk membawa hati itu kembali kpd fitrahnya dan menyedari kehadiran Tuhannya.Menceroboh utk membuka jalan agar ketenangan itu diberi oleh Yang Mencipta & Berkuasa Meletakkan Ketenangan dalam hati manusia.Sesungguhnya,kita manusia hanya mampu mengetuk pintu hati manusia lain agar sedar bahawa DIAlah segalanya dalam kehidupan kita.Setelah bergantung kepada DIA sepenuhnya,tiada lagi yg akan menggusarkan hati kita dan mampu menakutkan kita.

Ayuh,kita sahut seruan Ar-Rahman agar kita menyebarkan perasaan kasih sayang ini dalam diri seluruh manusia.Perasaan kasih sayang yg lahir hanya kerana DIA,kerana mematuhi perintahNYA,kerana mencari redhaNYA,kerana cinta kepadaNYA agar seluruh bumi ini dipenuhi dengan kasih sayang ISLAM yang menyelamatkan dan mententeramkan.Kalau org bercinta,ketenangannya adalah apabila berasa keinginan yang dicintai telah dipenuhi dan tenang jika dia selamat,begitulah malah lebih2 lagi ALLAH akan berikan kepada kita yg berusaha mencintaiNYA.Sungguh,cinta kepadaNYA adalah bererti kita berkongsi rasa cinta itu dgn org lain,x seperti jika kita mencintai manusia (dia hakku,org lain x berhak ke atas cintanya).Hari ini,jika kita mencintai ALLAH,sebarkan rasa cinta itu kepada org lain juga.

Seorang pemimpin disanjung kerana mengambil berat akan perihal org bawahannya,seorang ibu dikasihi kerana sanggup berbuat apa sahaja demi membesarkan anaknya,seorang guru yang disukai pelajarnya adalah guru yang senang didekati utk bertanya itu ini,seorg kawan yg dekat di hati adalah kawan yg sudi berkongsi masalah dgn kita dan kita sudi berkongsi dengannya…Semua itu adalah contoh kasih sayang yg lahir kerana kesudian berkongsi.Kesudian ini tidak mudah utk dilahirkan tanpa ada sebab yg benar2 kukuh utk dilaksanakan.Alangkah indah dan sucinya Islam yg mengajar kita utk berkongsi hanya kerana DIA!Ayuh bersama merassai indahnya berkongsi!

Share your love with others as a symbol that you care for them because of your love to ALLAH..

..???..HMMM..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

“Sape nak share ayat ke kata-kata ke yang menyentuh hati dia minggu ni??..”

Semua terdiam..Walaupun saya yakin masing-masing punya jawapan itu, namun semua mengambil keputusan untuk berdiam diri, menbiarkan sahabat lain mengeluarkan dulu..

Lalu dicelah-celah kebisuan itu.. “ saya!..” sahut seorang sahabat.. “surah An-Nahl ayat 76..”

Lalu kami sama-sama menghayatinya..

“ Dan Allah (juga) membuat perumpamaan, dua orang laki-laki, yang seorang bisu, tidak dapat berbuat sesuatu dan dia menjadi beban penanggungnya, ke mana sahaja dia diisuruh (oleh penanggungnya itu), dia sama sekali tidak dapat mendatangkan suatu kebaikan. Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan dia berada di jalan yang lurus?..”

( An Nahl:76)

Semua yang hadir kebingungan..Apakah??.. “ saya tak faham pun..Apa significant nye ni??..” Dengan muka kebingungan yang Tidak dibuat-buat “dia” bertanya..

“Janganlah buat-buat tak faham..” Sahabat tadi menjawab.Ada takungan pada matanya.

“Hmm..Memang tak faham..”Blur lagi..

Akak yang tersepit kat tengah-tengah kami lantas menerangkan maksud ayat tadi..

Sebaik habis akak itu menerangkan,”dia” mengangkat mukanya, sebak dadanya melihat sahabat tadi sudah tumpah air matanya.. Apakah??..

“Ana tidak pernah menganggap sahabat-sahabat sebagai orang yang bisu tu..Walau betapa kecil usaha kalian sekalipun sekadar menyelimutkan sahabat lain lewat malam saat kita sama-sama qiam, ia dihitung Allah.. Sekalipun peranan enti sekadar menjadi orang yang menyediakan juadah ketika berprogram, ia dihitung Allah.. Sekalipun tugas kalian ialah mengatur perjalanan sahabat-sahabat lain untuk berprogram, ada nilainya di mata Allah.. Sekalipun kalian hanya menjadi pemandu untuk kita sama-sama memahami fikrah ini, ia dicatat malaikat..”.. “Dia” tidak mampu lagi menahan.. Berat dadanya bila memahami ada sahabat yang merasakan dirinya tidak menyumbang apa-apa untuk perjuangan ini..

Dalam sedu yang tersisa..“Sahabat yang tersayang,kalian adalah penyokong dan pemberi semangat untuk ana terus berjuang.. Kalian adalah orang yang menaikkan iman ana ketika ana mulai merasa futur.. Ana perlukan kalian untuk terus melangkah.. Kenapa harus kalian merasa sedemikian??.. Adakah kerana merasakan kecilnya peranan kalian atas jalan ini??.. Dakwah itu suatu seni, ana perlukan kalian untuk melengkapi kekurangan yang banyak ini.. Ana takkan mampu sendirian..”

Yang tidak memahami bicara ini kebingungan.. Krisis dalaman yang hanya diluahkan melalui mata.. Tanpa pernah sekalipun ia dibincangkan, hanya hati yang memahami.. Yang faham turut sama menitiskan air mata.. Yang tidak faham masih kebingungan..

ANDA BAGAIMANA??...



NOTA KAKI@TANGAN: To be Continued kalu ada permintaan…

Monday, November 24, 2008

..Siapa Aku Di HatiMu?..


Hari terus berlalu.Kakiku harus terus melangkah mencari redha Ilahi kerana itulah hakikat perjalanan sebuah kehidupan makhluk yg diciptakan;menuju Sang Pencipta.

Di sini,mataku telah nampak akan sinarnya bahawa jalan yg harus kutempuh adalah jalan para rasul.Hakikat yg pasti,telah ditentukan namun diberi pilihan oleh Sang Pencipta untuk hambaNya melalui atau tidak jalan itu.Misi kerasulan adalah misi mengajak manusia menuju Allah dan itulah jalan yg harus kulalui sbg seorg yg bergelar muslim.Mahu atau tidak,inilah jalan yg telah ditentukan utk kita tempuhi jika kita org2 yg benar2 beriman.

Sapanjang berada di jalan ini (walaupun mungkin baru 0.1% drpd kepayahan dan jerih sebenar),aku telah ditemukan dgn pelbagai ragam manusia.Aku dipertontonkan olehNya akan kepelbagaian manusia yg menghiasi jalanNya itu.Terasa diri ini kecil sekali,berada di kalangan mereka yg hebat2 apatah lagi diriku di hadapanNya.Sungguh,kebijaksanaan sebenar adalah hakMu.Maha Suci Engkau yg Maha Pengurnia.Engkau berikan kelebihan buat setiap hambaMu sbg pelengkap kehidupan manusia yg saling memerlukan.Aku perhatikan ada ikhwah akhawat yg lancar sekali tuturnya dan ada juga hebat dakwah fardhiahnya bahkan ada yg hebat sekali plan masa depan yg ingin dilaksanakan demi mencapai cita2 dakwah.

Siapakah aku di jalan ini?Sudahkah aku memberikan sesuatu utk jalan ini?Hati masih mencari,langkah masih diteruskan…Semoga diri ini mampu menjadi seseorang di mata Ilahi…

..My File-so-phere of Lie-f..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Anda ada falsafah hidup?Org2 yg belajar filosofi pasti lebih berfalsafah,kan?Budak2 KMB x terlepas r sbb belajar Theory of Knowledge.... (: ??? )


Hidup adalah tentang sebuah keyakinan dan perjuangan ; keyakinan dan perjuangan untuk mencari sebuah kebenaran.Pencarian kebenaran apakah?Tanpa kita sedari,kita hidup dalam perjalanan mencari redha Ilahi.Itupun jika kita berjaya menemui kunci kepada hakikat pencarian itu.Kunci?Hmmm….bayangkan kita hendak keluar rumah untuk menempuh sebuah perjalanan.Kena r keluar dari rumah tu dulu,kan?Dan rumah tu pulak dah tentunya berkunci,kalau bukan exactly time kita nak keluar tu pun,pagi2 lagi mesti kita buka kunci pintu kan?Kunci bagi kita untuk menempuh pencarian kebenaran itu adalah kesedaran tentang hakikat 3 persoalan….Wah…ni baru soal kunci,inipun macam kena hurai panjang jer ;p

Apakah 3 persoalan itu?..

Jeng3…

1.Dari mana kita berasal?
2.Kenapa kita ada kat sini?
3.Ke mana destinasi?


Ha,siapa ada semua jawapan???
Wah,kalau ada yang dah ada jawapan,saya respect r!Tabik spring!Anda dh boleh melangkah jauh jika anda mampu memberi jawapan terbaik dan tepat,plus anda dah boleh berlari.Kalau ada yang masih mencari2 jawapan,kita ibarat bayi yang sedang belajar merangkak…Tak pe r,kita belajar perlahan-lahan ek…Jangankan kerana nak cepat berlari,akhirnya kita tersungkur hingga tak mampu bangun..

Mencari jawapan kepada persoalan ini sebenarnya adalah pokok atau batu asas kehidupan seorang insan.Batu asas ini telah ditetapkan oleh Sang Pencipta ke atas makhlukNya,nak tak nak kita memang akan tertanya2 pada diri sendiri or kita tanya kt orang lain,utk dpt jawapan.Kalaulah jawapan tu dah didapati,pastinya tak ada masalah utk kita buat apa2 yang disuruh.Maksudnya,kunci ketaatan adalah sedarnya kita akan hakikat hidup yang mana kita hendaklah mencari Sang Pencipta.So,hidup adalah sebuah perjalanan keyakinan sebuah perjuangan mencari Sang Pencipta @ Rabb.Huh…tu definisi hidup yg didefinisikan oleh saya secara tepat & padat,insyaAllah…hehe…( suka2 hati jer saya ;D )

Eh,lupa pule!Saya nak minta tolong kawan2 bagitau kt saya apa jawapan anda bg soalan2 di atas.Nak tanya orang boleh,nak surf internet boleh,ataupun nak tengok skema pun boleh…tapi kalau nak guna skema,kena cari sendiri r.Saya kena check balik skema saya…tak sure anda boleh access ke tak,tapi skema tu dekat je kot... ;>

..AIR MATA ITU..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.......

***********************

"Awak!Pinjam quran.."
Terkejut disergah sebegitu,Saya berpaling,menghulurkan quran dalam dakapan saya..

Dia terkedu.."Alar,awak,kenapa menangis??".

Dia cuba menghibur..

Namun air mata itu terus laju mengalir..

Saya tak mampu lagi..Saya tak kuat lagi..Dan air mata itu terus mengalir tanpa pernah kering..

**************************

Friday, November 21, 2008

..NAK JADI SAPE..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....


Pernah sekali, saya rasa cukup sakit, rasa tak tertanggung dengan ujian yang bertimpa-timpa hingga tersungkur, lebat air mata membasahi sejadah, mengadu kesakitan pada DIA..Terasa itulah saat paling bahagia kerana hati merasakan DIA mendengar luahan saya..Pencipta Yang Maha Hebat,Maha Agung itu mendengar rintihan seorang hamba yang kerdil..Tidak puas, saya membelek-belek hadiah dariNYA, surat cinta Pencipta untuk hambaNYA.. Lalu saya temui ini:

"Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.."
(Ali Imran:139)

Saya silap,DIA bukan sekadar mendengar tapi DIA juga membalas..DIA berbicara dengan saya.. Saya pandang sekeliling, sahabat bahkan orang terdekat,rumet saya sendiri tidak mengetahui keperitan yang saya sedang alami sekarang..Tiada siapa yang perasan kesakitan ini,tapi DIA..DIA menyelam terus ke dalam hati saya, menzahirkan pujukan-pujukan yang manis-manis...Dan mengingatkan dengan ayat-ayat yang mengetarkan hati..Saya tak kan pernah rasa semulia ini jika saya tak kenal islam,saya takkan pernah rasa sekaya ini jika saya tak kenal islam, saya takkan rasa setenang ini jika saya tak kenal islam, saya takkan rasa sekuat ini tanpa mengenali islam, saya takkan rasa disayangi sebegini jika saya tak kenal ALLAH...Lalu pantaskah untuk seorang muslim merasakan dirinya hina kerana dia islam??..Rasailah izzah dirimu sebagai muslim, bangga melakukan suruhan Allah, bukan untuk riak tapi untuk menunjukkan kepada manusia inilah undang-undang terbaik di metrospace ini..

___________________________________________________________________

"Siti,kami teringin nak jadi macam hang.."kata-kata yang dituturkan oleh seorang sahabat menyebabkan saya tersenyum sendiri..

"Kenapa pulak??..Saya bukan superwoman or supergirl or tak pun shinchan yang banyak peminat tuh.."

"Sebab hang camni ar kami suka.." Hmmm..pening ke??..Saya pun masih mentafsir kata-katanya..

_______________________

"Siti, kami suka tengok hang..Kami nak jadi cam hang, boleh bercakap n bila cakap sume orang dengar..Kami suke dengar hang cakap.." (Diluahkan oleh classmate yg sedang mencari-cari dirinya yang sebenar)..

"Kami harap kami boleh jadi macam hang, boleh beriman dengan ayat ini sepenuhnya..Kami nak rasa camtu.." (Kata-kata yang mengundang takut pada hati waktu sedang ber'usrah' minggu lepas)...

(kenapa takut??..--->sebab takut manusia je yang nampak saya telah beriman dengannya sedangkan pada mata Allah saya masih lagi belum beriman sepenuhnya..Astaghfirullah..)

"**a suka tengok Siti..Nak gak jadi cam Siti.." (komen seorang sahabat waktu aktiviti mentor-mentee (komen and complementary) 2 minggu lepas..)

Ha,yang ni tak leh blah:
" Salam perkenalan..Saya suke cara awak.."
..~Secret Admire~..

-----------------------------------

Siti..Siti..Apa dah jadi??...Antara komen yang mengetuk akal saya berfikir..Kenapa sume orang nak jadi saya??..Best sangat ke??..Jadi diri sendiri dah ar..Kalau orang lain jadi saya, saya nak jadi ape pulak??..hmmm..Sape pulak nak jadi korang kalau korang jadi saya??..Sape pulak nak jadi orang yang ganti korang kalau korang jadi saya??...(peningkah anda..) hoo..hoo.. hold on, Jangan pening dulu..saya belum pun lagi mengupas tajuk ni..Baru muqadimah..hehe..

..Apa yang best jadi saya??..

"Manusia umpama logam,terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka semasa Islam sekiranya mereka faham.".. (Sahih Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan setiap orang punya kelebihan cuma yang membezakan ialah cara menggunakan kehebatan yang ada dalam diri kita..Jika dilihat setiap orang berpotensi menjadi yang terpilih itu,jadi satu cara yang digariskan dalam hadis itu ialah faham..Faham terbahagi kepada 2 faham dengan hati dan faham dengan akal..Memahami novel jiwang such as Ombak Rindu dan cerita hindustan such as Kabhi Kushi Kabhi Gham menuntut kefahaman dengan hati kerana itu ada yang boleh meleleh air mata bila memahami jalan cerita ini.. (used to be zaman jahiliah dulu)..Begitu juga islam,islam adalah sesuatu yang perlu dirasai dengan hati bukan akal kerana ia bukanlah sekadar satu ilmu teori tanpa praktikal..Jadi untuk jadi orang yang hebat ketika jahiliah n hebat ketika islam ialah hanya dengan memahami islam dengan hati ..

..Kebolehan bercakap..

Kelebihan bercakap itu kurniaan Allah..Bahkan ia sangat sukar dijaga..Lupakah kita pada kata-kata Allah ini..

" Wahai oarang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. (Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.".. (ash-Shaff:2-3)

Bahkan..Sangat susah juga untuk menjadi golongan ini..

"Dan Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah Diri)". (Fushshilat :33)

So,kelebihan yang ada itu tidaklah untuk ditunjuk-tunjuk kepada manusia sebaliknya bertujuan untuk mengajak manusia kepada kepatuhan secara total kepada Allah..Tak mudah bukan jadi saya??..

..Kefahaman yang cepat..

"Siti apsal awak selalu cepat faham ek??"..Huhuhu,saya tiada jawapan untuk soklan itu sebab kefahaman terhadap ilmu Allah itu dikurniakan oleh Allah..Saya tidak punya masa sebanyak orang lain untuk study..Banyak dari masa saya digunakan untuk memenuhi hak-hak manusia, hak syahadatain ini, dan hak pencipta ke atas diri ini, jadi barangkali Allah menzahirkan janjinya (note that:janji Allah itu sentiasa benar!!) sebagaimana surah 47,Muhammad ayat 7..:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.." (muhammad:7)

Jadi jangan pernah menyangka,kita akan b*d*h kerana tak sempat nak study banyak cam orang lain..Tapi jangan tak study pulak..memang ar fail kalu malas..

..Sifat baik itu Dari Mana??..

Firman Allah:

"dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.." ( Fushshilat:35)

Rasanya itu menjawab soklan di atas..Allah telah memberi panduanNYA..Ikutlah..jangan jadi saya kerana saya tak sempurna...Cukuplah kita menjadi hamba celupan Allah..

"Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghah-nya daripada Allah? Dan kepadaNYA kami menyembah.." (Al-Baqarah : 138)



Nota kaki@tangan: Entri panjang lagi merepek..harap ada khairnya untuk semua..